my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Potato wedges dan cheese powder

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Assalammualaikum, hari isnin bermula lagi.......apa daa pb ni, dah nak masuk senja baru nak update blog. Bukan apa, tadi dan semalam (ahad) pb sibuk bebenor shopping barang untuk tempahan nasi tomato dan lauk pauknya. Tadi pukul 12 tengahari, baru dapat rehat. Ini belum lagi masak untuk malam.....adoi...rasa macam malas je.....tapi kena buat juga, kesian hubby dengan anak nanti kelaparan.

Nak bagitau ni, pb dah boleh buat cheesy sendiri macam kat kfc tu. Sedap, sebijik rasanya sama tau. Anak pb suka sangat, katanya, kalau boleh nak makan hari2. Ayahnya pula, jangan masak banyak2, jimat2 sikit......tapi tadi dia yang bawa kesekolah, nak belanja kawan. Pb kata, sayang la cheese powder kita tu, jauh nak order, bukan senang. Takpe kata dia, tiap2 bulan kita boleh order sebab anak dan ayah suka.

Cheese powder ni tak mahal, pb order 2 pek. Sesiapa yang nak cuba boleh la pergi ke blog XANE NEOR atau ke facebook beliau. Cepat juga sampai, walau jauh dari sana ke Sabah. Bila dah ada yang diidamkan, apa lagi, menggodeh ler.......pb buatkan kentang goreng ala kfc.

Tepung gandum, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam, sedikit gula dan serbuk kari (pb tak guna serbuk lada) Bancuh dengan air.
Kentang dibasuh bersih dan rebus hingga empuk.
Potong kentang macam kfc tu dan salutkan bancuhan tepung tadi.
Goreng dalam minyak panas.

Untuk cheesy pula, bancuh cheese powder dengan air panas.
Kalau nak secawan, air pun secawan. Kacau rata hingga tiada bintil2. (pb masuk mesin kisar)
Dah siap, boleh letak atas kentang goreng tadi.
Tak payah pergi kfc semata2 nakkan bendalah ni.....



Silakan.......makan petang boleh....malam pun boleh...bila2 masa je. Cuma jangan merungut kenapa berat badan naik tak turun2.

Mee Jawa Tulang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Pelik bunyinya ye? Ada ke orang masak mee jawa letak tulang lembu? Ada....pb la orangnya...hehe...Pb beli tulang ni saja kot2 nak teringin dah ada dalam peti.

Sebelum tu, hari Ahad lepas pb makan kat satu food court dekat dengan rumah. Saje je nak merasa mee jawa orang Sabah (mungkin gerai tu bukan orang Sabah agaknya) Hati berbelah bagi, nak makan ke tak......tengok macam sedap, orang keliling makan licin je pinggan dia orang.

Pb order satu mee jawa, kongsi dengan hubby. Manalah tau tak sedap, kan rugi kalau beli dua mangkok. Orang tu hantar bukan guna mangkok, tapi piring biasa je (macam pinggan kfc dulu2 tu). Pb cakap kat hubby, tak sesuai langsong makan mee berkuah dalam piring. Nak buat macam mana, hirup aje la.......sekali rasa....fullamak! Bukannya sedap........rasa keledek sesaje. Ayam ada la beberapa ketul, tahu seciput, telor dibelah empat. Suka tak suka, kena makan juga. Harga RM5, tak berbaloi kalau macam tu rupanya.

Esoknya (hari isnin) pb rancang buat mee jawa tapi tak berapa lengkap sebab pasar besar KK pun tutup. Tauhu takde, daun sup takde......bagaimana pun puas hati sebab lebih sedap dari kat food court hari tu.

Resipi pb ambil dari Hanieliza fotopages. Terima kasih kak liza, saya buat terlebih rempah kari la pulak, pedas sikit. Minta izin copy paste ye.....saya ubah sikit je, letak tulang lembu....





 MEE JAWA TULANG
 Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur) - pb guna mee kering
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis] - pb guna tulang direbus dulu
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis) - takde tauhu, org kat pasar cuti
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah) - pb guna limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ] - tak guna sebab takde
100 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.





nota pb: korang jangan gelak tengok tulang segedabak dalam pinggan tu...













Tat Gunting/gulung

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Jem nenas pb dah lama terperap dalam peti ais. Buntu fikir nak buat apa. Makan dengan roti, tak sedap sebab jem ni bukan yang biasa dalam botol seperti ladys choice tu. Akhirnya, pb buka buku masakan tart dan brownies. Jumpalah gambar tat gunting yang comel. Masalahnya, pb tak yakin boleh buat dengan cantik dan cepat. Cari idea macamana nak buat ni? Terjumpa acuan kuih samperit, belasah je la. Pb picit atas tapak tangan dan gulungkan dengan inti.


