my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

BAKED CHEESECAKE WITH BLUEBERRY

Salam Sejahtera....

Aku selalu chatting dengan aunty aku yang muda jelita di Penang sana. Topik kami pastinya tentang masakan sebab dia pun meminati bidang yang sama. Resepi ni aku dapat dari dia, dia ambil dari mana tak ku tahu pula....

Inilah hasil selepas dapur ku tonggang langgang dek kerana cheesecake ni. Anak ku memang suka semua2 tentang cheese. Ayahnya toksah cakap la. Baru masuk petiais tak sampai 3 jam, dah suruh potong. Sabar je la....

haha....mousse aku campur dgn blueberry, berlebih2an pulak tapi sedap sangat...



 Anak aku tu kalau suruh makan blueberry jem, jangan harap dia nak makan jadi aku campur dgn mousse..


jemput makan cheesecake.......jangan potong besar2, muak pula nanti...

BAKED CHEESECAKE WITH BLUEBERRY

bahan A
400 gm biskut marie (biskut marie aku tak cukup, aku bedal biskut tiger Aziz)
200 gm butter (melt)
bahan B
500 gm cream cheese
2 biji telur (gred A)
1 s.k vanilla esen
1 cwn gula (castor)
bahan C
400 ml whipping krim
1/2 cwn gula
3 s.k gelatin
bahan D
170 gm blueberry (jem....makcik aku guna rasberry, apa beza dia ek?)

Panaskan oven 170C selama 10 minit.
Pukul bahan B hingga kembang, ketepikan.
Biskut di kisar dan campurkan butter yang telah dicairkan.
Masuk biskut dalam acuan springfoam. (aku punya acuan yg boleh buka bawah, ukuran 9 inci)
Tuang bahan B dan bakar selama 20-25 minit.
Kalau kek tukar perang, tutup dengan foil.
Sejukkan kek.

Pukul pula bahan C sampai kembang kecuali gelatin.
Larutkan gelatin dgn sedikit air dan panaskan sekejap.
Masuk dalam krim tadi dan pukul seketika. Ketepikan.
Masuk blueberry dalam mousse dan kaup balik.
Tuang atas kek dan sejukkan selama 4/5 jam.
Lebih sejuk, lebih sedap....yummy!!

Baju raya..

Assalammualaikum semua teman2 blogger sekalian.
Bulan puasa hampir menjelma, agak2 ada yang dah buat kuih raya untuk dijual? Mesti ramai yang dah prepare untuk raya. Aku pulak baru je hantar baju dua helai untuk ditempah tapi cekik darah. Ada ke patut dia naikkan harga sampai RM75? sedangkan aku pergi kedai dia pun sebab dia tu saudara kepada kawan baik suami ku. Kalau tak, jangan harap aku nak hantar sana. Baik aku potong sendiri. Ye la......harga kain tak sampai seratus. Lain la kalau kedai macam Man Kajang, Zul Collection ke....tempat artis2 tempah baju. Dia ingat aku ni tak pernah tempah baju ke?

Aku rasa dia nak kenakan aku kot. Masa aku tanya berapa upah, dia tak cakap. Bila dah siap ukur dan catit nama semua, baru dia tulis harga.....mak aii...terkejut aku dan abe. Kalau dia cakap awal2 takde la aku letak kain kat situ. Dia kata kat semenanjung lagi mahal, RM90. Bila aku dan suami bincang2 bila nak ambil sebelum balik KL, baru dia terkejut. Dia ingat kami ni orang dari mana? nak kelentong pun tengok orang la kan? Di pendekkan cerita, aku nak cancel tempah baju tu. Aku call boss dia orang. Dalam pada bual2 di telephone tu, dia terlepas cakap. Rupanya baju tu orang lain yang jahit dan orang tu charge mahal, tu sebab dia kena ambil upah mahal. Haaa....aku tau sekarang ni. Patut la harga mahal, orang lain yang buat dan dia ambil untung atas angin.

