my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Bestnya urut kaki.....

Hari jumaat lepas, selepas hantar adik ipar di airport (seronok la dia balik semenanjung 2 minggu....) kami singgah beli kacang rebus di Tg Aru. Beli dalam RM5 (banyak tu.....aku memang suka kacang). Jeruk mangga RM2......ingatkan sikit macam kat KL, rupanya........selambak.....murahnya jeruk kat sini.....


Lepas pekena kacang rebus, malam tu ibu jari kaki ku berdenyut2 bisa. Aku dah biasa dengan penyakit lama ku ini, dari zaman aku kerja dulu. Takde cara lain, cik abe sebelah la kena tolong urut dengan losyen pati halia. Lega sekejap, boleh la aku lelapkan mata. Dah lama juga aku tak sakit kat kaki. Jadi hari sabtu tu, suami ku ajak ke center point sebab tempohari dia ada nampak satu kedai urut tapak kaki, cuma RM18 je.


Dalam sembang2 dengan pekerja yang urut kaki tu, katanya urat kaki ku banyak masuk angin. Sampai sakit2 tangan dia. Lepas tu tak boleh makan jenis2 kacang......huh...patut le....mana tak sakitnya, aku melantak sebungkus kacang rebus malam tu. Kena pantang la pulak!! Ada juga aku tanya pasal tapak kaki ku yang kadang2 jadi keras atau ketuat. Dia cadangkan aku beli plaster 'mata ayam'......hehe....selama ni aku tak tau pun ada plaster ni, kalau tak......dah lama aku cari dari dulu. Plaster ni di suruh tampal pada kulit kaki yang kena ketuat tu dan jangan kena air hingga beberapa jam. Tapi susah pula kalau pakai siang hari sebab nak sembahyang dah tentu kena buka. Jadi aku guna selepas sembahyang isyak, subuh esoknya baru aku buka. Nampak ada perubahan.........

Hari minggu pula, aktiviti seperti biasa, pergi pasar. Kali ni aku beli ikan yang tak pernah aku beli apa lagi makan......bila tengok ikan kaler hijau kuning ni, teringat pulak dekat kak-e. Dia datang Sabah dengan kotak besar semata2 nak beli ikan pelik2 ni........apa rasa agaknya ye? Aku belum masak lagi ni........kata orang sedap di bakar atau goreng.......
Ikan ni pun aku tak pernah makan. Kalau tak silap, ikan merah mata besar.......agaknya la....Masa beli hari tu, aku tak pegang pun jadi aku fikir sisiknya mesti banyak. Dirumah, aku cuba buang sisik tu.........tapi tak boleh kikis rupanya.......tak tau macam mana rupa ikan ni kalau di goreng atau panggang........macam ikan cencaru kot, mungkin kulit dia akan terkopek bila di bakar nanti.

Jumpa Kak-e

gambar depan rumah ku ketika nak keluar gi makan, akuarium tu bukan aku punya, tuan rumah tak ambik lagi, sampai nak berlumut dah ikan tu.........kalau tengok kak-e dengan aku, kecik je kak-e tu.......nampak gaya aku betul2 kena diet ni........



Jumaat lepas, kali pertama aku bertemu kak-e atau umi-e, nama yang biasa ku nampak di myresepi. Rupanya kak-e ni orang Kelantan (sekapal dgn suami ku, tu yang suami ku kata peramah sungguh kak-e.......mulut becok dan tak meninggi diri orangnya)

Kami ambil kak-e di airport walaupun sebelum tu tak rancang nak kesana sebab suami sepatutnya sekolah. Entah macam mana last minute dia cakap nak tolong ambil. Kami bawa kak-e kerumah ku dulu, minum air sejuk dan aku hidang kuih lompang yang ku buat pagi tu. Itu je yang ada. Dengan tiada meja kopi, kami bersila di lantai. Maklum la......rumah ku ni ada sofa je......

Bagi ku, kak-e ni peramah betul orangnya, seolah2 kami dah kenal lama. Walaupun rumah kak-e sama taman dgn rumah mak ku, tapi aku tak pernah jumpa dia masa di sana. Ye la...aku dulu2 kerja, mana nak kenal jiran2 satu taman.