TAT GUNTING
Resipi dari buku ALAF 21 oleh Salhah Bujang.

Bahan A
250 gm mentega
50 gm gula icing
2 biji kuning telor
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan B diayak
250 gm tepong gandum
100 gm tepung jagung
50 gm susu tepung

Bahan lain
Inti nenas secukupnya
Kuning telor untuk sapuan

Cara membuatnya:
1. Putar mentega dan gula icing sehingga sebati.
    Masukkan telor dan esen vanila, putar lagi.
2. Kemudian masukkan bahan B perlahan-lahan, uli hingga menjadi doh yang lembut.
    Rehatkan sekejap.
3.Ambil satu sudu kecil, letak inti ditengahnya. Bentuk membujur sedikit.
   Gunting doh seperti bentuk nenas.
4. Sapukan kuning telor sebelum dibakar pada suhu 180C, lebih kurang 20 minit.

nota pb: kita tak buat bentuk nenas sebab rasa susah dan lambat pula.
ambil acuan samperit, tekan atas tapak tangan, terus letak inti dan gulungkan.


Dapat dalam 2 botol, separuh bagi makcik, separuh lagi buat kudapan sambil tengok tv......yeaaa...tambah berat badan!!

Pisang goreng mentega

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Salam sejahtera, dah mula kerja ke semua? Kalau kena kerja kat pejabat tu, bawak2 la bersabar ye. Orang lain bercuti lagi (sambung cuti), jangan marah2 macam hubby pb tu. Semalam dia dah kena pergi sekolah. Muncung je, anaknya cuti seminggu, tu yang jeles tu.....hehe.....senang macam pb ni. Takde nak fikir sekolah atau kerja. Fikir masak......membasuh....mengemas....membebel....oppss, termasuk jugak tu. Letih tau membebel ni.....

Hari ni pb nak kongsi pasal pisang goreng je. Hari tu pb beli pisang nipah kat pasar tamu, manis sangat. Pb goreng dengan tepung separuh. Separuh lagi pb goreng togel je, kemudian letakkan mentega/butter dan tabur gula atasnya. Sedap tau!! Pb lupa la ambik kat mana resipi ni, jalan2 kat google, terjumpa....rembat ler..



Gorengkan pisang nipah dalam kuali bersama minyak panas (mestilah panas, apa daaa)
Bila kekuningan atau masak, angkat.
Sapukan butter/mentega ketika masih panas.
Taburkan gula halus diatasnya. Boleh juga guna gula perang.


Siap untuk dimakan. Takdelah terbuang pisang ni sebab kekadang blur nak buat apa. Pisang nipah ni sedap digoreng dengan tepung biasanya atau dibuat nagasari. Kalau nak buat cekodok, tak sesuai bagi pb.

Wordless Wednesday....tak cukup karen?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Badan dah sihat sikit....
Semangat nak masak dah membara......
Tiba-tiba.....kipas slow, lampu malap.....
ishhhh, malas nak cakap...


Journey 2, The Mysterious Island

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Cuti panjang begini bosan kan kalau tak kemana-mana? Tengok pb ni, orang lain bercuti pergi Melaka, pergi Penang, balik kampung......tapi.....kita orang bercuti kat rumah sendiri je. Rasa frust juga, bukan orang sebelah taknak bawa tapi pb yang tak sihat dari hari Jumaat lagi. Selsema yang teruk sangat. Takpelah, Allah beri sakit ada sebabnya.

Dalam pada selsema tu, sempat juga tengok wayang cerita Journey 2, Mysterious Island. Kesian kat anak, dah la tak kemana2, asyik tv, internet, main bola je.

Best juga cerita ni......lama tak nampak The Rock kat tv sampaikan pb dah lupa nama sebenar dia. Suka tengok gigi dia yang putih dan rata tu. Manis senyuman dia. Paling lawak si bapak perempuan (yg punya helikopter)...tengok la .
Dengan perut boroi, pelat-pelat sikit, slang dia bercakap yang buat kita gelak.


suka sangat dia dapat tengok cerita ni, gelak berdekah-dekah dalam panggung...

