my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Labuk Bay

Sambungan percutian di Sandakan tempohari................selepas mengintai orangutan di Sepilok, kami bergegas ke Labuk Bay pula kerana jam menunjukan 11 pagi, ada setengah jam untuk ke sana sebab 11.30 pagi masa untuk 'makan' binatang2 ni........

Sampai disana kami disambut oleh beberapa ekor monyet ni (tak tau jenis apa ni....lupa nak tanya pekerja disitu) cute betul dan nampak manja. Tapi bila ku tanya pekerja2 tu, mereka ni tak boleh dipegang sebab dia jenis liar. Bagaimanapun mereka takde la menggigit atau nampak ganas bila kita dekat.

Bulu dia nampak bersih je..............ye la....kaum2 ni kan rajin tolong bersihkan bulu kawan2 dia (cari kutu)


Inilah spesis yang jarang kita jumpa. Berhidung mancung dan cara bergayut pun lain sikit dari orangutan atau monyet. Aku nampak mereka ni terror melompat dari dahan kedahan. Masa kami sampai, mereka belum turun lagi. Ada 3 kumpulan disini dan masing2 ada ketua. Jika kumpulan dia diganggu oleh kumpulan lain masa makan, si ketua akan kejar hingga dia puas hati anak2 buah mengadap hidangan. Ketua duduk jauh sikit (jaga keselamatan.......bagus la spesis ni....boleh jadi security..), bila dah ok barulah dia join makan sama.



Entah apa yang menarik perhatian monyet2 ni, semuanya memandang kearah sana.




Dalam 3 kumpulan tu, aku rasa dia ni la yang paling besar. Itu dia duduk, kalau berdiri.......mau sama tinggi dengan aku.......





hehe....tengah bersidang apa tu?






lepas makan lepak2 dulu, minum air dan borak kosong kot.....








beratur nak masuk semula ke hutan bila perut dah kenyang






puas hati dapat tengok habitat monyet2 hidung mancung atau 'bekantan' (org indonesia panggil bekantan kalau tak silap bacaan ku)
Tamat sudah kisah percutian kami dua malam di Sandakan. Kemana pula lepas ni? Mungkin tak sempat lagi nak ke Kudat dalam tahun ni sebab puasa dah hampir tiba. Kalau dapat pergi pun mungkin dalam bulan syawal. InsyaAllah..........








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)