my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

MENDONG tak bererti HUJAN......

Salam Sejahtera....dan selamat berhujung minggu...

Tidur malam ku sering terganggu, ke kiri rimas, ke kanan panas. Sekejap berbantal, sekejap aku buang. Selimut dah tak berguna lagi sejak beberapa bulan. Walaupun bilik tidur berhawa dingin, tak dapat juga memuaskan hati ku.

Siang hari usah tanyalah ada ke aku tidur atau berdengkor macam cik abe kita tu. Jangan harap aku boleh tidur melainkan aku telan ubat resdong. Mungkin faktor usia makin meningkat menjadikan aku begini? Sudah pasti begitulah lumrah manusia. Muda akan menjadi tua.......tua akan semakin berkedut dan bongkok...tu pasal aku selalu amalkan minum susu anlene. Tak selera pun aku paksa juga untuk jaga tulang temulang ku ini. Mudah2an tak reput sebelum aku capai hajat ku ke tanah suci Mekah.

Setiap kali celik mata dipagi hari, aku bersyukur kerana DIA masih sudi memanjangkan usia ku dari sehari kesehari. Aku suka memandang ke langit biru, lihat awan bergumpal2 di waktu matahari terbit. Tak pernah sehari pun aku terlepas pandang. Kalau la masa ni ada UFO melintas, kan bagus!

Cuaca mendong setiap hari sekarang, tapi........iye la....kita ni manusia biasa kan....kadang2 nampak je mendong, mesti ingat akan turun hujan. Paling gembira cik abe kita tu.......dia kan pergi sekolah tengahari, naik bot pulak tu. Kalau hujan lebat tengahari, ada peluang la tu.......bukan la dia malas nak mengajar cuma sekolah dia tu takde kipas, aircond.....jangan mimpi. Kalau cuaca mendong berangin, kurang la kepanasan dia dan murid2 sekolah dia. Kesian aku tengok dia bila balik dari sekolah. Penat, panas, jalan jem....bla...bla...bla...sabar je la cik abe. Ini panas kat dunia, bayangkan bila 'disana' esok, mana nak berlindung?

 Mendong tak bererti hujan........punya la gelap pagi ni aku snap gambar tu, aku sangkakan hujan. Rupanya aku kepanasan hingga ke malam! Apa nak buat, kita terima saja pemberian dari Yang Maha Esa. Paling penting kita berdoa minta dijauhkan segala bencana alam yang sekarang ini berleluasa.

Amin.

DASAR binatang!!!!

Salam Sejahtera....

Aku balik pagi ni lenggang kangkong masuk rumah. Perut kenyang lepas jalan2 dgn cik abe kat tepi pantai. Jam masih pukul 7.30 pagi. Sampai rumah, terkejut berok aku tengok pintu kaca terdedah.......aku mula membebel kat cik abe, dia punya pasal la ni.....

"Macam mana dia boleh bukak pintu eh?" soal cik abe.
"Memang la saya tak kunci, cuma rapatkan je. Selama ni takde masalah pun?" aku dah hangin ni....
"Awak tak tutup kot?", soalan menyakitkan hati aku!
"Awak la......pi suruh saya keluarkan dia...watpe?" aku jawab sambil mata melilau cari dia dalam rumah.

Tiba-tiba......
Keluar sekor ni dari dalam rumah........ah sudah! Rupanya ada kucing jiran yang selalu lepak kat rumah ni, join sama. Dua2 merayau dalam rumah bila tuan dia takde. Masuk dalam tu satu hal, dia 'memancut' celah langsir pintu yang aku mengamok tu......tak pasal2 aku kena mop lantai dan tukar langsir pagi2. Kalau dah binatang tu, binatang jugak. Tak masuk ajar!

Walaupun aku marah tapi aku tak pernah pukul dia, tepuk2 sayang je. Ye la......nama pun binatang, mana la faham bab2 kencing ni. Kalau kucing tu, memang reti bahasa sikit. 

