my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Jasad disini, hati disana!!

Salam Sejahtera....

Ketika ini kami sekeluarga sudah pun berada di Kelantan. Tempohari bermalam di rumah mak aku dan semalam di rumah kakak. Sejak sampai, cuaca sentiasa mendung. Seronok sikit sebab ketika di Sabah, aku rasa cuaca terlalu panas. Tidur mesti nak beraircond. Hinggakan bil letrik kami melambung RM170 bulan lepas. Kes parah ni...........

Cuma yang buat aku runsing ketika nak balik ke KL nanti menaiki kereta. Harap2 takde masalah dalam perjalanan. Maklum la.......musim banjir sekarang ni......sana sini aku tengok air melimpah ruah. Nasib baik rumah mak mertua aku tak pernah di naiki air. Alhamdulillah....


Ni foto yang aku snap dari dalam kapalterbang. Kelihatan air di mana2 saje, bersatu dengan air laut.



Sebenarnya takde mood nak update blog dalam beberapa hari ni. Hati asyik teringat kat Tok K aku tu........kesian dia.....ntah apa orang buat kat dia, aku tak nampak. Harap2 takde gangguan dari bebudak nakal.

JAGA diri ye!!

Salam Sejahtera....



21hb nanti aku akan terbang pulang ke semenanjung. Maka tinggallah 'kesayangan' ku ini sendirian di rumah. Sedih hati aku ni nak meninggalkan dia. Maklum la, setiap pagi aku cuci kandang Tok K dan bawa dia keluar menghirup udara pagi. Setiap hari juga aku akan beri dia sayur kobis, karot, kangkong atau sawi. Paling dia suka sekali sayur kobis.........tak sempat2 nak letak dalam kandang, dia dah ragut dari tangan ku.




Tengok la tu, makin berisi badan dia. Tak larat kalau nak dukung lama2. Aku harap orang sebelah rumah nanti, ada masa nak belai Tok K sebab dia ni manja sangat. Suka di peluk, di usap.......sampai terpejam2 mata dia......




Suka sangat pergi rumah makcik sebelah sebab kat rumah aku takde rumput macam tu. Habis dia ronda kat pokok bunga makcik tu tapi nasib baik dia tak makan daun2 bunga orang. Cuma risau anjing liar je.......Tok K pun tak pernah lagi lari ketengah jalanraya.

Hemm.......kerinduan akan melanda aku selama di semenanjung nanti. Kalau la si arnab ni boleh berbicara kat talipon, senang hati aku.
Ni la bahana ada binatang peliharaan, macam nak tinggalkan anak je!!

Kek LAPIS OREO drp Rozzan

Salam Sejahtera....

Minggu ni sibuk dengan persiapan untuk balik kampung Selangor dan Kelantan. Tempahan karipap frozen pun masih ada lagi. Rumah yang nak ditinggalkan pun kena kemas juga.

Dalam sibuk2 ni, sempat juga aku mencuba resipi kek lapis dari Rozzan. Walau rasa takut2 tak menjadi kek lapis tu, aku usahakan juga membuatnya. Alhamdulillah, akhirnya berjaya.... walaupun...........masih belum boleh di banggakan.


Biskut oreo yang aku beli cuma sepeket, tak cukup, jadi aku letak jarang2 untuk mencukupkannya.




'Cik abe' komen, dah pandai buat ni, boleh la buat untuk raya puasa nanti. Ish.....kek lapis ni nak ada mood buat dia, kalau tak.......kena sabar melapisnya. Dapur ku tu macam kapal karam sepahnya!

Sesiapa yang rajin nak cuba, ni resipinya......

