my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Puasa dan herba Mas Cotek

 Masih ada open house? tak dapat la join kalau minggu ni sebab aku dalam proses puasa 6. Orang lain dah habis, aku dan en. abe baru nak buat. Baru lepas sehari, harap2 tiada halangan lepas ni hingga hari sabtu.

Sebut pasal puasa 6 bulan syawal ni, si Aziz pun beriya2 nak join. Dari malam lagi dah pesan, kejut dia bila sahor tapi aku tak bagi dia puasa. Bukan apa, takut dia tak tahan tengok kawan2 pergi kantin, makan dan minum depan dia. Cuaca pula panas sekarang ni........

Pukul 5 pagi aku kejut dia untuk bersiap ke sekolah. Bangun je dia terus tunjuk tangan ke jam dinding sambil gosok2 mata yang berair. Aku tanya, kenapa pulak? Dia jawab......dah pukul 5 pagi, Aziz nak sahor, kenapa tak kejut?
laaa....nak puasa jugak ke? lepas tu bersungguh2 dia menangis sebab aku tak kejut dia sahor. Rasa bersalah pula aku ni, anak nak buat benda yang elok, aku larang. Takpe la......esok2 boleh puasa jugak, aku memujuk.

Bila puasa 6 ni, teringat kat mak aku. Raya ke 2 je dia dah puasa. Tahun ni dia ada geng dengan abg ipar ku. Dah la badan dia kurus, makan tak berapa lalu sangat. Tak macam aku ni, puasa ke tidak......sama je naiknya...aku rasa kalau puasa 3 bulan direct pun belum tentu aku boleh kurus. Lagi pulak kalau stress.......berselera aku makan.

Baru2 ni aku ke pasar tamu, jumpa la sorang mamat ni jual daun2 herba kat situ. Untuk orang yang kencing manis, darah tinggi, migrain dll. Mula2 tu, saje2 nak baca flyers yang ada atas meja. Tapi kerana ramahnya si tukang jual, aku dan en abe berkenan pulak. Beli la sekotak herba Mas Cotek ni. Katanya, herba yang dah di proses dalam kotak (yg kat pasaraya tu) hanya ada satu jenis daun. Jadi, mungkin kesannya kurang kalau kita minum untuk elakkan penyakit yang di hidapi. Tapi herba yang dia jual ni, datang dari ladang di Keningau dan di campur dengan pelbagai jenis herba. Kalau la dia tipu aku, memang tak selamat la dia. Setakat ni dah 2 kali aku rebus dan minum airnya. Rasa biasa je, tak pahit pun. Katanya satu kotak tu boleh di bahagi dua untuk di rebus. Sebahgian daun di guna sebanyak tujuh kali.......tengok la nanti apa perubahan yang aku dapat.

 herba yang kami beli tempohari, harap2 tak tertipu!!

lepas gian......

Salam Sejahtera....

Selama berada di rumah kakak (tahun ni beraya di rumah kakak), aku sentiasa ada hal kesana sini. Masa baru2 sampai hari tu stay rumah kakak juga. Sempat la shopping di Sogo (macam tak sah kalau tak ke Sogo, padahal biasa je tempat tu) dengan kakak, abang ipar dan mak juga.

Orang perempuan, kalau bab shopping ni........memang tak letih walaupun masa tu puasa. Apa taknya, kat Sogo tu segala bapak beg tangan, kasut, baju dan sebagainya, semuanya offer!! Dalam pada taknak...taknak....beli juga la satu dua barang.

Lepas letih bershopping, abang ipar membawa kami berbuka puasa di Menara KL. Aku ni nama je duduk berhampiran KL tapi tak pernah jejak kaki ke sini.


Inilah lumrah hidup, bila dekat......depan mata....kita tak peduli pun, tapi bila dah jauh, barulah terhegeh2 nak cari dan tengok. Macam aku juga, masa kat Semenanjung tak teringin nak pergi. Bila dah tinggal jauh ni, barulah teringat2 dan teringin......gitu la manusia.....