Aku cakap kat abe aku, lepas ni kita repair mesin jahit kita tu.......biar aku jahit sendiri baju raya, biar tak cantik mana pun....dulu2 aku memang ada ambil kelas menjahit. Tapi bila ada barang yang takde nak jahit, jadi malas la pulak.

Inilah orang Melayu, kemahiran ada, kemudahan ada, masa terluang ada tapi......KEYAKINAN diri yang tiada dan orang itu adalah AKU SENDIRI!!

Buah bambangan...pembuka selera (iye ke?)

Salam Sejahtera....

Tak pernah aku teringin makan buah bambangan ni masa baru2 menetap di Sabah. Tapi ramai orang kata, sedap (orang sabah ler). Tengok pada kulit je, aku dah tak berminat.

Tapi, baru2 ni kawan si abe datang dan sedekah buah ni. Ada 3 biji dia bagi. Dua biji aku berikan pada orang sebelah. Sebiji lagi tu, aku nak cuba makan. Bila di kupas, sedap baunya, macam buah mangga tapi bila ku rasa, tak berapa manis.

Tengok resepi kat internet macam senang je nak buat. Aku pun kopek dan potong2 dadu (ikut suka aku ler).....haaa....tang biji tu....memang seksa aku di buatnya. Terpelanting sana sini aku kerjakan! Bukan senang nak dapat isi dalam tu (biji bambangan) dah la parang aku tu comel je!

Akhirnya aku berjaya setelah berpeluh2 menetak dengan bersungguh2. Gigih ni nak tengok isi dalam!

gitu rupanya biji buah bambangan? selama ni makan buah mangga pun tak pernah kopak tengok biji dalam...

Biji bambangan di parut dan gaul dengan isi buahnya, letak garam serta cili padi sedikit. Perap dalam bekas, tak tau la berapa hari baru boleh makan. Kita tengok lepas ni apa jadi......

Pengat Pisang (favourite mak aku)

Salam Sejahtera....

Bila puasa ni, tekak nak makan yang manis2 je......puasa sehari...nak makan macam2, mana tak menembam? Kebetulan jiran sebelah bagi pisang nipah, memang sampai hajat aku nak makan pengat.

Bila buat pengat pisang, teringat kat mak aku. Dia suka sangat pengat pisang. Kalau buat tu, seperiok besar (cucu2 ramai tumpang semangkok)



Disebabkan aku kehabisan idea nak update blog, ni saja la hidangan ku untuk tatapan semua. Nak tulis resepi......semua orang dah tau....resepi aku ni pun simple je, takde daun pandan pun.

Pisang sesikat (aku suka belah empat pisang tu dan potong dua)
Gula merah/melaka (kalau kat Kelantan, gula dia lagi sedap, aku ada stok bnyk sebelum ni)
Gula pasir sikit (gula merah tu tak berapa manis)
Kalau ada daun pandan, lagi bagus.
Sagu biji sikit (mak aku kalau takde sagu biji, muncung je muka dia)
Santan ikut suka (aku tak suka pekat sebab dah ada sagu biji)
Masak hingga pisang jadi lembut, baru angkat.

Dah siap pun.....

Makan masa musim hujan2 ni, sedapnya!!

Chocolate chip ala Famous Amous

Balik dari airport tempohari, anak ku dapat sebungkus biskut famous amous. Suka sangat dia....sebabnya? ibu dan ayah dia tak pernah belikan sebelum ni. Bukan taknak beli tapi setiap kali melalui kedai2 di airport, kami jarang singgah. Benda mahal siapa nak beli? Kalau dah ada tempat yang murah, takkan kita nak pergi tempat yang mahal, betul tak? Melainkan kalau terdesak memerlukan barang tu, barulah di beli.

Sambung balik cerita pasal biskut famous amous tadi.
"Ibu......kalau ibu buat biskut tu, buat banyak tau sebab Aziz nak makan pagi, tengahari, petang dan malam. Nak bawa bekal ke sekolah lagi!"
"Amboi? hari2 nak makan biskut je? ok la....ibu cuba buat, kalau tak sama.....jangan komplen pulak"


Cari2 resepi biskut famous amous tu, terjumpa fotopage erynejasmine........terima kasih ye, walaupun ada lagi resepi yang macam ni tapi aku berkenan cuba eryne punya..