KEK LAPIS OREO
(sumber drp Bro ROZZAN)

10 biji telur (sederhana besar)
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
100 gm keju cheddar (di parut)
50 gm horlick
50 gm santan serbuk
100 gm biskut marie (tumbuk halus)
180 gm tepung Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanili
1 sudu teh paste pandan
Biskut oreo (buang krim)
pewarna hijau dan merah

Cara membuatnya:-

1.  Pukul mentega, gula, serbuk vanili sehingga kembang.
2.  Masukkan telur satu persatu, pukul sehingga kembang.
3.  Perlahankan mixer, masukkan susu manis.
4.  Masuk tepung hong kong, biskut marie, horlicks dan serbuk santan.
5.  Bahagi adunan kepada 3 bahagian, hijau, merah dan plain.
6.  Sediakan loyang 8x8 inci dan griskan serta alas kertas.
7.  Ambil 2 senduk penuh warna hijau untuk lapisan pertama dan bakar dengan api atas/bawah (6-8 minit)
8.  Tukar suhu oven dengan api atas sahaja. Ambil 2 senduk adunan merah, tabur sedikit keju parut. Bakar selama 5-7 minit.
9.  Ambil 2 senduk adunan plain, susun biskut oreo.
10.  Bakar sehingga selesai.

Nota Bro Rozzan: kalau tak suka keju/pes pandan, jangan letak.
Guna 100 gm horlicks jika taknak guna santan.

nota aku: tak letak pes pandan dan santan serbuk, biskut oreo pun sepeket je!
resipi yg disalin pun aku ringkaskan, janji aku faham.


Salam Sejahtera....


Kek Pandan Layer

Salam Sejahtera....

Maaf ye pada teman2 yang rajin berkunjung ke blog akak ni, kekadang sunyi sepi tanpa entry baru. Sibuk sikit dengan projek kuih karipap dan kasturi aku tu. Ni semua kerana jasa baik blogger 'Seri' yang rajin promote untuk kawan2 pejabat dia. Terima kasih ye Seri!!

Dalam pada sibuk kehulu kehilir tu (kat dapur je) sempat jugak aku mencuba resepi dari Puan Noraini.
Aku memang suka kek ni, mak pun suka. Kek ni sesuai untuk orang yang tak suka manis. Sesuai juga untuk orang yang 'takde gigi'! Jadi, siapa2 yang masih ada nenek ke, atok ke........boleh la buatkan kek ni untuk mereka.

Sebenarnya kek yang aku buat tu tak berapa menjadi. Memula bakar, dia naik tinggi tapi bila aku angkat keluarkan, terus turun........tapi tetap gebu dan lembut. Mungkin loyang yang aku guna besar kot?

Tak kisah la.......yang penting aku dah tau nanti nak buat macam mana. Pengalaman pertama mengajar kita jadi lebih baik akan datang, betul tak?

KEK PANDAN LAYER

1 biji kek span pandan - 9 inci

Bahan kastad:-

1000 gm air
125 gm gula
5 helai daun pandan di simpulkan
110 gm susu cair carnation atau ideal
2 gm mentega (sedikit saje)
1 1/2 sudu teh jeli segera (instant jelly)
85 gm tepung hoen kwe (hijau)
50 gm santan serbuk (segera)

Cara:-

1. Kek span di hiris 3 lapisan, ketepikan.
2. Satukan bahan di atas dalam periuk.
3. Kacau atas api sederhana hingga pekat dan mendidih, kemudian angkat.
4. Sediakan tin springform/loose tin bersaiz 9 inci (aku takde tin ni, so pandai2 sendiri le)
5. Masuk lapisan kek pertama. Kek perlu kecil dari tin. Jika besar, potong tepinya.
6. Ambil secawan kastad dan tuang diatas dan keliling kek. Ratakan.
7. Buat lapisan kedua dan ketiga sehingga habis kastad. Biar sejuk dulu baru masuk peti ais.
    Sejukkan kek selama 5 jam dalam peti.

Tip Puan Noraini :
Mentega untuk kilatkan kastad.
Pandan di blend dengan sedikit air.
Boleh guna santan segar (250 gm santan, air 800 gm)

Ini la hasil gubahan ku........




Malu nak tunjuk sebelum di potong sebab tak cantik!




Masa aku potong kek jadikan 3 lapis pun terkial2.......tu yang nampak tak sama lebarnya. Pisau pulak baru beli dan first time guna (sebelum ni takde pisau potong kek)

nota aku: terima kasih pd Puan Noraini sebab resepi ni bagi aku sedap sangat....
nanti aku tulis resepi kek span di lain entry


Kuih Bakar kak saba (Mak Lang)

Salam Sejahtera....