Agaknya si Datok K ni kena cari pasangan kot. Dah hampir 2 tahun umur dia. Kesian jugak aku tengok sorang2 dok dalam kandang tu. Bila di lepaskan pun kekadang dia taknak keluar. Mungkin habitat semulajadi dia sukakan tempat yang tersorok dan gelap. Itu yang aku malas nak lepaskan dia, suka menyorok bawah kereta dan sofa.
Sabar ye Tok K, kalau kau tak buat hal, aku takde nak marah2. Kau buat aku menyuci lantai hari2 kat laman luar dah cukup. Jangan sampai aku mop seluruh rumah setiap hari. Sakit pinggang aku ni tau!

Ayam Masak Merah

Salam Sejahtera....

Resepi ayam ni aku simpan dah lama dalam buku. Dari akhbar mana tah, aku dah lupa. Tempohari dah buat ayam panggang, takkan nak panggang lagi. Makan nasi kalau takde kuah, tak boleh aku ni.....

Ayam masak merah ni rasanya sedap kalau makan dengan nasi beriani atau nasi minyak. Anak2 dara dan anak bujang yang baca blog aku ni pun boleh cuba. Manalah tau, kot2 dapat pikat hati mak pak mertua!

AYAM MASAK MERAH

1 kg peha ayam
8 biji bawang merah (kisar)
6 ulas bwg putih (kisar)
2 biji buah keras (kisar)
1 inci halia muda (kisar)
1 batang serai (kisar)
10 tangkai cili kering (kisar)
1/2 cawan tomato puri
1/2 cawan madu
1 tin susu cair
3 sudu besar minyak sapi
Garam dan perasa

Cara memasak:

Panaskan minyak sapi dalam periuk
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan ayam, gaul dan tutup periuk seketika. Biarkan tumisan mendidih.
Masukkan tomato puri, susu cair, garam dan perasa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau agar tidak berkerak.
Bila kuah pekat, masukkan madu.
Biarkan mendidih seketika, kemudian angkat dan sedia utk dihidang.

 cik abe kata, lepas masak ambik gambar je awak ni, kali ni malas nak cop logo.....


nota: secara jujur aku tak guna minyak sapi sb takde!
        buah keras pun yilek....

From JAPAN with TULIP

Salam Sejahtera....

Dah beberapa hari teman blogger E-na suruh gantung frame pemberian dia ni kat blog. E-na jangan kecil hati ye........akak ni very d slow soal IT.
Terima kasih http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/, kita baru je berkenalan, blog E-na pun ntah bila nak katam baca. Kalau nak tengok aku laju je klik blog korang, letak la gambar kek ke, kuih muih, desert........hehe....tak masak pun salin resepi jadi la!

Cantiknya bunga tulip u tu!! dari kamera sendiri pula......teringat masa akak di Tochigi, kenangan paling indah kat sana dengan kawan2 (masa tu tak kenal lagi dgn cik abe kita) Tapi kita takde kamera canggih macam zaman sekarang ni. Berpuluh2 beli film. Jumpa benda pelik sikit, ambik gambar. Sekarang ni album terperap bersusun dalam almari. Bila kemas2 rumah, terjumpa......selak balik kenangan lama.
Syahdunya

nota: bila pulak aku nak bagi kwn2 award?
tak reti la.....ada sesiapa boleh ajar?

Anak punya pasal!

Salam Sejahtera....

