my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Pengalaman pahit...

Salam Sejahtera....

Isnin 28hb Sept. sepatutnya kami telah pun terbang pulang ke Sabah (jam 7.50 pm) tapi flight delay dua kali. 8.20 pm (dah masuk perut kapal dah....) ingatkan dah boleh terbang.......rupanya kena keluar semula (siap angkat barang2 lagi).......melepak lagi hingga 12 mlm kat airport Pengkalan Chepa.

Sudah la sebelum tu aku dan suami mengidap sakit perut yang kroniknya boleh tahan. Nasib baik petang sebelum bertolak aku dah ke klinik. Mungkin sebab makan bermacam2 jenis makanan. Maklum la......raya sakan......tapi seingat aku, takde la berlebih2an pula. Aku rasa jadual makan aku yang tak menentu, penyakit gastrik pun datang......kena pulak raya tu ramai yang hidang air gas.

Berbalik pada flight yang delay 4 jam tadi, kami terpaksa tunggu hingga flight 12 mlm ke KLIA, tiba sana dalam pukul 1.15 am, jalan kaki lagi ke Pan Pacific Hotel (dgn bungkus bangkis pikul kat bahu, jimbit lagi.....adoi ai...dah mcm mat bangla aku rasa) Sebenarnya ada transport nak kesana tu.....tapi mata dah mengantuk sangat, tak kuasa nak tunggu menunggu lagi. Bukan penat apa, penat berdiri je.......

Jalan kaki boleh di kira jauh juga ke hotel. Ikutkan hati aku dgn suami nak tidur je kat airport tapi anak aku ni jenis yang tak boleh dengar 'hotel', fobia betul dengan hotel. Bukan fobia tak suka tapi fobia kalau boleh nak hari2 tidur hotel........parah ayah dia kalau macam ni tiap2 bulan....




keletihan menunggu flight 12 mlm




hotel Pan Pacific yang selesa bebenor......tapi hati aku nak sangat tidur di rumah sendiri



nasib baik ada berus gigi dlm bilik air hotel, kalau tak..........



nak jugak on tv tu walaupun dah pukul 2 pagi, mesin urut tu sempat aku guna sebelum balik (urut skit sebab letih jalan malam tadi)


bila aku angkat je kamera, suami kata....aik? nak gambar jugak pagi2 buta ni? hehe....biasa la, bini dia memang suka ambil gambar, nak buat macam mana.....tahan aje le!!




Flight pagi selasa tu pukul 7.30 pagi. Tergesa2 kami keluar dari hotel, sempat breakfast pulut kuning dengan rendang tok, nasi goreng, roti bakar dan banyak lagi la makanan sampai aku tak tau nak makan apa. Kalau tengahari tu mungkin berselera sikit. Dari hotel ke airport kami dibawa menaiki kenderaan kesana (ingat nak snap gambar tapi malu pulak) rasa macam naik bas kat dalam zoo tu.......haha...jakun betul aku ni.......ye la...orang macam kita ni mana ada budget nak duduk hotel five star?


Akhir cerita, aku sampai di airport KK pada pukul 11 pagi. Fuhh....lega dah selamat sampai. Alhamdulilah......hanya Allah saja yang tau betapa runsingnya aku masa dalam penerbangan malam semalam. Sepanjang masa aku sentiasa ingatkan mati dan mulut ku tak lepas dari berselawat serta mengingati yang Maha Esa.

Pantai Irama dan keropok lekor

Salam Sejahtera....


beli layang2 bawa pulang ke Sabah

Sabtu lepas aku dan suami sempat juga ke Pantai Irama selepas membeli keropok di Kampung Pachakan berhampiran dengan Besut (kalau tak silap). Ikutkan hati kami suami isteri memang malas nak menyinggah persekitaran pantai dengan keadaan cuaca yang kurang elok. Tambahan pula suami ku sakit2 perut dari semalamnya.

Tapi kerana anak ku yang tak boleh sabar nak mandi laut tu..........kami turutkan juga......lebih kurang setengah jam biarkan dia mandi manda sendirian (aku dan suami hanya memerhati dari jauh je).