CHOCOLATE CHIP ALA FAMOUS AMOUS

1 cwn butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bikabonat
1 cwn gula halus
1 cwn gula perang
2 1/2 cwn oat mesin halus
12 oz coklat chip (kalau tak tau ukuran dlm gram, klik kt hp je)
1/2 s/k garam
9 oz coklate cadburry (parut)
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cwn chopped nut (saya campur walnut dan badam)
1 s/k vanilla


Pukul butter dan gula hingga gebu.
Masukkan telur, vanila, tepung, oat, garam, baking powder, soda bikabonat.
Masukkan chocolate chip, cadburry bar dan lain2. Gaul rata.
Sudu dalam loyang dengan jarak 2 inci.
Bakar selama 15 minit dengan suhu 170C.

nota: terus terang biskut aku tu tak lengkap chocolate chip dan chocolat cadbury
tapi tetap rangup dan sedap kerana ada oat dan kekacang.

Kundasang lagi..

Salam Sejahtera....

Baru2 ni adik ipar ku datang bercuti 3 hari di sini. Jadi, tentulah menjadi tanggungjawab kami membawa dia suami isteri bersiar2 sekitar KK. Nampak gayanya, dua minggu berturut2 kami ke Kundasang. Tapi kali ni kami tak tidur, cuma jalan2 sambil ambil foto saja.

Walaupun dah berkali2 datang sini, baru ni la aku sempat bergambar kat papan tanda ni....suasana pagi tu sejuk sangat sebab sekarang ni kan musim hujan. Boleh dikatakan setiap hari hujan petang. Bagaimanapun kami sempat bergambar2 untuk kenangan.

Tengahari kami dah bertolak pulang, tak larat nak jalan2 lagi dah. Ikutkan hati aku malas nak ikut, tapi nanti di kata tak sudi layan tetamu pula. Maklum la, baru minggu lepas pergi Kundasang.

Aku rasa pembaca blog aku pun bosan kalau baca cerita yang sama, jadi aku tutup cerita sampai sini. Gambar2 ada di facebook.

IKAN KERAPU MASAK MASAM MANIS

Salam Sejahtera....

Sejak menetap di Sabah ni, kami sekeluarga kerap makan ikan berbanding dulu, asyik2 ayam. Disini, ikan boleh tahan murah dan banyak pilihan. Jadi, selalulah kami membeli ikan kerapu, ikan putih, ikan tenggiri, kerisi........udang dan sotong tu.....memang sentiasa ada stok. Cuma ikan tongkol aku tak pernah beli. Entah kenapa aku kurang suka ikan ni.....

Kali ni aku nak share resepi dari http://alhelmi.tripod.com/. Resepi ni macam kita masak sweet sour je. Tak susah pun....

(A)

1 ekor ikan kerapu
120 gm tepung jagung
1 biji telor
minyak
garam

(B)
5 ulas bawang merah (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
3 cm halia
1 batang serai titik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cwn air
cuka
garam



Cara:-
  1. Gaulkan bahan-bahan A dan goreng hingga rangup.
  2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
  3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
  4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih.  Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
  5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi. 

Sambal Pecel

Salam Sejahtera....

Kekadang rasa bosan nak masak. Hari2 memikirkan masak dan masak........dah tu kalau takde pembuka selera, tak best la kan? Makan pula berdua, anak tu tolak tepi sebab dia tak makan pedas2, kena masak lain untuk dia.

Selera kita orang Melayu mesti nak pedas2. Aku tak berapa sangat makan sambal belacan ni, bukan apa......kena tengok lawannya, barulah sedap.

Kat sini aku nak kongsi sambal belacan yang biasa kita buat cuma berbeza caranya. Sumber dari Sajionline....

SAMBAL PECEL

5 tangkai cili merah
7 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 biji tomato
belacan

Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan semua bahan.
Angkat dan toskan.
Kisar atau tumbuk. Bubuh gula dan garam.

Meriah

Salam Sejahtera....