Berbaju kurung pink berbunga meroon (aku paling tak suka warna pink tapi aku cuba2 suka skrg ni) kami melepak di Tanjung Aru Second Beach! Anak punya pasal......tak pasal2 aku laki bini dok kat sini tunggu dia balik sekolah.....sambil tu? Lepak sedut udara laut yang hangat2 gitu! Jam baru pukul 10 pagi. Anak balik pukul 11.30 am.
Pagi tadi dah sarapan mihun sup semangkuk. Ni....mee goreng mamak pulak permintaan cik abe kita. Dia memang tak jauh dari 'mamak' tu.....aku pun tersampok gak, walaupun bukan mamak yang gorengnya. Sambil tu sebelum keluar sempat juga aku capai Mastika, bosan2 boleh baca.
Sementara tunggu hidangan sampai, snap la apa yang patut. Kata cik abe, yang besar tu Pulau Manukan, sebelah dia Pulau Sapi. Hai....dah hampir 2 tahun kami di sini, setiap kali datang, itu je dialog dia. Bila nak pergi tak tau ler.......
Kami bertiga memang suka lepak di sini berbanding First Beach. Kekadang ada masa free, bawa anak mandi petang2, dia orang je la....aku sorry ye...tak pernah lagi jejak kaki kat air laut sini.
Gini ceritanya.......masa kami hantar anak pergi sekolah tadi, ayah dia tak bawa handphone. Si Aziz ni tau nombor ayah dia aje, aku punya dia tak ingat. Lepas sarapan balik rumah sidai baju, cuci si Datok K punya 'biji' tu, dia tengok hp ada 11 misscall. Musykil jugak, ada call pepagi. Takkan bank tel.

Ayah dia agak mesti Aziz call. Susah hati la dia, cuba talipon cikgu2 yang ada kita simpan nombor, tak dapat. Jadi kita ambil keputusan pergi sekolah dia dan bawa sekali buku2 yang mungkin dia perlukan. Tiba sana, ayah dia tanya, kenapa tel ayah?

Rupanya.......suruh kita bawa berus gigi sebab hari ni ada nurse datang sekolah. Hadoii...la anak....kenapa tak bagi alasan? Katanya kawan dia dah pesan tapi di sebabkan semalam dia keluar ikut cikgu ke sekolah menengah Stella Maries, ada Hari Bumi. Katanya nurse tu denda dia berjemur kat tengah panas. Ada ke patut? Boleh ke dia orang suka2 denda anak murid sedangkan dia tiada kuasa mendenda?

Semalam balik sekolah dia hulur RM10. Duit apa ni? Hadiah sebab dapat nombor 2 dalam pertandingan reka cipta sempena Hari Bumi. Tapi dia cuma jadi model je. Budak2 sekolah menengah tu yang reka. Ok la tu....bagus untuk menambah pengetahuan dia dalam bidang sains.

nota: masih tertanya2 kenapa nurse tu denda mcm tu sekali?
aku bukan nak manjakan dia, itu tak boleh ini tak kena....
tapi, bukan ke luar dari bidang dia (nurse)

Bagus ke?

Salam Sejahtera....



Pagi ni (Khamis) kami sarapan pagi di McDonald tanpa anak. Sorry Aziz, kalau tau.....abis la aku dgn ayah dia. Walaupun kami makan sedap, hati tetap teringat kat anak (pergi mcD lepas hantar dia sekolah). Ayah dia kata esok hari Jumaat, sebelum ambil dia di sekolah, boleh la kita tapau untuk dia.

Saje je aku buat tajuk tu. Sebenarnya sendiri pun dah tau bagus ke tak sarapan pagi dengan burger dan telor. Aku tak makan pun takpe cuma aku suka sangat Harsh Brown. Kekadang beli kat supermarket konon nak suruh anak makan tapi ibu dia yang bedal........huhu....patut la ibu 'sihat'!

Sebenarnya bukan selalu makan pagi di McD ni, sekali sekala je. Itu pun sebab mood bosan sudah mari. Kalau ikutkan hati, makan kat luar ni bukan sedap mana pun. Macam hari tu, kami makan malam di satu restoran. Order nasi goreng pataya dengan mihun tomyam. Nasi goreng tu untuk Aziz, sah2 dia taknak sayur, suruh letak seafood.....haram...diletaknya ayam. Aku punya tomyam, punyalah masam.....masa datang dulu2 ok je. Agaknya tukang masak tukar2 orang kot? Air teh o ayah dia tawar hebeh. Aku punya lemon, suruh letak asam boi.....haram....gula kedekut! Sudahnya balik rumah, kita orang berebut buka peti ais. Lagi sedap sendiri punya. Kau nak sekilo gula pun takde sape larang......ni yang bahaya bila buat sendiri, boleh kencing manis beb!