Roti nan dari GTPM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

 Selamat bercuti dan selamat pulang kekampung halaman. Pb kat sini je, kampung kita jauh, mana nak pergi ye? Kena pulak hari ni selsema dari pagi sampai entry ni ditulis, masih belum reda.

Roti nan ni pb buat pagi tadi (sebenarnya pagi tadi terlajak tidur, 6 lebih sembahyang subuh). Pb dapat dari Group Tak Pandai Masak di facebook. Tak pasti pula sumber yang sebenar dari mana tapi pb nak panjangkan resipi ni disini. Rasanya pb akan terus gunakan resipi ni untuk buat pizza. Ada rasa masam2 sikit sebab guna yogurt.

Roti Nan

350 gm tepung gandum
4 sb yogurt
3 sb gula
1/2 sk garam
3 sb minyak masak
180 ml air suam (bubuh sikit2)
Sepeket yis segera (11 gm)
1 sk baking powder

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan, uli hingga tidak lekat di jari.
Rehatkan dalam mangkuk yang disapu minyak.
Tutup dengan cling wrap (kalau nak cepat naik, katanya letak kat bawah cahaya matahari)
Biarkan naik dua kali ganda.
Kemudian tumbuk2 doh bagi keluar angin. Bahagi kepada 7 atau 8 ketul.
Bulat-bulatkan dan salut dengan margerin.
Rehatkan 30-40 minit.
Gelek doh dengan pencanai.
Guna kuali leper dan bakar hingga masak.
Selepas diangkat boleh sapu dengan butter.





Ni bakar separuh masak sebab belum nak makan lagi. Ingat nak frozen, anytime nak makan, senang.






Sebenarnya pb tak pasti, betul ke ni roti nan. Kalau makan di restoran Senario kat KK, macam ni la rupa roti nan yang kami order cuma rasanya berbeza sikit sebab yogurt tu. 

Tadi petang cicah roti ni dengan kuah kari daging. Sedap sangat, tak rugi mencuba resipi ni sebab kalau makan diluar pun kekadang tak puas hati juga. Dah la mahal, menunggu satu hal, tak sedap pulak tu.



nota pb: terima kasih teman2 dari GTPM.

Takziah... pemergian Izwan Pilus

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Tadi dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian penyanyi Izwan Pilus. Takziah dari kami walaupun bukan ada hubungan apa2, cuma pb dulu minat jugak dengan arwah. Nampak cool je orangnya. Dalam usia yang masih muda beliau meninggalkan kita. Ajal maut tiada siapa boleh menghalangnya. Semua sudah tertulis.


nota pb: selalu ingat mati..

Yee Mee ikut suka hati ku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Ringkas je pb nak tulis, perut sakit memulas ni. Nak kata makan pedas2, rasanya biasa je tadi makan nasi dengan ikan sambal. Maaf la tak dapat lawat kawan2, esok2 la ye.....(waktu ni pukul 9 mlm)


Ni favorite anak pb, yee mee tapi ini bukan mee siput. Pb guna mee yang kering tu, ok la, ada sikit2 rupanya. Simple je.......pb tiru sikit macam dalam myresipi tapi dah banyak lari dari asal....hehe....bahan tak cukup le.

Sekeping dada ayam (pb guna bahagian peha)
4/5 ekor udang besar
2 batang cili kering (potong2)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis (kicap pekat takde)
2 keping hirisan halia
sedikit stok ayam
1 sudu besar tepung jagung
1 cwn air
3 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
cendawan butang (kat rumah takde, tak letak pun)

Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga naik bau.
Masukkan ayam dan udang.
Masukkan air, sos tiram, kicap, stok ayam, lada hitam.
Dah ok semua perasa, baru masukkan mee yang dah direbus dulu.
Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, masukkan.
Dah jadi yee mee......hehe....sedap jugak ni, macam kat kedai.



Kepala udang saja tak buang, konon2 nak bagi lebih sedap, tapi memang sedap pun.






nota pb: lepas upload gambar, terus dok dlm bilik termenong
ni yang lambat publish entry, ntah apa silap makan..

Cekodok Durian

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Salam sejahtera kawan2 pb yang dikasihi. Hari ni pb taknak cerita panjang. Mood tak ok, badan tak sihat, mungkin nak demam agaknya. Harap2 cuti chinese new year ni dah sihat. Kalau tidak, susah hati hubby dan anak.

Cekodok durian ni pb buat petang semalam. Ada lagi sikit dalam peti, jimat2 takut bila2 nak makan dah ada dalam simpanan. Resipi pb ambil dari chef kita tu, sape lagi kalau bukan Mat Gebu. Tengok sini kalau nak gambar lebih cantik. Minta izin copy paste resipi ye adik Mat.