Selepas suami balik dari sembahyang jumaat, kami keluar ke KK untuk mengisi perut yang dah berkeroncong. Maaf la kak-e, bukan taknak masak, tapi semua tak di rancang. Lain yang di rancang, lain pula jadinya. Kami makan di restoran Sri Rahmat. Kak-e pun dah biasa di sini nampaknya. Restoran ni la tempat kami melepak waktu pagi dulu2 selepas membeli ikan di pasar. Sambil makan, sambil borak. Tajuk utama dah tentu kisah anak2. Kekadang rasa lucu pula bila kak-e cerita pasal anak2 dia. Sabar je la kak-e.

Perut dah kenyang, kami hantar kak-e ke Promenade Hotel. Barulah kak-e dapat rihatkan badan setelah setengah hari melayan kami bersembang. Nampak sangat kak-e letih dan mengantuk. Terima kasih kak-e pemberian tempoh hari dan tolong belikan barang2 yang kami perlukan yang tiada di sini (bukan takde tapi susah nak jumpa). Nanti kalau kak-e datang dengan anak2 dan suami, boleh la bermalam di rumah kami. Walau tak selesa seperti di hotel, insyaAllah, setakat kak-e sekeluarga, takde masalah. Menambah eratkan lagi hubungan kekeluargaan kita.


nota: kalau kak-e tersinggah rumah mak, boleh la kak-e cerita bagaimana keadaan kami di sini. tapi kak-e kena cakap, zana tak sempat nak kirim apa2 sebab kak-e ada hal tau, nanti dia kecik ati plak. bukan taknak kirim, taknak menyusahkan kak-e........

Sotong masak hitam


Betul ke tajuk resepi ni? Aku main hentam je..........ni menu tengahari tadi....sebenarnya permintaan adik angkat kami di semenanjung, suruh letak di blog. Jadi, aku cari2 kat google, terjumpa satu blogger, orang Johor. Aku cilok dari dia walaupun sebenarnya cara aku masak sama je dengan dia, cuma dia letak cili padi. Biasanya aku letak cili kering (di mesin) dan serai. Kalau dia terbaca blog aku ni, aku nak ucap terima kasih jugak la.........

bahan:

cili padi (dlm 6 atau 7 biji)
bawang merah
bawang putih
kunyit
sotong di buang kulit, ambil yang hitamnya tu dlm 3/4 ekor

Sotong di potong kecil. Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih dan tumis seperti biasa.
Tak perlu la nak jelaskan secara detail. Rasanya semua orang dah boleh buat, benda senang je tu.......betul tak cikgu Uchup?

apa lagi? dah masak nanti.........tepek kat blog.

kek hitam manis


Dua hari lepas, aku buat lagi kek hitam manis. Biasanya orang cakap kek coklat. Resepi aku ni drp kakak dan kakak pula belajar dengan seorang teman dia. Sebenarnya aku rasa tak perlu siarkan di blog sebab dah banyak aku tengok resepi ni di mana2. Tapi......atas permintaan seorang cikgu......aku tunaikan juga......

KEK HITAM MANIS

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kasar
2 sudu teh soda bikabonate
1 sudu teh baking powder
1 cawan koko
1 cawan minyak jagung atau butter (di cairkan)
1 cawan air
1 1/4 cawan susu cair
garam
2 biji telur
esen vanila

Cara:-

Tepung gandum, serbuk koko, soda, baking powder, diayak hingga rata.

Dalam bekas berasingan, kisar gula, minyak jagung, air, susu cair dan telur dikisar hingga gula hancur. Kemudian masukan adunan tepung tadi, gaul rata. Tapis dulu sebelum masuk kedalam acuan 8x8. Loyang di lapik dengan kertas dan sapu sedikit marjerin. Bakar selama satu jam atau lebih.

Tapai pulut daun kelapa

Sabtu lepas, suami pulang dari Papar dan membawa dua bungkus buah tangan. Sebungkus puding kelapa dan sebungkus tapai pulut. Aku memang suka tapai pulut tapi di Sabah ni (yang aku jumpa) tapainya berwarna coklat. Biasanya mak mertua ku buat tapai guna daun pisang........sedap tapai dia.......tapi yang suami ku bawa balik ni, dibalut dengan daun kelapa yang selalu dibuat ketupat. Satu kelainan yang baru ku jumpa. Rasanya sedap........tidak berair......kekadang macam rasa tapai ubi pula. Aku baru habiskan bungkusan yang terakhir, siap la malam ni kepanasan..........