Orang ramai petang Sabtu tu sampai aku dan suami takde mood nak lama2



air laut keruh......tapi budak2 peduli apa? yang penting mereka happy




Setiap kali pulang ke Kelantan, kami kerap membeli keropok lekor untuk di bawa pulang dan diberi kepada jiran2 atau saudara mara. Hanya itu yang kami mampu berikan........

Gambar raya dua keluarga

Salam Sejahtera....

Baru ni aku dapat kembali berblog........ni pun sebab setengah famili sebelah suami dah bertolak pulang ke KL, Johor dan Trengganu. Tinggal kami sekeluarga di kampung dan adik ipar yang akan bertolak esok pulang ke Kedah.

Macam2 kisah yang aku dapat dari emak, kakak dan ipar duai tapi aku tak dapat kongsi di sini. Ada suka dan duka........yang penting aku tau mak happy sangat tahun ni walau tak sepenuhnya.

Sekarang ni kami masih di kampung, apa kisah rumah ku di Sabah agaknya? Rindu pula kat Tok K yang ku tinggalkan bersama jiran sebelah.

Apa2 pun........layan dulu slide show di atas ye.......sambung update kemudian nanti.

Sila ambil jika sudi........



Salam Sejahtera....


Kepada teman2 sekalian, sudikanlah kiranya menyimpan kad raya dari zanafahmi ini di rumah kalian. Simpan sebagai kenangan persahabatan kita sempena hari raya. Ini saja yang dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita di alam maya ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA YANG SINGGAH DI BLOG SAYA.
MAAF.......jika selama persahabatan kita ada yang tersinggong dengan kata2 saya yang kurang sopan.

Dah sampai!!

Salam Sejahtera....

Dalam pada sibuk2 berkemas nak balik kampung, sempat juga aku membakar dua biji kek untuk mak dan mertua. Letih tak terkata.........sekarang kek tu dah sampai pada tuannya. Bermakna aku sekarang dah selamat sampai di Kelantan dan akan bertolak ke Selangor malam nanti......insyaAllah jika tiada aral melintang.

Sekarang ni di Semenanjung musim hujan rupanya. Sampai saje di KLIA, kelihatan macam baru lepas hujan. Talipon kakak, memang hujan katanya dari malam tadi. Alhamdulillah.........takde la letih sangat puasa2 ni, tambah lagi kami kena berbuka lewat daripada biasa di Sabah. Kesian Aziz, bagaimana pun dia habiskan juga puasa sehari tu.

Carrot Pound Cake
Kalau tak silap ni resepi Matgebu (lupa pulak sebab buku masak tak bawa balik). Maaf la kalau salah, nanti aku siasat. Ni la masalahnya kalau salin resepi, lupa nak tulis siapa tuan punya. Tapi resepi ni aku ubah sikit (bukan ubah, tambah sikit) Aku tambah kacang walnut dalam segenggam. Sedap juga, tak manis sangat dan lembut rasanya.
Ini pula dari resepi.net (macam biasa, aku tak ingat tuan punya resepi) Kek bernama African Marble Cake, betul kot.......abaikan permukaan kek yang berjalur2 tu. Itu bahana 'terlupa' bila lama terbiar diatas redai kek. Dah tu.........buat kek takde kursus mana2.......macam tu le rupanya!
Rupa kek yang dah di potong. Macam tak jadi je jaluran tu? Silap teknik la ni...........rasanya mungkin sama macam kek marble yang lain2 tu (aku tak rasa lagi ni...) cuma aku guna strawberry paste kali ni dan self raising flour. Jadi keknya menggebu2..........



nota: aku lebih suka buat kek dari biskut, jadi jangan harap la nak tengok rupa biskut kat rumah aku ni.....

Hajat tercapai...dan tak sabar....

Salam Sejahtera....

Beberapa hari ni aku tak dapat nak update blog sebab blog aku tak boleh guna firefox. Sebelum ni boleh, entah kenapa sejak beberapa minggu lepas tak boleh pula (mungkin ada benda2 yang menghalang dlm blog aku tu). Jadi aku terpaksa tunggu laptop yang akan selesai di format semula oleh kawan hubby. Bagaimanapun semalam hubby cuba download IE, nasib baik dapat, ni yang aku boleh update blog.

