my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

HITAM bukan sembarang hitam!

Salam Sejahtera....

Kisah anak beranak :-

Situasi :  tengahari, pulang dari sekolah.

Ibu      :  laa....kenapa nangis?

Anak   :  sakit hati!!

Ibu      :  nape pulak? mesti gaduh ni........(sebak juga tengok anak dgn mata yang bengkak menangis)

Anak   :  dah tak tahan dah, dia asyik kata Aziz ni 'hitam'........'mawas'.....'najis'....bla...bla..bla...

Ibu      :   nanti ibu call aunty (driver bas)

Bual di talipon dengan si pembuli :-

Ibu      :  apa cerita tadi? gaduh pasal apa?

Budak :  takde apa2 makcik.....kami gurau2 je.....

Ibu      :  kalau gurau je, takkan la dia nangis sampai bengkak2 mata.
              kamu kata dia hitam, najis la dan macam2 lagi, mesti la dia kecil hati.
              kamu tahun 6 kan? dia baru 7 tahun......

Budak :  iye...err...ya...ya...

Ibu      :  lain kali kamu jangan cakap begitu lagi tau!

Budak :  baik, makcik!

Ingatkan dah selesai.............rupanya selang beberapa hari, terjadi lagi. Alkisahnya budak tu tak puas hati kerana Aziz mengadu dengan ayahnya. Ayahnya pun bukan nak buat apa2 kat budak tu (cuma tanya mana satu budak yang usik dia tu)

Balik dari sekolah...........

Ibu     :  gaduh lagi la ni........ya Allah...tak habis2 korang ni....

Anak  :  macamana Aziz tak sakit hati? dia suruh panggil ayah datang jumpa dia atau pergi rumah dia.
             dia kata, tak takut pun..........

Ibu     :  jangan layan sangat budak macam tu, lagi pun Aziz tak sesuai dan sepadan nak berlawan cakap   
            dengan dia.

Anak  :  tapi paling Aziz sakit hati..........dia kata ayah.....busuk....hitam....jijik....

Ibu     :  biar la dia nak kata apa pun........tak jadi kudis pada kita....

Tindakan kami?
Ayah dia call budak tu, macam2 budak tu cakap. Katanya Aziz suka bising dalam bas, dia tak boleh belajar. Suka jual mainan kat orang, jual 50 sen, 20 sen. Ayah dia pun percaya seratus peratus. Kata putus di ambil, ayah dia nasihatkan budak tu, jaga bahasa kamu. Jangan sewenang2nya kata nista pada orang lain.

Ibu    :  betul ke apa yang budak tu cakap? Aziz jual mainan dan suka buat bising sampai orang lain tak boleh
            nak membaca.

Anak :  (dengan air mata berjuraian) dia bohong tu.......mana ada dia belajar dlm bas....orang lain pun bising,
            dia tak marah, kenapa marah Aziz sorang?

Ibu    :  habis, mainan tu? Aziz jual mainan?

Anak :  tu gurau2 je, bukan betul pun.........(maksudnya dia tak serius pun tapi budak tu cerita lain)

Ibu    :  ok la......macam ni.....itu maknanya dia tak suka Aziz. lepas ni tak perlu la terhegeh2 pergi cari dia.
            ayah dah buat keputusan, Aziz di asingkan dari budak2 lelaki yang duduk di belakang.
            tadi ayah dah bincang dengan aunty.

Walaupun dia kurang setuju tapi terpaksa kerana tiada pilihan. Cuti sekolah tak lama lagi. Kena tahan telinga untuk beberapa minggu ni.

Masalah 'kulit' ni dari dia tadika lagi. Selalu jadi bahan keji kawan2. Hinggakan dulu kami tak boleh langsung sebut 'hitam', mesti dia nangis. Padahal bukan ditujukan pada dia. Cuma semenjak dah sekolah ni, kurang sikit sensitif dia. Mungkin sebab kami selalu beri perangsang kat dia. Biar kulit hitam, rupa buruk.........asalkan kita di kasihi Allah, bijak dalam akademik, hormat orang tua, tak berlagak sombong. InsyaAllah, orang yang mengata tu akan sayang dan hormat pada kita.

Untuk menyedapkan hati kami dan juga dia...........
"walaupun Aziz hitam.....hensem tau, mesti ramai awek terpikat nanti"
hehe.....tersipu-sipu dia kerana malu!


nota:  jangan percaya sebelah pihak, kena siasat betul2.
         kekadang anak2 kita yg buat hal, kekadang anak org buat cerita
         kekadang anak kita yg pandai menipu, kena fikir berkali2 sebelum ambil tindakan
         jika tidak, anak2 yang jadi mangsa

2 ulasan:

  1. sian ye aziz... apapun kak zana kita mmg tak boleh sebelah pihak je... klu kita ikut sebelah pihak alamtnyer asyik berhentam jelah...
    kita sebagai ibubapa kene bagi nasihat n semangat.. cuba elakkan diorang dari pergaduhan.. tak semestinya anak kita je yg betul... saya sokong tindakan kak zana..
    pernah sekali saya nampak ibu yg terlampau ikutkan anak... anak tu bergaduh sampai dah berdarah leher... siibu boleh amik tindakan mencari budak yg memukul anak dia dgn anak yg leher berdarah.. sepatutnya kita sebagai ibu cepat2 bw anak ke klinik.. masalah pergaduhan tu kita tolak ketepi dulu.. dah settle baru kita nasihat budak tu.. budak2 klu terlalu seronok bermain kdg2 terlupa benda tu berbahaya... panjang pulak celoteh saya ni..

    BalasPadam
  2. Terima kasih Aisyah, biasanya akak akan soal siasat anak sendiri secara detail sb kita lebih kenal dia. Maksudnya, kalau dia ckp bohong, mesti kita tau bahasa bdn dia......kalau dia kecil hati pun kita tau. Lagi satu, bdk2 ni kekadang tak pandai sgt menipu brbanding bdk dah bsr, 12 thn. Pernah juga benjol kpala dia tp akak tak penah lg serang sesape....boleh sabar lg kot...hehe...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)