CEKODOK DURIAN

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan isi durian
1 1/3 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/3 cawan gula halus
1 cawan air (kurang lebih)
1/4 camca teh garam halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali air. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau, hingga mendapat adunan yang boleh dijemput. Rehatkan 5 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, basahkan hujung jari dan jemputkan adunan ke dalam munyak tadi, goreng hingga kuning keemasan pada seluruh cekodok tadi. Anglat dan toskan, letak atas paper towel. Buat kaedah sama pada baki adunan.
  3. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang.


Hubby komplen (tak suka tau) kurang durian dalam cekodok ni. Manis dah cukup, gebu, goreng pun sonang.

wordless wednesday, karipap sardin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"


Cempedak goreng

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Masa cuti panjang hari tu, pb beli cempedak goreng tepi jalan. Nampak besar, manis, teringin beli lebih2 lagi anak memang suka sangat. Ingatkan sebiji 30 sen ke, bila ditanya........uuumak ai.....3 biji RM2. Ambek kau, dulu beli 5 biji RM2 boleh dapat. Kaya la orang jual tu. Dah la tepi jalan, ramai orang berhenti gerai dia.

Baru ni, pb beli kat pasar KK sebiji cempedak RM4 (bukan seulas ye). Petang tadi pb goreng semua, dapat lebih dari 15 ulas isinya. Puas hati makan. Lepas ni ingat nak beli lagi. Agaknya tengah musim kot.


Roti Jala Kuah Durian....yummy!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Roti jala dan kuah durian ni pb buat hari Ahad lepas, boleh terlupa pulak nak letak dalam blog. Termanggu2 dua hari ni nak tulis entry. Sebabnya, kejap gambar dalam kamera, kejap dalam Galaxy Tablet, kejap dalam handphone.


Roti jala ni pb buat guna susu tepung, telor sebiji, tepung gandum, sedikit minyak masak dan air biasa. Kalau ganti dengan santan atau susu cair pun boleh. Perwarna makanan ikut suka kita, nak kuning, merah atau hijau. Rasanya jarang orang buat kaler merah kan? Ikut macam dalam myresipi ni, insyaAllah menjadi. Cuma kena pandai 'menjala' je........

haha.....tak sempat masuk pinggan, terus snap gambar sebab nak cepat pergi rumah makcik, bawa untuk dia sikit.

Kuah/serawa durian ni pb guna gula merah dari Kelantan. Tu sebab kaler agak coklat. Nak manis lagi, tambah gula putih tapi jangan banyak sebab durian pun dah manis. Masak dengan santan, daun pandan dan akhir sekali letakkan sesudu dua tepong jagung. Tak letak pun takpe, nanti pekat juga bila sejuk.

Hubby pb kan orang Kelantan, dia orang tak biasa makan begini. Peliknya dia tu, boleh dia hirup kuah durian tu begitu saje. Kalau pb, memang tak la.........kalau tak habis kuah ni, boleh masakkan pulut dan makan bersama.

Ada lagi saki baki durian dalam peti. Nak buat cekodok la pulak lepas ni. Oh ye, semalam pb ke pasar besar KK, banyak betul buah cempedak. Dah musim ke?

Lagi satu, terima kasih mereka2 yang sudi follow pb. Harap2 follow seikhlas hati ye. Maaf la kalau pb jarang dapat bw kawan2 baru kerana masalah tertentu yang tak dapat dielakkan. Bagi yang sudi komen, terima kasih bebanyak.

Ikan goreng tauco

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Rasanya dah dua hari tak update blog tapi ada juga yang sudi datang dan follow blog pb ni. Terima kasih ye, jika pb belum ada peluang blog walking, minta maaf bebanyak. Kekadang tu broadband slow gila, jenoh menunggunya.

Update hari ni pb nak share ikan goreng tauco hari Jumaat lepas. Masak simple macam ni pun boleh tambah dua pinggan nasi tau. Padankan dengan sayur kobis organik digoreng dengan cili tumbuk/mesin. Tak toleh kiri kanan encik hubby makan. Kena pulak dengan sambal belacan.

Biasanya orang masak tauco guna ikan kerisi, ikan kembong, ikan gelama (lama tak nampak gelama kat pasar KK) tapi pb masak tauco dengan ikan belais. Ikan memang sedap sangat kalau digoreng saja. Setiap kali kepasar, hubby akan pilih ikan ni dulu.  Mungkin sekarang ni tengah musim, sana sini orang jual. Cepat je habisnya.