Minggu yang sibuk sebenarnya ni. Dah macam bibik pulak aku rasa. Kedapur tu......dah memang wajib.....kemas baju dan barang2 penting untuk di bawa pulang lagi......dalam kepala otak ni, nak buat dua jenis kek untuk dibawa pulang. Satu untuk mak aku, satu untuk mertua. Hubby kata takyah susah2 buat........aku kata.....mana boleh? tak banyak sikit, aku nak juga bawa buah tangan yang aku buat sendiri.

Ini pun update blog lepas sahur......lepas ni nak gosok baju pulak (baju sekolah anak dan hubby). Lagi dua hari je aku akan pulang ke semenanjung.......sampai termimpi2 malam tadi.....naik bas satu rombongan (pegi mana tah!)



Terlanjur dah menulis ni, aku nak share sikit pasal first time aku makan buah terap. Dulu2 (masa baru sampai Sabah) aku tengok buah ni berlambak kat pasar KK. Aku tak pernah tengok depan mata buah ni sebelum ni. Rupa macam cempedak tapi bulat macam buah sukun. Bila aku dan suami tanya orang yang jual tu, barulah aku tau......ini rupanya buah terap!! Selalu baca je kat internet......masa tu hati ni takde sikit pun rasa teringin nak makan.

Sabtu lepas aku paksakan diri beli buah terap di pasar tamu. Harga RM4 sebiji......mahal ke murah aku tak ambil tau lah.....yang penting aku nak tau rasa dia. Rupanya buah yang kami pilih tu dah terlampau masak. Mana la kami tau nak pilih......tengok kulit dia lembut, ingatkan ok.

Rasa apa? aku rasa macam lebih sedap cempedak lagi walaupun orang kata lebih sedap buah terap. Cuma isi dia lebih kecil dari cempedak dan berwarna putih (macam cempedak belum masak). Lebih kurang macam anggur besarnya isi buah terap. Boleh la makan banyak sikit berbanding cempedak tu yang cepat muak.

Lepas la hajat aku nak makan buah terap. Tak tau la lepas ni nak beli lagi ke tak. Macam taknak je........

Kejap ye......nak hantar anak kesekolah dulu, nanti sambung cerita....


Sambungan........
Dua tiga hari lepas kami sibuk membeli keperluan seperti t-shirt, souvenir, gelang kristal dan tak lupa kalau sesiapa yang datang Sabah, tak sah kalau tak bawa balik ikan masin. Sekotak je yang kami mampu bawa pulang sebab adik suami pun beli juga. Cukup kot......ikan bilis ada, ikan kurau ada (mahal betul ikan ni, dekat RM69 kalau tak silap aku) tapi dapat la harga separuh dari tu. Ikan terubuk masin beli juga dan tak lupa pada si udang kering yang memang segar.

ni ikan masin sekotak, satu lagi ikan basah dlm freezer
Tadi, aku dan hubby baru je balik dari pasar. Dah tentu la beli ikan kan? takkan beli baju.........tapi hari ni ikan macam tak berapa nak meriah pulak. Cari ikan kerapu, beli dalam 2 ekor je.......sotong 1 kg (cukup la rasanya sebab besar2), udang basah 2 kg (cadang nak buka puasa ramai2, nak buat udang goreng butter). Ikan merah pula beli seekor je. Rumah mak mertua aku tu, walaupun ada 2 peti ais......tapi isinya sentiasa penuh. Aku takut lauk2 yang kami beli takde tempat nak simpan. Untuk mak di Selangor, mungkin hujung tahun kami beli ikan basah sebab masa tu kami turun di KLIA. Harap2 mak tak kecil hati.
Semalam juga adik hubby datang dan pakat2 nak belikan famili mereka t-shirt Sabah. Masa mereka tengah memilih t-shirt, aku leka memilih souvenir (yg lekat kt peti ais tu.....) sebelum ni letih memikir nak bagi apa. Kalau belikan gelang2 kristal setiap sorang, alamat gigit jari la aku dengan hubby hujung bulan nanti. Jadi kami beli mana yang mampu, tak kira la murah ke.......sebagai tanda ingatan dari kami yang jauh. Harap2 bila dia orang tepek benda tu kat peti ais masing2, dia orang akan ingat aku.......
aku harap mereka suka walaupun tak berharga
nota: sebenarnya, banyak nak cerita tapi masa tak mengizinkan pula, jadi aku update je yg terlintas di kepala.