Ok....buka puasa hari tu, abang ipar ku belanja. Dia ni memang suka belanja orang, baik hati, murah rezeki dia. Kami makan di Restoran Tando's (kalau silap, minta maaf la, ingat2 lupa ni). Ada nasi beriani, rendang tok, bubur lambok, kuih muih dan sebagainya. Tapi, banyak mana pun terhidang depan mata, aku makan mana yang termampu oleh perut ku. Kalau orang belanja aku makan memang jimat la duit dia orang. Kita ni kalau ikut selera, semuanya nak. Aku, kalau makan nasi, memang aku tak ambil dua senduk.......sesenduk penuh pun dah banyak. Sampaikan ramai yang tegur bila aku ceduk nasi ke pinggan.......baik tak payah makan, kata mereka. Tak kisah la orang cakap apa, yang penting aku memang kurangkan nasi.


Bila dah sibuk2 buka puasa tu, tak sempat nak bergambar. Tambah pula bukan kami je kat restoran tu, malu pula nak snap sana sini. Bagusnya kat restoran ni, boss dia datang kat meja kita, tanya ok ke tak....dan sebelum azan berbuka berkumandang, ada baca doa2 sedikit dari pihak restoran. Macam ni la bagus....

Ok, kali ni aku nak cerita pasal gian  nak ke bazar ramadhan. Selalunya bila balik sini tak sempat nak ke bazar. Baru2 ni kami pergi kejap, cari juadah untuk berbuka puasa. Saje beli untuk Aziz yang nak makan otak-otak kesukaan dia.
Fuhh.....punya la ramai umat kat sana.....itu baru bazar ramadhan, belum lagi pasar malam. Agaknya, makin nak raya, makin tak masak dia orang ni? Paling menarik perhatian ku bila nampak orang beratur panjang kat satu stall ni........berasap2 aku nampak!!


Tertanya2 jugak, apa yang dia orang tunggu tu........rasa macam nak join je......owhh......



Beratur nak beli 'ayam golek' rupanya!! ish..ish..ish....sekor RM20 (kalau tak silap la). Sedap agaknya? Bagi aku pulak walau sedap macamana pun, tak sanggup nak berbaris panjang melainkan kalau kes2 melibatkan undang2 atau seumpamanya, tak kisah la beratur pun. Nak buat macamana kan? dah orang suka makan, sanggup tak sanggup, kena la beratur.......


Gulai kawah kesukaan ku, tapi tak beli sebab aku pandai masak sendiri.......hehe....sambil lalu sempat snap gambar.


Wow......kuih bermacam2 jenis....lopes, apam, onde2 dan sebut aje, pasti ada. Orang kata, petik jari je boleh jumpalah!! Tapi aku tak beli pun, cuci mata je.......aku beli taufu fa dan mubarak.....eh....murtabak!!


hehe....malu nak posing depan orang ramai, dapat belakang pun jadi la........tak sampai setengah jam, kami dah balik. Aku bukan suka sangat kat tempat yang bersesak2 ni. Saje nak memeriahkan cuti kami kali ni.....

Kiranya, balik semenanjung kali ni aku puas hati sebab dapat lepas niat ke bazar ramadhan. Orang kata, tak dapat pergi setiap minggu, dapat setahun sekali pun jadi la.......sebenarnya boleh saje kalau nak pergi tiap2 minggu sebab cuti sekolah hujung tahun nanti kami balik lagi. Apa2 pun aku berterima kasih sangat pada anak saudara ku dan kakak serta abang ipar sekeluarga. Selama kami di sana, layanan yang baik dan tak terbalas oleh kami. Begitu juga dengan keluarga suami ku. Aku sayang kamu semua!!

kisah RAYA, dugaan kami!

Salam Sejahtera....

