my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

CHOCOLATE CHUNK COOKIES

Assalammualaikum, bloggers sekalian sihat? Kak pb biasalah....on off...kejap sakit kaki, kejap sakit kepala, kejap sakit lutut....apa tandanya eh? Rasanya macam kena bawa pergi bercuti kot.....hemm...mungkin tidak kalau tengah bulan begini. Hujung bulan, ada kemungkinan (dah berapa kali mungkin daaaa....manjang cancel)

Cookies ni pb buat hari selasa petang, disebabkan hari rabu wordless punya pasal, perap la dalam draf. Mula-mula rancang lain, nak buat pau goreng sebab ada inti kacang dalam peti ais. Lepas tu macam nak buat kuih koleh kacang pulak sebab bahan memang ada. Taknak ahh.....nak buat biskut2 biasa yang boleh kunyah-kunyah depan tv atau dok bersila rapat mengadap cerita Little Star sambil cicah teh o.

Google kat sini naik rambang mata ni. Akhirnya dah berkenan kat Chocolate Chunk Cookies, bahan pun ada. Apa lagi, sinseng lengan timbang gula, tepung dan lain2. Dalam peti ais ada sekeping besar coklat (yg selalu buat homemade coklat tu), pb tak cukup coklate chip jadi pandai2 la nak ganti apa. Confident buka coklat bar tu mati2 ingat jenis koko, laaa....rupanya coklat putih. Ya Allah.....tangan dah gigil ni, gigil nak marah pun ada sebab gula dengan butter dah bancoh elok tu. Bongkar peti ais terjumpa coklat masakan, ahh.....boleh la...bukan sape nak makan, sendiri je. Pb potong kecil2 dan simpan dulu dalam peti sementara nak adun tepung dengan butter.

Time nak bakar biskut pun satu hal. Kertas minyak pula tak ada......sakit hati betul. Sudahnya pb kebas A4 hubby, janji boleh lapik kan? Memang banyak stok pb yang dah langsai. Hujung bulan ni  kena shopping lebih sikit.

Resipi pb dah ubah suai sikit. Pb tambah kacang walnut, lebih sedap rasanya. Suka sangat kalau cincang kacang ni, tak perlukan tenaga....lembut dan rangup. Kalau nak lebih detail resipi ni sila la ke joyofbaking.


Bila di gigit bunyi krup krap....krup krap....tak sedar beberapa keping dah masuk ke mulut....




CHOCOLATE CHUNK COOKIES
sumber: blog surirumah

2 cawan tepong gandum
1 1/4 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan mentega unsalted suhu bilik
2/3 cawan gula pasir (130 gm)- gula castor
2/3 cawan gula perang
1 biji telor
1 biji kuning telor
1 1/2 sudu teh vanilla paste
1 1/4 cawan ketulan coklat/coklat chip (210 gm)- pb ganti dengan coklat masakan yg di potong kecil2.
1/2 cawan kacang walnut - tambah sendiri

Cara-cara membuatnya:-

Panaskan oven 177C- pb lebihkan sikit 190C
Gaul tepong, baking soda dan garam.
Dalam mangkok adunan, pukul mentega dan gula hingga ringan dan kembang (2-3 minit)
Pukul sedikit telur bersama vanilla paste.
Masukkan bancuhan telur kedalam adunan butter tadi.
Perlahan2 masukkan tepung sedikit-sedikit bersama ketulan coklat.
Lapik loyang pembakar dengan kertas minyak.
Sudukan adunan yang telah siap atas loyang tadi, jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang bila di bakar.
Bakar dalam 15-17 minit atau hingga keperangan.


Sebelum di bakar.....senang banyak kerja pb, pakai sudu je, cepat siapnya...


Dapat satu tin besar untuk satu adunan, sebelum masuk dalam tin tu dah berapa keping hilang dalam mulut pb, tu tak kira mulut hubby......hehe....suka sangat dia biskut ni. Kena upah ni......boleh bawak pergi bercuti tak hujung bulan ni? boleh laaaa...

18 ulasan:

  1. alamak...sodap ni....tutup lah kilang buat biskut...ahakz

    BalasPadam
  2. ramai kawan2 dok wat mcm2 cookies ni,saya je lum kesempatan nak buat.Mmg berbaloi kalau buat sdiri kan.

    BalasPadam
  3. @jeBateja:
    Haha....mmg kalau boleh suruh tutup je, takyah pening pale anak mintak famous amos yg mahal tu..

    BalasPadam
  4. @inazamri:
    Berbaloi ina...dah tinggal setengah tin tu..

    BalasPadam
  5. Salam Zana :)
    dtg sini pepagi nk mintak choc chips utk kunyah2 depan PC hehehe

    BalasPadam
  6. cookies ni mmg sdap sgt..hubby ngan anak2 klau mkn x leh nk stop...klau sya buat msti trus 2 adun...

    BalasPadam
  7. kak zana..hjg bln 5 kan cuti skolah.. bole mintak upah gi jenjalan dgn hb akak..hehehe

    BalasPadam
  8. As'salam Zana

    lamanya tak buat cookies sendiri, last masa ada request dari anak2 aje, tu pun sebab stok choc chip banyak kat rumah. bila terpandang cookies ni alahai...sedapnya kalau dapat sebalang kan..hihihi

    BalasPadam
  9. leleh air liur ni kak..tgk gambar pun dah tau sedap

    BalasPadam
  10. Sedapnya tgk kukis Kak Zana tu....sy kena simpan resipi nie. Betul2 menepati citarasa sy, tgk resipi pun mmg simple je. Cume bab ada tambahan telur kuning sebiji jelah kot...

    Dulu ms sy bujang, suka bakar kukis. Bakar kukis bsr2. Best! Dulu siap cipta resipi sendiri. Syok bile resipi menjadi. Pastu resipi sendiri pun lupa mcm ne bahan2nye. Sedih!!!!

    BalasPadam
  11. sedapnya....buat sendiri lagi puas hatikan

    BalasPadam
  12. sedapnya..anak2 suka biskut mcm ni... akak amik resepi yer...Tq..

    BalasPadam
  13. wah sedap nye kak... senang jer erk cara bakar tu.pakai sudu je. nt nk try gak lah kalu dtg mood wt biskut.hehe..

    BalasPadam
  14. kak zana .. bak sini 10 ketoi.. kot2 ada lagi boleh buat cicah teh....hihi mana cookies letak je choc memang best :)

    BalasPadam
  15. Salam kak zana! sedapppnyerrrrrrrrrrrr! kalau sambil2 tgk tv kunyah2 sekut mcm ni mmg tak sedar habis sebalang hihihi...

    BalasPadam
  16. wah, bhn2 semua dh ada ni cuma kerajinan yg kurang, tgh bz nak membaking je rasa..lps abis seketul kek dlm esbok yg br buat td br nak buat ni plak..pastu nak try puding lapis buih plak..wahh, byknya nak try!

    BalasPadam
  17. kak Zana....best mkn biskut nih sambil nonton tb....opkos x pasan da berbalang2 masuk mulut kan...nakkkkkkk.....

    BalasPadam
  18. adoi ai...
    cam nih bukan satu dua biskut dayah cuba nih..
    :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)