Aku suka sangat kuih bakar tapi tak pandai dan tak berani nak cuba buat. Semalam aku berkunjung ke blog Mak Lang dan ternampak kuih ni. Tengok resipi dia senang je.

Projek pun bermula, kebetulan bahan tak susah, cuba la buat...........tapi jangan gelak tau tengok kuih aku ni, ada sikit macam hangus! Taknak ngaku hangus ni.........almaklum la orang tak pernah mencuba. Rupanya lebih kurang sama macam kita buat kuih cara. Lepas ni boleh le buat selalu walaupun yang suka aku sorang je.......tak kisah la.....kalau beli kat luar kekadang menyakitkan hati. Tawar la......kurang masak la......buat sendiri, boleh juga di ubah suai.

Sebenarnya masa bakar tu dah ikut macam Maklang tapi tengah2 kuih tu tetap lembik. Mungkin kena guna loyang yang berlubang kat tengah kot. Tapi aku belum ada lagi loyang tu. Kena beli ni nampak gayanya.

Sila la jamu mata dengan kuih bakar ku yang..........



tu la rupanya......walaupun rasa tetap mengancam, terima kasih Maklang dan orang yang punya resepi ni...




alahai......zoom dekat pun tak cantik jugak....lepas masuk dalam loyang aku yang comel tu, ada la lebih sikit.

Jadi la macam ni........ok jugak, lebih sedap drp bakar dalam loyang.




Aziz tanya, nape kuih ibu ada hitam2 tu? Alah......banyak komen pulak.......

KUIH BAKAR kak saba
(dr blog Mak Lang)

3 1/2 cwn santan
5-6 biji telur
2 cwn gula
1/2 cwn air pandan
2 cwn tepung gandum
Bijan

Cara:  Gaul gula dan telur hingga hancur.
Masuk semua bahan kecuali bijan.
Tapis adunan dan masuk ke dalam loyang yang di sapu margerin.
Bakar dalam masa 45 min hingga 1 jam, suhu 180C.

Nota: Bakar kuih menggunakan api bawah dahulu lebih kurang 1/2 jam pertama, selebihnya api atas.
Jika tiada daun pandan, gunakan 4 cwn santan campur 1 sudu teh pandan emulco.
Bab masukkan bijan tu yang aku kurang arif sikit, tu yg bertukar rupa.
 Katanya masukkan masa kuih setengah masak tapi aku terlewat .
 Bagaimanapun nak ucap terima kasih juga la pada Maklang dan sumbernya.

Arwah tok dengan karipap, akhirnya.....

Salam Sejahtera....



Kali ni malas nak cerita panjang sebab makcik order karipap frozen dan kuih kasturi banyak ni.
Takde la beribu2.........tapi cukuplah membuatkan aku sibuk seminggu ni.




Makcik suami ku ni memang selalu order karipap dengan aku. Kalau beli tu macam nak makan untuk berpuluh orang. Aku jual sepeket RM4, 10 biji karipap. Dulu2 (masa kat semenanjung) banyak order dari cikgu2 sekolah suami. Boleh di katakan tak putus, tiap2 minggu ada je yang order. Cuma sekarang ni, projek karipap ku tergendala sebab pindah ke Sabah. Tempat baru bukan mudah nak cari pelanggan yang serasi dengan sentuhan ku.

Apa2pun aku harap selepas ini akan berkembang hendaknya. Sekadar mengisi masa lapang dan mencari duit poket sendiri. Agaknya aku dan kakak ku menurun warisan daripada arwah tok. Masa aku sekolah rendah dulu, sebelum pergi sekolah, mesti kena hantar karipap kat kedai pagi2. Sekejap je habis. Arwah tok memang terror kalau bab2 karipap ni. Tapi masa tu aku tak menuntut apa2 pun dari dia. Selalu tolong kelim dan balik2 karipap dalam kuali.

nota: akhirnya.......kini aku mewarisi dari dia tanpa ku tahu resepinya.