Indah dan nyaman

Sudah seminggu lebih kami berpindah ke sini. Baru pagi minggu hari tu aku dan suami dapat bersiar2 melihat kawasan sekeliling di waktu pagi. Sebenarnya sebelum ni pun aku dah round kawasan ni tapi menaiki kereta. Kali ni, aku dan suami nak hirup udara segar sambil jalan beriringan.......romantik skit kan.......(takde maknanya....kalau dia jalan depan, aku kat belakang...)

Rumah yang kami sewa sekarang ni, rumah teres je tapi dah di ubah suai, besar la jadinya. Boleh masuk dua kereta di garaj tu. Dapur pun selesa, luas dan ada 2 bilik air. Di belakang rumah ku ada sederet blok rumah dua tingkat yang menghadap ke laut. Gambar2 yang ku ambil tu di waktu pagi, lebih kurang pukul 6.30 pagi.
Bagi penduduk sini yang dah menetap bertahun2, mungkin tiada apa yang menarik. Tapi bagi kami yang baru seminggu, rasa sesuatu yang mendamaikan bila memandang kelaut luas. Walau di hati ada terdetik, bagaimana jika berlaku 'tsunami' sekali lagi? Kami pasrah dan kalau itu takdir dariNya, kalau dah ajal, lari ceruk mana pun.......akan tiba jua.

Tebing laut di tembok dengan batu batuan. Nampak kukuh dan rapi. Ada juga taman permainan di sebelahnya. Tapi aku rasa tak selamat kalau ibubapa biarkan anak bermain sendirian tanpa pengawasan. Maklum la.........sedangkan orang dewasa pun boleh lemas, apa lagi anak kecil. Setakat ni aku belum pernah bawa Aziz ke sini. Mesti dia suka. Mungkin cuti sekolah nanti, aku nak masak yang simple, bawa tikar, lepak kat sini.......tak payah pergi jauh2....dekat je dengan rumah. Kalau hujan turun, boleh lari balik sebab dekat sangat......


~~Happy Birthday Mizan~~

Sabtu lepas, kami pindah.........kali ni.....insyaAllah, takkan pindah lagi kot......kalau tuan rumah ok.....tu yang aku tak sempat 'jalan2' ke blog member. Blog sendiri pun terabai. Proses mengangkut barang dan mengemas rumah tak abis2. Ada 2 bilik lagi menunggu untuk di kerjakan........apa tak tertangguhnya? ada selori barang tuan rumah tak angkat......sian dia.....mana sibuk nak tukar sekolah anak, nak kemas barang lagi......laki bini kerja.....jadi, satu bilik kecil kat rumah ni, di buat stor barang dia orang.

Tak payah cerita pasal pindah la......boring pulak.....kisah orang pindah ni, bukannya best pun......nak cerita hari Ahad lepas, kami dijemput ke majlis hari jadi anak kepada pakcik belah suami. Hamizan namanya, teman rapat Aziz di Sabah ni. Dengan hidangan soto mihun, bubur kacang dan ayam kfc. Simple je, mama dia sibuk manjang, nasib baik buat jugak kecil2an dan jemput kawan2 rapat dia.
Aku sekeluarga sebenarnya banyak terhutang budi dengan mereka ni. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Pakcik suami ni dah puluh tahun menetap di Sabah, kalau dia cakap loghat sabah, confirm orang tak kata dia orang semenanjung. Mereka berdua memang berhati mulia, tidak meninggi diri, low profile dan berbudi bahasa. Aku dan suami bangga dapat mengenali keluarga ni..........
Dalam pada menyambut hari lahir Mizan yang ke 6, sempat juga kami selitkan sambutan hari ibu. Ada la sesi bergambar untuk ibu2 tapi tak dapat ku siarkan kerana perasaan malu ku ini.....ahak....kat gambar tu....aku tambah montel lak.......

Masa sesi sembang2 kaum ibu ni, aku baru kenal dua tiga orang kawan2 makcik ku ni. Kak zu namanya......peramah gila.....tak henti2 mulut dia bercerita. Dalam banyak2 cerita dia tu.......ada satu yang aku nak share di sini......kisah anak2....dulu dan sekarang.