So, moral of the story.....lebih baik makan dirumah dari makan di luar. Tapi kan......sekali sekala aku nak juga di layan....sape nak layan ek? lu fikir la sendiri zana oii!!

Kalaulah....

Salam Sejahtera....

Sabtu lepas, masa aku dan suami hantar anak ke sekolah Kafa, mata ku leka melihat pokok2 sepanjang perjalanan ke sana.....

Ketika itu la aku teringat 'musim bunga' di negara luar sana. Alangkah seronoknya jika negara kita dapat mengalami cuaca 4 musim? Aziz selalu berangan, kan best kalau Malaysia ada salji, ada musim bunga, boleh ambil gambar dan bla...bla...bla...

Aku kata kat dia, tu pasal la ibu dengan ayah asyik membebel suruh belajar rajin2, boleh pergi luar negeri. Bila dapat keluar negeri, boleh ibu dgn ayah tumpang sama......tapi....ntah la...kalau la umur ku panjang!

Mudah2an satu hari nanti hajat anak ku akan di makbulkan hendaknya. Kalau tengok pada keputusan ujian baru2 ni, sungguh memberangsangkan, dapat nombor 2 dalam kelas. Hehe.....ketua kelas pun boleh kalah dengan anak buah.

Oh ye, berbalik pada cerita di atas tadi, aku sempat la snap gambar guna handphone aku yang canggih tu (canggih ke kalau setakat Sony Ericson? boleh la drp takde, syukur kalau nak banding dgn orang lain yang tak mampu nak beli)

pokok apa agaknya yg banyak berbunga macam ni? bab2 tanam pokok ni aku kurang ilmu sikit.....

Donat

Salam Sejahtera....

Pagi minggu ni rajin pulak aku kedapur buat donat dengan roti jala utk sarapan pagi. Biasanya kita orang makan di luar sebelum hantar Aziz ke Kafa. Hari ni dia taknak sekolah, katanya semalam ustazah yang ajar dia tak datang. Budak2 kelas dia kena tumpang kelas orang. Hemm....dah la seminggu dua kali je sekolah, tak belajar pula, susah la macam ni. Tempat tu bukannya dekat, hampir 17 km perjalanan kesana. Walaupun bayaran bulanan hanya RM10, tak kisah la jauh mana pun, ilmu tu yang penting. Bila kita hantar dia tak dapat ilmu, rasa macam buang masa dan minyak je. Tengok la......lepas2 ni bila dia matang sikit, nak tukarkan dekat dengan rumah.

Ok....cerita pasal sarapan pagi tadi, aku buat donat ni, bukan dari resepi yang dulu...Donat Suria. Minta maaf la ye, pada yang empunya resepi. Secara jujurnya yang dulu tu bagi aku kurang lembut. Resepi yang ku ambil drp Kak Ros Fotopage ni memang lembut dan sedap, dah lama aku salin dlm buku. Bila aku cari balik link kak ros ni, aku tak jumpa pula.

DONAT

3 cwn tepung gandum
1 sudu besar gula
1 peket yis mauripan
(yg ni  aku guna 2 sudu teh instant yis)
2 sudu besar air
3/4 cwn susu cair
1 biji telur
3 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil garam
1 1/4 sudu teh pelembut roti


Cara membuatnya macam biasa la kan? Aku tak salin sampai habis, maklum le......dah beberapa kali buat donat, aku rasa semua cara sama je.
Uli semua bahan dan biarkan ia kembang dalam masa satu jam.
Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin.
Terap seperti biasa dan biarkan doh naik hingga 2 kali ganda.
Goreng seperti biasa dan taburkan gula.
Selepas tu, dah boleh NGAP!

yg dulu acuan donat aku ciput je, sekali ngap dah abis tapi ni aku beli yg besar punya
confirm, lepas ni aku guna resepi ni bila2 nak buat lagi.....

nota aku: terima kasih kak ros walau dimana anda berada!

