my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tuan rumah yang.......HAMPEH...

Perlu ke aku cerita hal ni di sini? Sakit hati makin membengkak........MENANAHHH...(bak kata Sarimah)....cuma tak meleleh je air mata ni.......opps...jgn ingat kita bergaduh laki bini pulak ye!!

Ni kisah tuan rumah sewa aku ni.......hari2 membosankan kita orang dengan talipon dan ketukan di pintu (malam2 pulak tu...tak ke haru di buatnya?). Sebenarnya 'tuan rumah' ni tak pernah jumpa pun tapi si kerani kat kondo ni yang arahkan pekerja mereka datang rumah, minta duit sewa.

Mula2 nak sewa dulu, kita dah bayar deposit dua bulan, lebih kurang seribu lebih, tak termasuk sewa untuk bulan januari. Bil air dan letrik juga dua bulan, lebih kurang tiga ratus. Kira dah settle semua bayaran. Ye la.....kalau tak, takkan dia boleh benarkan duduk kalau tak bayar semua ni kan? Cuma kontrak tak sain lagi......dia pun tak panggil jadi kita pun biar aje la....

Sebenarnya, tuan rumah ni untung lebih sebab kami masuk pertengahan bulan januari tapi bayar penuh sebulan. Rumah pun tak di cat baru, paip, pintu, almari......boleh dikatakan dah buruk atau rosak. Memang ada tersedia dua buah katil, tv (aku rasa tv aku yg 12 tahun dulu lagi elok), peti ais, dapur gas, meja makan dan ada satu dua meja tv. Aku pun takde nak komplen sangat sebab keadaan kami yang terdesak memerlukan rumah.

Masuk bulan februari, suami ada kenalan yang nak sewakan rumah dia, murah sikit dari rumah yang kami duduki sekarang. Rumahnya aku rasa sesuai untuk Aziz, dekat dengan sekolah, tak perlu dia tumpang orang lagi. Persekitaran pun di kelilingi orang melayu, rumah teres satu tingkat. Perkara ni, suami ku dah pun maklumkan pada kerani tu awal2 lagi, penghujung bulan 2 lalu. Sebab sebelum ni dia ada pesan pada kami, kalau nak pindah kena inform dia awal2.

Jadi, di pendekan cerita, bulan mac dan april, kami tidak perlu bayar sewa sepatutnya. Sebab kami akan keluar dari rumah ni sebelum bulan mei sedangkan sepatutnya kami keluar pd pertengahan mei. Tapi malangnya, tuan rumah ni........sibuk mintak duit sewa, sedangkan yang di minta tu, bukannya hak dia........dah la deposit dia taknak pulangkan, dia nak pulak duit sewa lagi.....apa punya orang ni.....

Untuk mengelakan dari rasa marah (kalau dah cakap banyak kali, masih tak faham.....mesti la marah kan...) kami terpaksa tebalkan muka dan mendiamkan diri jika kerani tu talipon. Malu pun ada......apa taknya....kalau orang tak tau, mesti orang ingat kita tak bayar sewa rumah. Lepas tu mesti pekerja dia percaya cakap kerani tu........dan tentu jadi buah mulut mereka.....

Pakcik suami ada nasihatkan kami supaya buat tak tau je. Kalau dia orang desak2 juga, jom naik mahkamah!! Susah juga hidup di rantau orang, takde adik beradik dan sedara mare yang rapat untuk kongsi masalah. Segalanya kena selesaikan atau hadapi sendiri. Tapi ini bukan kali pertama kami menangani masalah sendirian. Sebelum pindah ke sini pun memang kami dah biasa berdikari. Cuma kami akan minta pendapat keluarga jika tiada penyelesaian.

Di sini......bukan aku nak minta simpati atau nak aibkan diri sendiri. Sekadar melahirkan rasa tidak puas hati. Kekadang ada manusia yang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Semuanya kerana DUIT..........

nota: pengajaran dari peristiwa ini, kalau nak sewa rumah, kena kenal dulu tuannya.........

2 ulasan:

  1. salam zana... banyakan bersabar ya... kalau zana aada bukti pembayaran deposit tu, baiklah baa benda ni ke pihak yang lebih arif supaya tidak berpanjangan... Semoga msalah ini dapat diselesaikan... Take care

    BalasPadam
  2. wslm umi....kita pun mls nk pnjng2 sbnrnya.zana ikut nasihat pakcik sb dia pun ada rumah sewa kt sini. cuma kita dok tmpt org, risau gak....hrp2 takde berlaku apa2 yg buruk slps ni.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)