Senang je, ikan digaram kunyit dan gorengkan.
Potong bawang besar sebiji, potong kasar.
Potong lada hijau sebiji dua (pb suka lada hijau)
Tauco kena ada la kan? kalau tak, tak jadi ler masakan tu.
Air asam jawa.
Sedikit gula.
Sedikit kicap.
Sedikit halia dihiris halus.
2 ulas bawang putih, hiris.


Tumiskan bawang putih dan halia. Kemudian masukkan air asam dan tauco.
Masukkan gula dan kicap (saje pb letak kicap, bagi gelap sikit kaler tu)
Kemudian masuk bawang dan cili hijau.
Dah siap, curahkan atas ikan goreng tadi.


Bagi pb, ni masakan orang sakit dan orang malas!!

APAM BERAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Pagi ni dan petang semalam, pb gembira sesangat. Nak tau kenapa? Sebab apam beras kesukaan pb ni menjadi, gebu dan lembut. Entah berapa ketul masuk dalam perut. Sepiring dah melayang rumah jiran sebelah. Harap mereka suka. Dah terlebih2 buatnya, sape nak makan, kan?

Sebenarnya semalam masa pb blend nasi dengan gula, pb confident sangat ada tepung beras dalam kabinet. Lepas blend nasi tu, pergi la cari........aggagaga....tak ada? alamak, bendalah dah mesin, tepung yang ada seciput je. Terpaksalah encik hubby hantar pb kekedai sebelum dia kesekolah. Selamat apam beras ku........

Apam beras ni dah ramai kawan2 yang buat seperti Azlina terminal hijrahPotret Kasihkakrose seripayaku.
Resipi pb ambil dari http://www.myresipi.com/top/detail/3578 dan diubah suai mengikut Potret Kasih (dia tak guna gula perang)


APAM BERAS

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)(pb letak 2 sk)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.(pb colet sikit minyak pd acuan)
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap! 
nota pb: pb guna gula putih satu setengah cawan.



Ni yang pertama pb kukus, tak cantik langsong masa keluarkan dari bekas walau dah letak minyak. Sebenarnya belum sampai 3 jam perap, pb dah kukus sebabnya..........masa pb kedapur, bahan perapan ni dah melimpah kelantai......hehe.....bekas adunan kecik sangat. Tak sangka melimpah ruah jadinya.


Kali kedua, pb kukus dengan acuan lompang. Cantik je jadinya, suka je hati ni.........ada lebih adunan pb masukkan dalam loyang, boleh buat sarapan.  Pagi ni pb kukus balik, masih lembut lagi. Lepas ni kalau nak buat untuk kami bertiga, kena setengah adunan je.

Pantai pun berubah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Khamis sudaaa......cepatnya masa berlalu. Dah lama pb tak jalan2 waktu pagi terutama jogging dan jalan2 tepi pantai. Hari ni hubby offer (tapi pb tengok muka macam paksa je), jom pi pantai.......hati berat nak pergi sebab malas nak bersiap. Bagaimanapun, ikutkan jugak la.

Sembang kami suami isteri hari ni banyak berkisar tentang anak bujang kami. Susahnya nak terapkan sikap berdisiplin kat dia tu. Tahun ni dah masuk 10 tahun, masih tak banyak perubahan dari tahun lepas. Nampaknya pb akan guna cara orang dulu2 kot.



Jeng....jeng...jeng......ROTAN!!



Budak2 mesti ngeri kalau tunjuk rotan kan? Bukanlah nak rotan sampai berbilai, tak patut dan tak sesuai. Tambah pula dia dah meningkat remaja (remaja ke?) Rotan akan digunakan ketika dia tak bergerak bila disuruh sembahyang. Bisanya rotan dalam rumah kami ni hancur sebab dihempas kelantai untuk menggertak dan menjolok kipas aircon dari dalam bilik......(dari dulu tak repair lagi)

Cubit-cubitan......dah lama tak diguna pakai, macam tak jadi apa pada dia. Anak pb bukannya degil sangat, cuma dia kurang berdisiplin, mudah lupa dan suka ambil mudah sesuatu perkara. Pagi ni kena sound dengan ayahnya sebab tak check jadual dari malam dan tak tulis nama pada buku tulis. Menangis teresak2 macam dipukul teruk sangat. Malu sebab mata merah, dia taknak naik bas, ayah jugak yang kena hantar. Marah2 pun, tak sampai hati kalau anak minta hantar kesekolah. Nasib baik dah dekat.