Kek Span Coklat dan Tiramisu

Salam Sejahtera....

Minggu lepas, jiran sebelah hulur kek tiramisu (lady fingers). Aziz dengan ayahnya bukan main lagi, menjilat jari aku tengok. Mentang2 la ibu dia tak pernah buat, sampaikan suruh aku minta resepi kat mereka. Malu la aku........dah la dia orang tu bujang!

Jalan2 rumah Ijan, kebetulan dia pun buat tiramisu juga. Barang2 dah lama aku beli, tunggu nak godeh je. Kalau beli dikedai ntah berapa agaknya. Baik aku buat sendiri, tak susah rupanya.

Mula2 aku buat kek span coklat dulu, ikut buku resepi Chef Anuar 2. Jangan gelak tengok kek aku tu, sebab aku guna acuan kuih bakar. Resepi ni perlukan loyang ukuran 7 inci, aku takde loyang besar tu. Ada 9 inci kalau tak silap. Fikir punya fikir, guna je la loyang ni, bukan untuk siapa pun......sendiri punya je....

KEK SPAN COKLAT (Chef Anuar)

4 biji telur (gred B)
20 gm serbuk koko
100 gm tepung gandum
120 gm gula kastor
10 gm ovalette
20 ml air
20 ml minyak jagung (kalau takde, guna margarine atau butter yg di cairkan)

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk pembancuh.
2. Campurkan serbuk koko dengan tepung dan gaul rata.
    Masukkan di dalam mangkuk berisi telur.
3. Masukkan gula, ovalette dan air. Putar adunan sehingga kembang 10 hingga 15 minit pada kelajuan tinggi.
4. Perlahankan putaran dan masukkan minyak. Kacau rata.
5. Masukkan adunan di dalam acuan bulat bergaris pusat 18 cm (7 inci) dan bakar lebih kurang 35 minit   sehingga masak pada suhu 170 darjah celcius.

Bila dah masak, biarkan sejuk baru potong2 masuk dalam bekas kecil ataupun kalau nak cepat, buat macam kak-e. Masuk dalam mangkuk besar. Aku tiru Ijan, masuk dalam gelas comel. Buat dalam 5 gelas, selebihnya (dah malas ni sebab letih) masuk dalam mangkuk biasa je.

Mungkin ada yang dah tau resepi ni. Takpe, aku share lagi di sini.....terima kasih kak-e dan Ijan kerana resepi ni kesukaan anak. Malam tadi tak sempat2 nak sejukkan dia dah bedal 2 cawan. Pagi tadi pun nak sarapan ni juga. Aku kata tak sesuai nak makan pagi2, tunggu balik dari sekolah Kafa baru makan.

TIRAMISU SIMPLE (Kak-e)

1 biji sponge kek
250 ml whiping krim
200 ml krim cheese
1/2 cwn gula halus
1 cwn air panas (bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko utk hiasan

1. Bancuh nescafe dengan 1 cwn air panas.
2. Satukan gula, cheese dan krim. Pukul hingga kembang dan gebu.
3. Potong kek 3 bahgian. Susun satu bahgian dalam bekas.
4. Tuang 1/3 bahgian bancuhan nescafe atas kek.
5. Sapu 1/3 bahgian adunan krim cheese atas kek.
6. Susun lagi kek sebahgiannya.
7. Ulang sampai habis dan tutup dengan cling film.
8. Simpan dalam peti sejuk.
9. Hias dengan serbuk koko (aku tambah sendiri coklat rice)

5 cwn dah cukup utk 3 org

amacam? terliur tak?


Aktiviti aku....

Salam Sejahtera....

