my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Roti goreng inti udang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"


Sabtu lagi........anak pb kena sekolah. Tinggal berdua ni mula la nak memikir apa nak buat selain tengok tv, Nasi Lemak Kopi O (lebih suka hari ahad punya) Rancang nak buat karipap sardin frozen, order dari makcik. Ikan dan udang dah keluar dari 'pertapaan', macam nak masak awal je......

Sarapan pagi ni pb buat roti berintikan udang, lepas tu goreng salut dengan tepung. Sedap juga sesekali ubah selera dengan udang. Sebelum ni gunakan sardin, peanut atau kaya.




Udang di buang kulit dan cincang halus
Serbuk lada sulah
garam
(gaul sebati)

Sesudu tepung jagung
3 sudu tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh planta
air untuk membancuh
4 keping roti


Cncang udang dan gaulkan dengan lada sulah dan sedikit garam.
Potong tepi2 roti dan bahagi dua (segitiga bentuknya)
Letakkan inti udang atas roti.
Cover sekeping lagi atasnya.
Celup dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak panas.
Bila keemasan warnanya, boleh diangkat.

Senang je.......rangup, sedap dan mudah menyediakannya. Boleh bawa bekal anak2 kesekolah atau kepejabat. Tapi anak pb taknak bawa bekal. Kalau bawa pun, dia selalu lupa nak makan. Makanan kat sekolah pula bukan kesukaan dia. Habis2 pun dia beli air kotak je. Susah betul kalau anak cerewet ni......



nota pb: ni tulis pagi tadi, baru dpt publish, sibuk kehulu kehilir.....dlm rumah je..

8 ulasan:

  1. resepi yg simple2 ni sgt bagus utk org mcm saya ni...hehehe maceh kak zana..

    BalasPadam
  2. hye gorgeous sis =)

    waaa..untongla ur chldren =p nak gak .. nmpak best. dah la udang tu spesis kgemaran..haha

    BalasPadam
  3. Lama dah tak makan roti goreng ni. teringin le pulak tapi stok roti takde

    BalasPadam
  4. saya suka buat roti macam ni,mula2 buat tu banyak lak meresap minyak..tapi saya kurangkan minyak,baru ok...kalau tidak muak..

    BalasPadam
  5. simple je kan, bolehlah cuba nanti. tak lapar pulak anak2 akak kalau diorang tak makan dekat sekolah

    BalasPadam
  6. salam..wah tak pernah lagi buat roti gaya camner..leh aa tiru nanti

    BalasPadam
  7. nak try plak ni pg sok..asyik roti bakar jer..harap2 caca suka makan..susah tul budak xmo mkn ni..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)