Maaf ye pada teman2 yang berkunjung ke blog ku ini sejak dua tiga hari tak sempat nak update. Sibuk dengan masak memasak kat dapur sampai surat khabar pun tak baca.

Mak dan kakak ku sekeluarga ada disini tempohari, lebih kurang 5 hari mereka berkampung di Sabah. Tapi bukan la menginap di rumah ku, ada sewa rumah untuk 3 hari. Ok juga, satu hari RM200, 4 bilik dan segala2nya lengkap. Ada aircond, tv, dapur dan lain2. Bersebelahan dengan pasaraya pula. Senang kakak ku nak cari apa2 yang tak lengkap kat rumah tu kalau nak masak.

Bagaimanapun mak tinggal dengan ku. Tak sesuai pula dia nak tidur kat sana, ramai satu hal, budak2 muda pula tu sebab anak buah ku datang dengan geng2 dia sekali. Dia bertunang dengan orang Sabah. Sebab tu la satu famili turun.

Di pendekkan cerita, malam Sabtu majlis tu berlangsung. Rasanya ni first time kami pergi merisik dan meminang di waktu malam. Nak buat macam mana, kena ikut belah perempuan. Selesai majlis, esoknya (Ahad) kami ambil kesempatan meronda sekitar Kundasang dan Ranau. Tak sah la kan? kalau dah ke Sabah tak tengok pemandangan kaki Gunung Kinabalu, mana boleh.

Dua hari kami di sana, alhamdulillah.......cuaca ok je. Sempat ke Kg Luanti, Poring Hot Spring dan Kinabalu Park. Sesekali jalan ramai2 (tiga buah kenderaan konvoi) seronok betul. Kena pula mak ada sama. Dapat pula makan masakan dia. Selama di sini, dia je yang masak untuk semua orang.

Pendek kata memang seronok sangat aku hari tu. Walaupun letih tak boleh nak cakap, aku tak kisah. Apa yang penting dapat kumpul bersama sebahagaian kecil keluarga ku. InsyaAllah jika tiada aral melintang, bulan Januari tahun depan, mertua pula berkampung di sini.


sempat ke Kota Belud, beli sudip kayu, parang (abg ipar beli) tak ketinggalan brooch (wajib beli kalau ke Sabah)
Rumah penginapan atas bukit, tempat bebudak ni bermalam selama 2 hari....ok juga, sejuk...view yang menarik..
Dari sini boleh lepak sambil melihat keindahan alam terutamanya gunung Kinabalu....
Lepas subuh terus turun dari hotel untuk menunggu matahari terbit dan melihat keindahannya...
Tak sah kalau pergi satu2 tempat tu tak bergambar, bukti mesti ada...
hehe.....kat tingkap pun nak posing, tapi yang penting bukan tuan punya badan tu........background tu yang harus di zoom....

Ok la......ni je yang dapat aku upload, selebihnya ada di facebook.......

UDANG SALUT TEPUNG

Salam Sejahtera...

Anak aku suka sangat dengan udang tapi kalau nak masak tak boleh pedas2. Dia langsung tak makan pedas. Jadi, setiap kali nak masak udang, pening kepala aku memikirkan resepi yang dia boleh makan.

Kali ni aku buat udang salut tepung juga tapi letak bread crumb. Ala.....macam nugget tu. Nampaknya dia suka, senang la hati ibu dia.

UDANG SALUT TEPUNG (sumber Sajionline)

400 gm udang (besar) kupas kulit badan
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji limau nipis

Bahan celup :-
1 cawan tepung jagung
1 cwn serbuk roti
1 biji telur

Caranya :-
Gaul udang dengan limau, garam dan lada sulah. Toskan.
Gaul udang dalam tepung jagung.
Celup dalam telur yang di pukul.
Dengan segera, celup dalam serbuk roti.
Tekan2 agar dia melekat.
Susun dalam dulang dan simpan 1 jam dalam peti sejuk.
Kemudian baru di goreng.
Cicah dengan sos cili.



.

Ada cadangan?

Salam Sejahtera....

