my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tat Gunting/gulung

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Jem nenas pb dah lama terperap dalam peti ais. Buntu fikir nak buat apa. Makan dengan roti, tak sedap sebab jem ni bukan yang biasa dalam botol seperti ladys choice tu. Akhirnya, pb buka buku masakan tart dan brownies. Jumpalah gambar tat gunting yang comel. Masalahnya, pb tak yakin boleh buat dengan cantik dan cepat. Cari idea macamana nak buat ni? Terjumpa acuan kuih samperit, belasah je la. Pb picit atas tapak tangan dan gulungkan dengan inti.


TAT GUNTING
Resipi dari buku ALAF 21 oleh Salhah Bujang.

Bahan A
250 gm mentega
50 gm gula icing
2 biji kuning telor
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan B diayak
250 gm tepong gandum
100 gm tepung jagung
50 gm susu tepung

Bahan lain
Inti nenas secukupnya
Kuning telor untuk sapuan

Cara membuatnya:
1. Putar mentega dan gula icing sehingga sebati.
    Masukkan telor dan esen vanila, putar lagi.
2. Kemudian masukkan bahan B perlahan-lahan, uli hingga menjadi doh yang lembut.
    Rehatkan sekejap.
3.Ambil satu sudu kecil, letak inti ditengahnya. Bentuk membujur sedikit.
   Gunting doh seperti bentuk nenas.
4. Sapukan kuning telor sebelum dibakar pada suhu 180C, lebih kurang 20 minit.

nota pb: kita tak buat bentuk nenas sebab rasa susah dan lambat pula.
ambil acuan samperit, tekan atas tapak tangan, terus letak inti dan gulungkan.


Dapat dalam 2 botol, separuh bagi makcik, separuh lagi buat kudapan sambil tengok tv......yeaaa...tambah berat badan!!

11 ulasan:

  1. aslmkum zana.. tart nenas tak jemu di makan... klau buat sndiri mmg puas .. dpt makan byk.. stok jem nenas akk tahun lepas dah pun abis.. klau ada lagi .. msti rsa nk buat jugak ..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak...tart nenas mmg tak jemu spnjang zaman...
    E-na skrg satu family x brp sihat...flu n badan pun cam x brp betul sejuk2 ni....lasagna tu bole je guna loyang biasa cuma sayang sikit nak potong dgn pisau kuat2 nnt kot calar....klu guna caserolle tak risaukan calar kan...tu je kak...mungkin loyang tu bole lapik dgn aluminium foil pastu baru masukkn bhn2 semua...akak sihat?

    BalasPadam
  3. Kalau kreatif dan rajin menjadi aje. Bukan raya je ada tart kan :)

    BalasPadam
  4. kalau hari raya nak gak ada tarkan.. kalau dapat yang sedap memang mengadap itujer...

    BalasPadam
  5. @dZana:
    wslm Dzana, kalau ada lagi jem tu boleh la buat tart kalau free, kan?

    BalasPadam
  6. @E-na Lovely Kitchen:
    Wslm E-na, tak sihat pun ada masa jugak dtg melawat blog akak ye? Alhamdulillah, baru je baik demam ni.....nanti akak cuba dlm loyang buat lasagna tu, terima kasih E-na.

    BalasPadam
  7. @Kakzakie:
    takde la rajin sgt, sayang takut terbuang jem tu..

    BalasPadam
  8. @Cho Zila:
    raya dulu tak sempat buat bnyk, sambung raya cina pulak..

    BalasPadam
  9. @Sari Yusa Ibrahim:
    haha...puas hati ni sebab tak dpt bercuti kemana2 raya cina.

    BalasPadam
  10. Saya mmg suka mkn tart nenas...selalu beli jer...nk buat x pandai

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)