 Apa kena mengena entry diatas dengan gambar pantai? Pagi tadi pb lihat air laut jauh ke sana, tak macam biasa. Setiap hari pasti berubah. Harapnya anak pb pun begitu juga.



 Pasirnya kadang kala putih, kadang kala kuning. Kadang kala halus, kadang kala kasar berbatu. Kadang kala bersih dan lebih banyak kotornya.......begitu juga dengan manusia seperti kita ni, menghadapi pelbagai dugaan.


Dulu, SugarBuns ni tak ada disini, sekarang tersergam didepan pantai. Keadaan berubah mengikut peredaran zaman, semakin lama semakin bertambah kemudahan yang disediakan.





nota pb: anak2 sekarang manja bebenor!
entry ni ditulis pagi tadi tapi petang baru dapat publish,
punya la sibuk si ibu.......(sibuk belajar buat apam beras)









Wordless Wednesday.... yang pertama saya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Kali pertama join.......









nota: nak jugak nota, masih terkial2.

Nak jadi Chef?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman."




"Ibu setuju tak Aziz jadi Chef bila besar nanti?"

Tanpa menjawab setuju atau tidak, "nak jadi Chef, kena rajin kat dapur, masalahnya rajin ke?"

"Ada orang tu, pekebun boleh jadi Chef"

"Masaalahnya, rajin ke??"

Nak jadi apa pun, akademik mesti diutamakan. Pemain bola, angkasawan, chef atau apa saja jawatan mestilah ada usaha untuk mencapainya. Tiada usaha, tiada kejayaan. Kejayaan tidak akan datang bergolek, kita yang perlu mencarinya. Harap anak ibu faham.

Durian Sipitang si bubur kacang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDA,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi...... baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Apa aktiviti korang di hari minggu? Shopping, biasa la tu..........ngabiskan saki baki duit, ye tak? Bulan ni gaji awal kan? Seronok tu, seronok le tapi nak tunggu hujung bulan depan, parah jugak.

Pagi ni pb pergi Gaya Street, tengok2 je, balik kekereta tetiba kiri kanan jimbit buah limau bali dan jambu madu. Hajat nak cari durian tapi macam mahal je. Kat sini harga pelancong.

Balik rumah, hati teringat2 nak makan bubur kacang letak durian. Pergi pulak pasar tamu. Wah...ada orang jual kat lori la, ramai yang kerumun. Katanya durian Sipitang. Pb tak pernah lagi makan durian ni. Kami beli selonggok ada 6 biji, RM20. Sampai je kat rumah, terus kopek, huhu......sedaaaap sangat! Dua biji makan macam tu je, sebiji lagi buat bubur kacang. Bagi jiran sebelah semangkok. 3 biji lagi simpan dulu, ingat nak buat cekodok durian, asyik tengok kat blog orang je, mana boleh tahan?


Ok la setakat kami berdua, anak pb tak berapa suka dengan durian. Makan pun sebab dipaksa.

 Isi putih, manis rasanya. Ni pb buat bubur kacang separuh.

 Anak pb pelik kalau durian warna putih isinya. Bagi dia isi durian semua kuning........hehe....jangan otak kuning sudah ler!

Tadaaaa.....bubur kacang seperiok dah masak, jemputlah datang kerumah pb.


nota pb: durian ni katanya durian Sipitang, jangan ada yang pertikaikan ye!

Banana Crumb Muffins

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Minggu pertama ditahun 2012 hampir berlalu. Bagi yang belum selesai urusan sekolah anak, minggu ni boleh la uruskannya. Pb pun nak cari baju melayu anak dan serba sedikit benda2 lain.

Taknak bebel panjang, bukan ada yang kisah pun. Lain la kalau cerita hot macam Nur Amalina tu, semua nak ambil tau.

Kali ni pb nak tayang muffin yang pb buat hari Ahad lepas. Rupa tak cantik tapi rasa memang tak cukup makan satu. Tak cukup satu tu, pb ler.......





Resipi diambil dari sini dan pb tolong copy paste je. Pb punya crumb tu tak berapa nak jadi, mungkin sebab gelojoh nak cepat buatnya. Bagaimana pun tidak mengecewakan sebab rasanya memang sedaplah, tambah pula pb pandai2 lebihkan pisang. Pb guna pisang emas.