Kalau ikutkan hati aku memang nak update blog ni setiap hari. Masalahnya bila dah mengadap pc ni, mau berjam-jam, idea pun mesti ada, ayat kena susun elok2. Walaupun aku bertiga je dalam rumah ni (empat termasuk si arnab kat luar tu...) tapi kesibukkan ku kadang2 melebihi dari mereka yang ramai keluarga.

4.45 pagi aku dah bangun untuk uruskan anak pergi sekolah. Gosok baju, buat sarapan dan hari2 aku ikut suami hantar anak kesekolah. Sebenarnya aku tak perlu ikut pun........tapi kami dah terbiasa kemana2 mesti berdua.......aku bukan kaki kontrol laki ye!. Kalau urusan dia dengan kawan, aku tak suka ikut dan campur.

Sehari dua ni banyak pula order karipap dari makcik ku. Mungkin ramai teman2 yang tak tau, aku ni ada buat karipap dan kuih2 lain yang di frozenkan. Tu yang kekadang sedikit sibuk, takde masa nak melawat teman blogger.
Faham2 je la kalau masak inti karipap, memotong kentang tu satu hal, masak pun tak boleh api besar. Kena banyak sabar dan tak boleh tinggal. Aku pula mudah lupa, terutama kalau aku mengadap tv dan internet. Pernah beberapa kali kuih kasturi ku hangus berkerak periuknya dek terlalu leka.

ini kuali yang ke2 aku masak inti...utk minggu ni...

Bila ada kelapangan nanti aku akan update kisah yang lain pula. Maaf pada mereka yang datang ke blog ku (mana yg kurang berminat bab2 masakan ni) sebab blog aku ni lebih banyak update tentang resepi dan hal2 keluarga sahaja.....

Makan malam di Restoran Kampung Nelayan

Salam Sejahtera....

Malam minggu, keluarga pakcik suami ajak makan malam sempena menyambut teman mereka dari semenanjung. Tempat ni aku belum pernah jejak lagi. Kalau tak silap namanya Restoran Nelayan di Bukit Padang (org dok lama Sabah, mesti tau punya)

Mula2 ingat taknak la makan makanan laut sebab kebetulan hidung aku ni diserang penyakit lama. Apa taknya? asyik melantak seafood je beberapa hari yang lalu. Tapi memandangkan hidangan yang di jamu depan mata, udang segar2, ketam goreng tepung (makan dgn kaki2 sekali), ikan masak stim, sayur apa tah mcm pucuk paku rupanya dan macam2 lagi ada.......aku pun terpaksa langgar pantang.

Sambil makan sambil dihiburkan dengan persembahan para penari kebudayaan, leka aku tengok mereka tu. Cantik dan kacak......putih2 kulit mereka macam Chinese. Selepas menari pelbagai tarian mereka turun ke tempat duduk pelanggan dan mempelawa sesiapa yang sudi menari dipentas dengan mereka. Bab ni aku gerun.......aku mana boleh naik pentas?

Sudahnya, suami ku yang di jemput keatas bersama anak lelaki kawan makcik ku. Dia tarik juga aku naik sama, tapi sorry la cik abe ye! Kalau aku naik kang step menari kemana, kasut yang aku pakai tah kemana. Maklum la, tarian buluh tu bukan senang. Silap letak kaki, lain pula jadinya.

Gambar tak dapat disertakan disini kerana aku mengharap kamera anak makcik. Dia belum ada masa nak upload gambar ke facebook dia.

ROTI MARBLE COKLAT

Salam Sejahtera....

Akhir2 ni aku rajin sangat buat roti, tapi aku guna tangan je, orang ada BM pun belum tentu rajin nak buat roti kan? Entah2 lepas ni bila dah beli benda alah tu, aku pun tersampok sama malas. Biasanya manusia ni macam tu le.........kemudahan dah ada, penyakit malas pulak datang.

