my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tetamu dari Semenanjung (kawan lama)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sabtu dan Ahad lepas (semalam) pb sibuk lagi melayan tetamu yang datang. Taman lama dari Selangor. Kami kenal sekitar 1990an lagi dan bertemu semula tahun lepas di facebook. Kali ini dia datang bersama rombongan untuk promosi homestay di Banghuris (kalau silap, maaf ye Tina)

Tina tiba hari jumaat dan pb jumpa sekejap di airport. Mereka menetap di Courtyard hotel, One Borneo. Seharian tu aktiviti mereka pastinya melawat Kundasang. Tak sah tak pergi Kundasang kalau datang Sabah. Sabtu, pb sibuk teman hubby tempah laksam dan kuih. Jadi tak dapat jumpa, cuma sms dan talipon.

Ahad barulah dapat jalan ke Gaya Street. Macam2 yang dibelinya. Kami tolong tengok je.....hehe...tiap2 minggu pergi mesti nak beli kerosang. Kopak ler duit hubby macam ni.


huhu......Tina yang dulu kami gelar tomboy, sekarang dah anak lima kalau tak silap......teringat dialog Tina, kak, ko gambar dengan aku takpe la, nampak kurus! hehe......dah takdir kan? nak buat macam mana? terima sajalah kejadian yang Allah beri ni, yang penting kita bahagia.

beli...jangan nanti dah balik, rasa menyesal pulak......

Lepas shopping bagai, Tina lepak kat rumah pb. Lari dari hotel la ni.......sibuk kawan2 dia tanya pergi mana. Pb masak kari ikan putih, sambal belacan dan sayur kacang goreng pedas. Cukup la tu.......sebelum tu dia dah bedal laksam. Harap Tina puas hati dan juga sedikit kek gula hangus yang dibuat tempohari dibawa ke airport. Mana tau, lapar2....bosan ke....boleh ngap!

Harap Tina tak serik datang lagi.......

4 ulasan:

  1. Seronoknya klu dpt jln2 Sabah. Sabah sbnrnya negeri paling2 sy nak pegi.

    Eh, baru smlm sy dpt review psl homestay Banghuris kat TV3. Hehehehe.

    BalasPadam
  2. akk ari tu x jumpa kedai jual kerosang..huhu
    lain kali nk singgah rmh zana, dpt mkn sedap2..hehe

    BalasPadam
  3. Fara...jom ler cuti2 Sabah, nanti kita makan2 kat rumah.

    BalasPadam
  4. kakrose...ye ke? nape x ckp dgn kita? takpe, kakrose anytime boleh dtg sb takde tugasan jaga anak kecik...hehe..boleh nak dtg rmh zana, insyaallah zana masak utk kakrose.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)