Banana Crumb Muffins
sumber: allrecipes.com


Ingredients

  • 1 1/2 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 3 bananas, mashed
  • 3/4 cup white sugar
  • 1 egg, lightly beaten
  • 1/3 cup butter, melted
  • 1/3 cup packed brown sugar
  • 2 tablespoons all-purpose flour
  • 1/8 teaspoon ground cinnamon
  • 1 tablespoon butter

Directions

  1. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Lightly grease 10 muffin cups, or line with muffin papers.
  2. In a large bowl, mix together 1 1/2 cups flour, baking soda, baking powder and salt. In another bowl, beat together bananas, sugar, egg and melted butter. Stir the banana mixture into the flour mixture just until moistened. Spoon batter into prepared muffin cups.
  3. In a small bowl, mix together brown sugar, 2 tablespoons flour and cinnamon. Cut in 1 tablespoon butter until mixture resembles coarse cornmeal. Sprinkle topping over muffins.
  4. Bake in preheated oven for 18 to 20 minutes, until a toothpick inserted into center of a muffin comes out clean.



Sekolah baru vs sekolah lama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Malam khamis, ayah dia bawa kekedai buku, katanya cikgu nak denda kalau tak bawa esoknya. Anak pb memang pantang denda2 ni, ibu dan ayah pula kena bebel kalau yang dia nak tak disediakan.

Lalu je kawasan sekolah lama dia, mata mula berair. Pasti dia terkenang kawan-kawan lama dia. Pb dan ayah dia faham perasaan anak, baru pindah sekolah mestilah teringat-ingat kawan baik dia yang dah 3 tahun bersama. Bergaduh, gurau senda masih kekal dihati agaknya.

Katanya, sekali sekala boleh tak ayah bawa Aziz pergi jumpa kawan-kawan sekolah lama? Sedihnya........takpe la, lambat laun akan dapat juga kawan yang baik disekolah baru ni. Apa yang penting, cari ilmu sebaik mungkin dan bergaul dengan kawan2 yang tidak merosakkan kita.

Walau pun dia sedih meninggalkan sekolah lama namun pb lihat dia seronok mulakan sekolah agama semalam. Apa tak seronoknya, boleh pergi dengan basikal, ramai2 pula tu. Harap2 bukan untuk permulaan sekolah je........




Budak hensem mesti dapat ramai kawan kan? hehe......ibu perasan......

Roti goreng sardin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ni pb dapat bersiaran awal sikit, kejap lagi kalau dah sinsing lengan baju, memang tak ngadap komputer ler. Dah dua hari anak mulakan sekolah, sibuk bukan main kita-kita ni ye? Macam lipas kudung, tambah pula anak pb tahun ni baru masuk sekolah agama. Jadinya pagi petang pb sibuk.

Ok la, taknak citer panjang, sterika dah on tu, kang kena sound dengan encik hubby. Disebabkan sekarang sekolah anak pb dah dekat, takde la pepagi nak meronda ke KK. Haii.....terperap kat rumah je le nampaknya...

Sarapan pagi ni dengan roti goreng sardin, simple je buatnya.

2 sudu cili kering
1 ulas bawang putih
1 tin kecil ikan sardin (ikan saja digunakan)
sedikit minyak masak
garam dan gula
Roti beberapa keping
3/4 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum (tak letak pun takpe)
sedikit kapur makan


Caranya:-
Tumis cili kering dan bawang putih hingga naik baunya.
Masukkan ikan sardin dan hancur2kan.
Masuk gula dan garam.

Potong tepi2 roti supaya rata. Bahagikan dua.
Letakkan inti sardin dalam roti dan basahkan dengan air ditepinya.
Kemudian kelim/rapatkan tepi roti supaya bila digoreng, inti sardin tidak terkeluar.
Bancuh dengan air tepung beras, tepung gandum dan air kapur.
Panaskan minyak dalam kuali.
Celup roti dalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan.
Angkat, makan panas2 tau baru sedap.




Ikan pisang-pisang goreng berlada

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Pernah dengar nama ikan pisang-pisang? Pb seumur hidup, baru ni tau ada nama ikan pisang, peliknya tak nampak pun macam pisang. Rupa cantik, sisiknya halus macam ikan bawal tapi berwarna kekuningan. Rasanya.........lembut, kulit agak liat sedikit.

Kepala ikan pisang2 memang keras...

Cantik kan kulit dia? Macam corak baju je......ikan ni mahal sikit, beli 3 ekor yang sedang2 dalam RM18. Ok la....sekali sekala nak makan.

