my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Senario The Movie

















Lama tak menjengah mak, pagi tadi singgah sekejap sebelum ke Alamanda. Bawa buah tangan kek dan kuih lepat ubi yg ku buat semalam. Saje nak dengar komen dr mak. Dia kata keras sikit (mungkin kurang santan), manis dah cukup. Senyum je dia bila ku kata aku tak pernah buat lepat ubi...........


Sambil berborak dgn kakak dan anak2 saudara ku, sempat juga suami ku snap gambar sekeping dua. Hari raya lepas tak sempat berposing kerana aku raya di kampung suami. Tengok la rupa si Mohamad tu........punya la nakal.....ramai-ramai cucu mak, dialah yg paling ligat.......

Hampir sejam setengah disana, kami pulang kerumah dulu, tukar baju. Hajat nak tengok wayang kat Putrajaya. Terpaksa ikut kehendak Aziz sebab cuti dua tiga hari ni dia asyik memerap je kat rumah. Ingatkan nak tengok cerita seram atau action tapi memikirkan anak.........terpaksalah kami ikutkan kemahuan dia. Pilihan dia Senario The Movie.

Suka atau tidak, layan je la..........aku sempat terlena dalam panggung. Orang pun tak ramai....budak-budak baya Aziz suka la cerita macam ni. Mula tu aku gelak juga, makin lama makin bosan pula........cuma part yg best tu watak Fauziah Nawi memandu gila-gila........Dia jarang bawa watak yg macam ni. Bagi aku dan suami, cerita ni boleh diberi 3 bintang.

Keluar dari panggung, suami tergoda pula melihatkan produk baru Osim. Produk baru ni boleh memicit kepala untuk mengelakkan stress dan migrain. Sambil urut kaki, sambil picit kepala......wah...aku kata dah macam orang sakit mental ayah ni kalau pakai benda tu....suami ku memang pantang jumpa tempat macam ni. Kalau aku segan nak masuk, macam nak beli je, tapi dia sebenarnya nak ambil kesempatan urut kaki yg sengal tu. Pada hal mesin urut ada kat rumah, saje je nak tanya itu ini.

Puas mengurut dan menonton, kami santai pula di food court. Makan time!! Singgah makan di Rasamas. Emmm......sedap....Aziz nampak berselera sekali makan nasi ayam. Memang itu la kesukaan dia. Suami order mee kari. Licin semua pinggan.................apa lagi....window shopping la pulak...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)