Anak kak zu ni study lagi di uitm skudai. Kalau balik sana, selalu talipon mak dia, rindu nak makan sambal ikan bilis. Kak zu kata, dia bangga sangat kalau anak rindu nak makan masakan dia walaupun tak sedap mana. Anak2 sekarang, mana yang selalu mak dia tak masak (makan luar) kerap nak makan kfc, mcdonald dll. Umur baru 3 tahun dah pandai nak kfc, kata dia. Makcik ku pula sampok, dia dulu masa kecik2, time makan mesti di suap oleh mak dia........berderet2 duduk bersila tunggu di suap dengan tangan, lauk telur goreng dgn kicap je.....takde lari sana sini macam bebudak sekarang, nak di suap bukan main susah. Aku tumpang dengar dan tumpang sengih..........macam2 hal.......kesimpulannya, anak2 yang merasa makan dari air tangan ibu masing2 lebih mesra dengan ibubapa dan adik beradik......hemm...ada betulnya juga kan?

Kad 50 sen


Pulang dari sekolah semalam, Aziz tanya ayahnya......."bila sebenarnya Hari Ibu, ayah?". Ayahnya jawab, "10hb atau 11hb agaknya, macam tulah.....kenapa?" tapi dia tak jawab. Tiba di rumah, dia hulur sebungkus coklat pemberian drp kawanku (Ida).....nah...ibu ambik la sebagai hadiah hari ibu........tetiba dia teringat ada sesuatu yang di beli di sekolah tadi.

Sekeping kertas berharga 50 sen, tertulis Selamat Hari Ibu......."untuk ibu ni, bacalah....". Terharu sebenarnya ketika dia menghulur kertas ni padaku. Anak sekecil Aziz sudah pandai menghargai 'ibu'nya...........walaupun murah......apa yang penting, ingatannya terhadap ku......setiap tahun dia tak pernah lupa kad atau bunga, sejak tadika lagi. Mungkin juga sejak di tadika, dia dah di ajar oleh guru2 agar menghormati, menghargai pengorbanan ibubapa. Mudah2an dia akan menjadi anak yang berjasa pada bangsa, tanah air dan agama satu hari nanti. InsyaAllah.......



CINTA BUAT IBU KU.........


Menyayangi ibu ku....
Bagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama
arus sungai cinta ibuku....
Melalui kerikil batu-batu
tanpa sesak dan kesusahan
Oh sungguh indahnya
perasaan cinta ibuku......


Mengasihi ibuku,
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
menyegarkan lesunya jiwaku
membakar semangat
yang kekadang melemah
dek keringnya dari
siraman cinta ibuku.....


Indahnya kasih ibu,
apabila ia menjadi
perangsang kepada semangat
dan penyuntik ilham
serta penerang obor cahaya
kepada berlikunya jalanku ini.........


petikan sajak drp sekeping kad berharga 50 sen.......Dari Anakmu Tersayang.....


Sempena Hari Ibu, ku tujukan kepada semua ibu-ibu terutama sekali IBU ku, ibu mertua ku, kakak ku, adik perempuan ku, adik2 ipar ku dan juga teman2 yang mengenali ku di blog ini.



Petua

Petua untuk mencantikkan kulit muka
  1. Tomato dan epal digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan2 pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biar selama 20 minit dan cuci dengan air suam.
  2. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapukan campuran tadi sebelum tidur.
  3. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.
  4. Kulit pisang emas juga boleh di gunakan untuk menghilangkan parut.
  5. Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus, lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan2. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka menggunakan air suam.
  6. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok2 hingga rata, melekit dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.

Petua untuk masakan

Sayuran kalau di simpan dalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga menghilangkan kekotoran.

Mencuci kerang memang susah. Untuk itu, masukkan hampas kelapa bersama kerang di dalam besen dan gaul bersama sedikit air. Setelah beberapa ketika, kerang akan bersih memutih.

Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk.

Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam, diikuti ikan. Hasilnya ikan tidak melekat lagi.

Tauhu akan melekat jika di goreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum di goreng. Hasilnya tauhu tidak melekat lagi.

Bukan pelik dan terkenang bestfriend

Kali ni aku nak cerita tentang 2 perkara. Tentang benda2 yang aku tak biasa guna dan tentang kawan baik ku masa sekolah. Van di sini biasa di panggil bas, mengangkut orang ramai kedestinasi tertentu. Aku tak pernah lagi naik dan rasa takut pula kalau nak duduk berhimpit2 gitu dengan orang yang tak di kenali. Di belakang van tertulis......BAS BERHENTI-HENTI.....


Semasa baru masuk rumah kawan ni, aku tengok jenama kipas dan switch box di dinding, semuanya berjenama 'BOLEH'. Kat semenanjung ada ke? Ada kot......aku tak perasan pula....