Pb tak tau nak masak apa sebenarnya. Hubby suruh kukus je, tapi takde serai pula dalam peti. Masa pergi pasar besar tak teringat langsung serai dah habis (bukan habis je, memang kontang dalam peti sejak balik semenanjung hari tu)

Jadi pb sapu garam dan kunyit hidup (sekarang ni amalkan kunyit hidup, bagus utk kesihatan). Goreng seekor cukuplah untuk makan tiga orang.  Pb masak goreng berlada je, takde idea dah masa ni.

Cili merah/hidup 3/4 batang (Kisar)
Bawang besar 2 labu (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
Air asam jawa sedikit
Gula
Garam

Tumiskan bahan kisar, masukkan air asam jawa.
Bila hampir kering, masukkan gula pasir sesudu dua.
Garam jangan lupa.
Biasanya kalau masak ikan macam ni, pb tak kisar halus, kasar2 je.

Kita orang makan dengan sayur kacang masak lemak putih campur dengan udang besar......fuhh...sedap sangat.

Bersyukur dalam hidup ini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"


Januari 2012, berlalu sudah 2011 meninggalkan kita dengan seribu kepedihan, kemanisan dalam hidup. Alhamdulillah, walau pb dan keluarga tidak mewah seperti teman2 lain, bersyukur dengan apa yang diberi. Lebih baik begitu, asalkan kita tidak meminta-minta, tidak mengambil hak orang lain, tidak menyusahkan sesiapa, itu sudah memadai.



Untuk entry pertama ditahun 2012 ini, saje pb sajikan gambar yang ada dalam simpanan. Bila tengok gambar si Mek ni (kucing kakak) rasa betapa beruntung hidupnya. Hanya tahu main, makan, tidur dan berak. Bila di dukung, taunya nak isap jari kita je, sampai kedalam tekak dia hisap. Jika dibandingkan dengan kucing lain yang terbiar diluar sana, Mek memang beruntung. Ada tuan yang penyayang, rajin mengemop bila dia buat perangai 'melabor' dalam rumah.


Tin ni pula hubby beli dihari tahun baru, katanya surprise untuk isteri (takde la surprise sangat, nak pujuk hati bini sebab hari tu tak dapat bawa balik dari kampung) Kiranya lepas ni, anytime boleh dapat tin ni di Sabah. Terima kasih la sayang ku, takde pun takpe, kalau ada lagi bagus kan?



Kesian tengok kaki kucing ni. Hampir menitik air mata kami.........sepeninggalan kami, takde tempat dia nak tuju agaknya. Makan menumpang rumah orang, kalau ada orang campak sisa makanan, ada la makan. Biasanya pb dan hubby yang prihatin kat dia. Bila kita takde, kurus kering jadinya.

Agaknya dia masih ingat pada kami. Sehari lepas pb sampai, esoknya dengar suara dia mengiau kat belakang rumah. Hubby pun buka pintu tapi dia tak boleh panjat, rupanya kaki dia sakit. Mungkin tersepit atau dilanggar motosikal. Kami sediakan makanan dan minuman, bakul untuk dia tidur. Untuk sementara ni kami biarkan dia 'melepas' belakang rumah sebab dia tak boleh bergerak dengan lincah lagi. Takpe la.......kesian dia.....

Entry kali ni pb cuma nak buat perbandingan antara Mek dan kucing jalanan ni. Betapa Mek bertuah punya rumah besar, bersih, terjaga makan dan minum, malah tempat membuang najisnya pun bersih. Bayangkan hidup kita seperti kucing ni? Siksanya hidup merempat, tiada saudara mara, tiada rumah dan harta. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Janganlah diputuskan hubungan keluarga yang dekat atau jauh. Jagai harta yang kita ada dengan baik dan kalau belum memilikinya, berusahalah untuk memilikkinya.

Tentang tin biskut tu pula, kita masih beruntung kerana dapat merasa, memiliki makanan yang sedap dan berkhasiat. Cuba tengok orang lain yang hanya dapat makan ayam dan daging sebulan sekali. Bayangkan kalau kita hanya makan nasi kosong dengan garam dan ikan kering (ikan masin pun mahal tau) atau telor goreng dengan kicap. Maka, bersyukurlah dengan rezeki yang kita miliki. Sebulan sekali tak dapat pizza pun apa salahnya.

Hidup ini kena banyak bersyukur. Jika tidak, kita menjadi manusia yang tidak pernah puas. Hasad dengki pasti wujud didalam hati melihat kesenangan orang lain.