Masih mood hari raya? Bagi aku di sini, mood raya dah habis, mungkin tidak kalau di samping keluarga tercinta. Masa baru2 balik raya tempohari, jenuh juga mencari kuih2 raya di shopping komplek, tapi tak ada......jadi, di rumah ku sekarang memang tak ada kuih raya. Kalau ada tetamu yang datang mengejut, makanlah apa yang ada, biskut kering ke, keropok ke, kerepek ke......yang penting ada terhidang atas meja.

Macamana nak mula ye? Perjalanan pulang ke semenanjung berjalan lancar. Bas dua tingkat yang aku naik (mulanya takut gila) seronok pula rasanya. Mungkin sebab seat kami di bahgian bawah. Aku pun tak rasa sangat nak ke tandas. Alhamdulillah, pukul 5.30 pagi kami sampai ke pantai timur. Kiranya 'fobia' naik bas dua tingkat tu dah hilang....hehe...

Sehari sebelum raya (rumah mertua) aku anyam ketupat yang daunnya di ambil sendiri oleh adik ipar ku. Nak tau? seumur hidup aku tak pernah masak ketupat sendiri, selalunya aku anyam je, mak yang isikan beras dan rebus hingga selesai. Tapi kali ni 'dalam sejarah perkahwinan ku' aku masak ketupat dari mengayam hinggalah menjadi ketupat yang dapat pujian dari mertua.....haha...kembang semangkuk ni!!
 Jangan tak percaya, aku yang buat tu.........malas nak tunjuk gambar masa aku anyam ketupat, dengan kain batik bagai.......rasa bangga semacam walaupun yang makannya cuma kami sekeluarga. Bermakna, raya akan datang aku boleh buat lagi. Itu pun kalau ada orang yang rajin panjat pokok kelapa. Sebenarnya, boleh beli daun kelapa tapi mahal khabarnya, tak berbaloi.


Tak payah la aku cerita terperinci saat2 sebelum raya tu, aku rasa semuanya sama dengan orang lain. Hari pertama dah tentu ramai tetamu hinggalah hari ke dua. Kalau hari pertama kami masak lodeh, rendang ayam dan lain2, raya ke dua pula aku buat laksa johor. Buat simple je untuk makan sekeluarga. Tapi bila tetamu datang terpaksa juga la hidang hingga tak cukup seperiuk. Sebelum aku bertolak pulang ke KL, aku masakkan lagi kuah laksa untuk adik2 yang tak dapat merasa hari tu.

Raya ke empat, kami bertolak pulang ke KL dengan menaik bas dua tingkat juga. Kali ni kami duduk bahgian atas. Serious, aku rasa ngeri sebab bas ni aku rasa sempit sikit dan penumpang pun ramai. Cuaca pula panas terik dan tak terasa aircond. Perjalanan dari pukul 8.45 pagi, sampai ke rumah kakak lebih kurang pukul 8.30 malam. Lama kan? Badan dah naik berlengas, lepas tu aku rasa macam naik kuda pulak. Rupanya kalau duduk belah atas lebih teruk terhentak2. Lepas ni kami akan lebih bersedia kalau nak balik beraya, maksudnya kena awal2 booking tiket flight.

Kenapa sampai lewat? Dalam perjalanan, bas tersondol kereta pulak.........katanya bukan salah driver bas tapi salah kereta. Apa pun kalau dah menyondol orang depan, orang belakang la yang di salahkan. Pot...pet..pot..pet driver bas dengan driver kereta, sampailah ke balai!!! Kami yang dalam bas ni pun tersampuk sama, ikut ke balai. Melepak la kami depan balai polis, duduk kat bas stop.......makan angin free...tekak haus, perut lapar. Balai polis tu jadi mangsa kami guna untuk membuang hajat.

