my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

KUIH BAKAR (resepi dari kakak)

Salam Sejahtera....

Lama betul tak 'main masak2' kan? Kalau kat rumah orang, tak kira la rumah kakak ke, rumah mak ke, rumah mertua ke.......tak sama macam rumah sendiri. Betul tak?

Hari tu masa kat rumah kakak, aku ada ambil resepi kuih bakar dia. Aku tak tau la resepi tu dia dapat dari siapa tapi kalau tak silap dari kawan baik dia yang dah di anggap macam kakak. Nak kata dia belajar dari internet, tak mungkin sebab kakak ku ni buta IT (ciklon jgn marah ye...) Tapi, kelebihan dia, kalau buat apa2 makanan, gerenti sedap gila lah!! Aku selalu rindukan kuih bakar dia. Sedap, lembut dan berlemak krim.....hehe..

Dah dapat resepi, mestilah nak cuba, takkan nak buat hiasan, kan? Che abe aku tu pun sibuk suruh buat. Mula2 rasa berat hati nak buat sebab aku takde acuan kuih bakar. Ada acuan macam kuih cara tu, lengoh nak tunggu masak. Masuk dalam loyang yang ada lubang tengah tu, tak boleh jugak sebab adunan meleleh. Sudahnya aku guna loyang je.





Kita share resepi kat sini........
8 biji telor gred A
375 gm tepung gandum
1/2 kg gula pasir
1/2 kg santan pekat
1 liter air pandan
serbuk vanila

Cara membuatnya:-

Telur dan gula di pukul hingga sebati atau kembang.
Air pandan di campur dengan santan dan jerang atas api sebentar, bubuh sedikit garam.
Setelah bancuhan telur kembang, masukkan tepung gandum berselang seli dengan santan tadi.
Gaul sehingga rata dan tapis adunan.
Masuk adunan kedalam acuan dan bakar sehingga masak. 
Sekiranya nak letak bijan, taburkan ketika kuih hampir masak.

nota aku: kalau famili tak ramai, buat separuh drp adunan di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)