17 ramadan

Salam Sejahtera....

Hari ni hari ke 17 kita berpuasa. Alhamdulillah......si bujang aku tu hingga ke hari ni masih bertahan lagi. Cuma bila hari terlampau panas sangat, dia merungut juga. Ye la.....orang dewasa pun kekadang tewas, apatah budak 7 tahun? Bagaimanapun aku cuba beri semangat kat dia supaya bertahan. Masalahnya anak aku ni tak reti tidor siang, ada je benda dia nak buat.......bebudak sekarang ni aktif betul......


Dah la bangun pagi pukul 4..........lepas makan sahur, tak tidur langsung. Pukul 5.30 dah siap2 nak ke sekolah. Sejak puasa ni selalunya kami hantar waktu pagi, balik dengan bas. Kalau naik bas pagi, kesian pulak dia terkejar2. Tahun ni aku respect betul sebab dia tak merungut langsung samada lapar atau dahaga. Mungkin daripada umur 5 dan 6 tahun dah di latih berpuasa, jadi senang la sikit tahun ni.

Ni aku nak cerita pasal 'si hitam' ni........selalu datang melepak depan rumah ku. Kalau datang mesti mengadap si tok K aku tu. Mentang2 la tok k tu tak bersuara, dia berani la. Tapi, kucing jiran ku ni memang manja. Kalau aku tegur, dia mesti datang minta belai. Cuma yang tak bestnya dia ni, badan kurus kering. Muka comel........teringat pula si Tam aku yang dah 'arwah' dulu........
tengok la tu............kalau melepak kat situ dari pagi sampai tengahari.........tuannya pun tak kisah agaknya kucing dia tak balik2.

Dapur ku banjir!!

Salam Sejahtera....
hujan lebat, mana tak banjir dapur aku tu? bagaimanapun......alhamdulillah....


Semalam, sehari suntuk hujan lebat sampai kemalam..........puasa2 ni dah tentu la seronok kalau hujan, takde rasa letih sangat. Tapi yang tak seronoknya kat rumah aku sekarang ni kalau hujan je..........siap la....singsing lengan la jawabnya.....sebab apa? aku kena mop lantai kerana air mencurah2 dari pintu belakang rumah sewa ku itu. Kalau hujan sikit2 masih ok lagi. Tapi semalam hujan lebat gila.......apa lagi, asyik memerah mop je.....nasib baik guna jenis span.
err....rumah depan tu, rumah guru besar.........besar kan rumah dia? belum kenal lagi dgn tuannya

Semalam juga tuan rumah ni datang tengok apa yang tak kena. Sebenarnya yang bermasaalah cuma di bahgian dapur sebab sebelum ni tukang rumah dia buat tak kemas agaknya. Rumah asal aku tengok ok pulak. Dinding dapur tu pun ada yang retak dan bila hujan lebat boleh nampak air menyerap masuk ke dinding. Tu yang melimpah ruah sampai ke dalam. Aku risau, takut kena wayar letrik ke hape kan......

Jadi, hari ni dia hantar dua pekerja untuk selesaikan masalah tu. Cuaca pun baik nampaknya. Harap2 sebelum kami balik semenanjung nanti benda ni dah selesai. Kalau tak, tak senang duduk aku kat sana nanti. Bukan dekat nak balik jengok rumah.

dia orang guna zink je nampaknya..........lepas ni kalau hujan lebat, boleh dengar bunyi hujan menimpa zink, rasa macam rumah kampung pulak.
nota: teringat masa dok rumah atok di Johor dulu........atap zink pun ok apa......