Lebih kurang sejam, baru settle masalah kat balai. Teruskan perjalanan ke KL. Lega kami rasa. Tak sabar nak mandi dan sebagainya. Hampir pukul 8 malam kami tiba di Hentian Putra. Lepas penumpang turun, tinggal kami yang akan meneruskan perjalanan ke Seremban. Baru bas bergerak sikit, tetiba aku dengar macam bas langgar sesuatu. Ya Allah, pintu bagasi tanggal pulak!! Agaknya masa mereka keluarkan beg, pintu tak tutup rapat. Jadi bila bas bergerak kedepan, pintu tu tersangkut pada tiang bangunan.

Berhenti lagi beberapa minit sementara mereka betulkan apa yang patut. Aku nampak dari atas, mereka alihkan beg2 ke bahgian sebelah pula. Aku pun hairan, banyak betul halangan kami nak sampai ke destinasi hari ni. Dah macam drama pulak! Mungkin driver letih sangat kot, kesian juga aku tengok. Nak salahkan dia, tak boleh juga, benda nak jadi......tak siapa boleh halang. Cuma aku bersyukur, sampai juga aku dan keluarga ke destinasi kami untuk beraya dengan keluarga ku pula.


Cerita ku bersambung nanti.....

Kembali berblog!!

Salam Sejahtera....

Fuhh.....bersawang blog aku ni, dah beberapa hari balik dari Semenanjung tapi masih belum dapat mengupdate blog. Sibuk kemas rumah yang di tinggalkan hampir 2 minggu tu. Kemudian pergi cari barang untuk peti ais ku yang ala kadar je isinya, dibuatnya tetamu datang nak beraya, memang takde apa nak hidang.

Selepas 2 hari berkemas bagai, ada tetamu pula nak beraya. Aku masak rendang ayam, kuah kacang dan lodeh serta nasi empit. Tengok gaya tetamu ku tu tak pandai makan lodeh, orang Sabah......tak sesuai dengan selera dia kot...

Aku tanya isteri dia, orang sini kalau raya pertama makan apa ek? Kata dia, mereka makan sup2 biasa je.....hemm...kalau kat Kelantan, hari raya haji semua rumah menu sama je, sup daging atau tulang lembu dan daging goreng. Bagi famili ku, menu raya tak menentu (raya pertama) kekadang mak buat nasi beriani, kekadang lodeh dengan nasi empit, kekadang laksa Johor. Jadi takde la boring sangat kalau setiap tahun menu yang sama je.

Cuma tahun ni aku tak merasa masakan mak pada raya pertama kerana beraya sebelah suami. Hari ke empat baru dapat pulang ke KL. Sebenarnya banyak cerita yang aku nak tulis tapi mood menulis ku terbantut kerana celcom 3G ni kekadang buat aku badmood.

Ada masa aku sambung ye.....err...rasa macam nak pergi jalan2 makan angin la...

maaf ku pinta!!!

Salam Sejahtera.......maaf zahir dan batin terlebih dulu ku pohon pada teman2 yang sering berkunjung ke blog ku ini.:..KETIKA iNI aku update blog guna handphone je....malas nak pinjam orang punya.....nanti ada masa, aku pasti balas msg kawan2 semua.

jom balik Kampong!!

Assalammualaikum,

Saat ni aku sedang berkemas luar dan dalam rumah ku sebelum melangkah kaki pulang ke semenanjung. Satu beg besar penuh kain baju dan 2 beg sandang. Ok la tu, ulang2 pakai selama 2 minggu di sana. Kalau tak cukup, boleh shopping kat KL.....hehe...bonus che abe kan ada?

Disana nanti aku tak pasti samada aku akan update blog ke tak sebab kami tak bawa pulang komputer riba. Tak larat nak pikul kehulu kehilir. Dah la nanti buka puasa kat airport. Ada kesempatan aku akan update dari rumah kakak atau guna handphone (belum pernah buat lagi)

Tapi.....aku sibuk2 nak update, ada ke orang 'kisah' aku update ke tak?

Selamat kembali ke kampung teman2 blogger sekalian, hati2 bawa kereta kerana ada insan tersayang di samping kamu!!