Bagi orang lain mungkin tak hairan tapi bagi aku, benda2 macam ni satu pengalaman baru. Jadi tak salah kalau aku ingin menyatakan rasa 'kehairanan' ku disini berserta dengan gambar sekali.



Kalau orang yang tinggal di luar negeri tu, lagi la......macam2 benda pelik mereka jumpa atau alami.........aku pun pernah juga ke Thailand, Medan, Jepun, Mekah........(ni dah lama, masa berkerja dulu, tak dpt ku kongsi sb masa tu aku belum ada blog lagi). Jauh kita berjalan, bertambah luas pengalaman kita. Sama juga sebagaimana aku berhijrah dari Selangor ke Sabah ni.


Ini baru sedikit pengalaman ku, belum lagi berjiran dengan orang Sabah walaupun kawan baik ku dulu (masa sekolah menengah) adalah orang Sabah. Masih ku ingat lagi namanya, SUMIYATI DAHLAN.........orangnya cute dan berkulit hitam manis. Selepas SPM, kami masih lagi berhubung dengan surat menyurat sehinggalah dia berkahwin.


Namun selepas dengar berita dia selalu keluar masuk hospital kerana keguguran setiap kali mengandung, aku terputus hubungan hingga sekarang. Agaknya dah ada anak lima kot dia tu. Aku harap, satu hari nanti aku dapat bertemu semula dengan dia. Pasti tak cukup sehari bercerita kisah lama kalau dapat jumpa.


Teringat juga dengan kawan baik ku semasa di kampung dulu. Walau dia lelaki, selalu join group ku, Sumi, Fatimah dan Badariah. Kami tak pernah putus hubungan hinggalah dia berkahwin dan mungkin ada anak sekarang ni. Orangnya gila2......kalau boring dalam kelas, perkara pertama yang di lukis, mesti 'helikopter'.


Inilah yang selalu jadi bahan kami gelak........dia selalu marah.....nanti ko tengok la.....satu hari nanti aku bawak helikopter ni depan rumah korang, siap landing atas bumbung!! Hahaha.....sekarang ni helikopter tah kemana, dianya kemana. Beli helikopter untuk anak je la nampaknya........MD. SHIS BIN KHALID.....dimanakah kau?

FATIMAH BT MOHAMAD juga kawan baik ku di sekolah menengah. Orangnya hitam manis, rambut kerinting macam negro (sorry la kalau kau terbaca), kalau dia gelak......boleh runtuh kelas di buatnya.....dengan sikapnya yang lepas laku.


Bab2 cerita lucu, bagi kat dia. Dia pandai menarik perhatian kawan2 agar berlonggok mengadap muka dia. Tak pernah aku tengok dia dengan muka muram atau sedih, sentiasa ceria je. Tapi......hubungan kami terputus selepas aku tidur semalaman di rumah mak dia di KL. Tak banyak yang aku tau selepas tu sebab dia pun aku rasa banyak menyimpan rahsia. Mungkin si Bad tau........


Sebut nama Bad ni, dia bukan kawan lelaki tapi BADARIAH BT A.KADIR. Dia ni kawan ku paling rapat juga selain dari Sumi. Orangnya cantik, putih melepak dan paling jadi bahan kritikan kawan2 ialah suaranya yang serak2 tu. Masalah besar dia bila cikgu suruh baca buku depan kelas. Mesti suara dia hilang.......aku rasa sebab dia menggelabah dan pemalu....maklum le, orang cantik mesti ramai peminat. Bukan budak2 kelas lain je, ketua kelas kita orang pun selalu nak ngorat dia. Walau hensem macamana pun si ketua tu (nama dia Talib), Bad tetap menolak. Kadang2 kita orang kesian tengok dia, selalu lari2 untuk mengelak bertembung dengan Talib. Kali terakhir aku berhubung dengan Bad, kalau tak silap dia pindah ke Desaru. Mungkin dia berkerja di sana.

Pada kawan2 ku ini, jika kalian terbaca blog ni, hubungi aku dengan apa cara sekali pun kerana aku rindu nak berkumpul seperti dulu. Kalau boleh kita atur satu pertemuan di mana2 untuk menyambung kembali silaturrahim yang terputus.




nota: Bad, Timah, Sumi dan Shis........kamu sentiasa dalam ingatan....