Oven aku baru je buat hal. Ni semua nak minta belanja beli baru. Hari tu baru sebut2, nak tukar oven kalau ada rezeki.....tup..tup dia rosak pula.

Ada tak cadangan dari teman2 blogger, oven jenama apa yang paling bagus diguna? Jangan la cadangkan yang mahal2, dah tentu berbaloi kalau mahal, betul tak?

Sebelum ni aku guna oven yang berharga seratus lebih........ciput je...

Pancake GEBU

Salam Sejahtera....

Cerita panjang malas la.......nak tayang pancake yang jadi kesukaan anak ku. Katanya, lembutnya ibu buat, letak apa ye? Alahai...macam la dia nak masak kalau aku malas.....dah sediakan tu, makan je la...

Ni resepi aku jumpa kat acik google hari tu, aku lupa nak tulis dari blog mana resepi ni. Sebenarnya banyak resepi pancake aku salin dalam buku. Tapi kali ni aku paling suka sebab lembut dan gebu, macam tosei pulak.

115 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil krim tartar
25 gm butter
1 biji telur
150 ml susu segar
1 sudu besar gula
garam

Cara membuatnya seperti biasa, cuma aku tak ikut seperti resepi asal. Mengikut resepi asal tu tepung gandum di gaul bersama butter hingga rata tapi aku panaskan butter tu dan putar bersama telor dan gula. Kemudian masukkan soda bikabonat, krim tartar, tepung dan susu segar.

Gunakan kuali yang tidak lekat dan api yang kecil. Sendukkan aduanan ke atas kuali dan balikkan pancake bila gelembung udara telah kelihatan. Bakar hingga keemasan warnanya.

Biasanya aku suka cicah dengan gula melaka yang di cairkan atau madu.
Boleh juga cicah dengan gula perang atau  yang bersesuaian.

Tahniah anak ku!

Salam Sejahtera....

Sebenarnya aku dan abe ku tak sangka bila anak dapat tempat ke 2 dalam kelas sewaktu peperiksaan penggal dua yang lepas. Memandangkan kertas periksa tu banyak yang 'berpangkah', sah2 dapat nombor belasan. Kiranya dia terselamat la jadi sasaran leteran ayah dia. Bagaimana pun, ada matapelajaran yang markahnya naik dan ada yang turun.

Apa2 pun ibu dan ayah nak ucap tahniah la juga. Bukan nombor yang jadi persoalannya tapi markah yang tercatit dalam buku rekod tu lebih penting. Kena kuatkan lagi usaha, kurangkan main. Belajar kena ikut masa yang telah ayah dan ibu tetapkan. Mudah2an membuahkan hasil akhirnya. Amin.

Sewaktu jumpa guru kelas anak, katanya dia target Aziz sepatutnya dapat nombor satu. Tapi Aziz ni cuai dan suka ambil mudah semua perkara. Lepas exam tak check semula. Terlampau merendah diri juga katanya. Asal yang buruk, semua dia. Bagi aku sebagai ibu dia, merendah diri ni bagus juga. Sekurang2nya dia sedar kelemahan diri dan tak melampaui batas dengan orang lain. Selama aku membela dia, belum pernah lagi aku dengar dia memukul atau menyakiti kawan. Cuma 'mulut' je lebih!! hehe.....biasa le bebudak...macam lalat! Berani dari jauh je.......

Sebagai upah kerana usaha itu, ada la sedikit habuan dari kami untuk menaikkan semangat dia lebih rajin belajar. Takde la mahal mana........tapi disebabkan sekarang ni 'demam bola' melanda.......turutkan juga permintaan dia.


Jus Apple + lemon + asam boi

Salam Sejahtera....

Mesti korang suka minum jus buah2an kan? Tapi nak buat malas......betul tak? Main order je kat kedai.
Apa kata kita buat sendiri kat rumah, bukan susah pun. Kopek buah apple dua tiga biji, letak gula, masuk blender. Dah siap!

Nak sedap lagi, letak asam boi sebiji dua. Hiriskan lemon......fuhh...memang terangkat la!! Kena pula cuaca panas terik sekarang ni.