Semalam aku buat roti marble ni. Resepi drp Onigiri (myresepi.com). Sebelum tu aku ada buat roti burger tapi aku rasa macam kejong je aku tengok. Roti ni makanan ruji si Aziz. Dia jemu kalau tengahari makan nasi, petang pun nasi. Jadi aku kena perah otak cari idea nak bagi dia makan apa tengahari balik dari sekolah (ibu dia tak makan tengahari sebab pagi dah pulun makanan berat...hehe..)

Inilah yang susahnya kalau anak tak makan makanan yang pedas. Puas di pujuk, tak boleh juga. Jadi kalau memasak, aku kena buat 2 jenis masakan, satu pedas, satu lagi tak pedas langsung.

Menceceh pulak, ni resepi roti yang aku buat semalam..........

ROTI MARBLE COKLAT

200 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
1 sudu besar butter/margerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko (bancuh dgn air sedikit)

Cara:-

1. Masuk semua bahan kedalam bread maker kecuali koko (aku guna tangan je)
2. Uli hingga adunan tak melekat ke jari.
3. Perap doh 40 minit. Kemudian tumbuk2 bagi keluar angin.
4. Bahagi 3 bahgian. Satu bahgian masukkan bancuhan koko dan uli bingga warna jadi sekata.
5. Satukan  doh baki tadi dan terap memanjang. Letak doh coklat ditengah dan tutup keseluruhan adunan tadi. (bab ni aku ikut suka sendiri nak buat macam mana pun, aku gelek adunan kosong dan lapiskan dgn adunan koko, mcm kuih lapis gitu)
6. Potong 3 adunan tadi dan anyam bentuk tocang (serious......aku tak reti buat tocang roti ni, kalau rambut, aku boleh buat.......aku hentam je lilit selang seli)
7. Letak adunan dalam sandwish loaf yang dah disapun margerin (nasib baik ada kakak aku punya dulu aku tak pulang kat dia masa pindah dulu)
8. Biarkan naik dan bakar selama 25 minit dengan suhu 160C.





hehe....guna jari pun boleh!!

BUTTER ROLL

Salam Sejahtera....

Masih mengantuk? Malam tadi tengok ABP kan.......hemm...tahniah la Dato Siti Nurhaliza, untungnya Tok K!! Tahun depan tak masuk bertanding, tahun ni kena sapu habis la kan......
Aku pun malam tadi terjegil mata nak tunggu sampai pukul 11.30 pm. Nak komen apa ye? Komen pasal persembahan artis.......aku pun bukan pandai sangat.....yang aku tau, asal persembahan tak macam karaoke, kira ok la tuh!!
Tahniah juga pada Remy Ishak dan pasangan heroinnya dalam Nur Kasih. Menggelabah je Remy.......ye la...tak sangka nak menang agaknya, lidah pun naik berbelit2 buat ucapan.

AF8 pula, tak sangka si Anum yang keluar. Ingatkan si Ain tu.......sayang la Anum terkeluar......dah takde rezeki dia, nak buat macam mana? Heh....aku ni tak pernah2 update pasal artis, tetiba pulak nak jadi macam wartawan. Apa kes?

Nak update pasal Buter Roll yang aku buat 2 hari lepas, dah habis pun masuk dalam perut. Resepi dari myresepi.com oleh yani. Sila la mencuba!
BUTTER ROLL




120 ml susu segar


50 gm telur


300 gm tepung roti


3 sudu besar gula


1 sudu kecil garam


60 gm butter


1 sudu kecil dry yeast



Cara-caranya:-

Masuk bahan ikut turutan, adun seperti biasa.

Bahagi 12 bahgian dan buat bentuk bulat.

Rehatkan 10 minit.

Buat bentuk kon.

Canai jadikan 30-35 cm, gulungkan.

Biarkan naik 2x ganda.

Sapu telur sebelum baker. Bakar dalam 10-12 minit.

Suhu 180C.

Jika roti belum perang, biar dalam oven 5 minit.

nota: terima kasih yani, resepi awak memang best!