my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Seharian dalam perjalanan

Salam sejahtera semua....

Ada kesempatan ni kak pb update sikit blog. Hari Rabu kami bertolak agak lewat ke Sandakan kerana urusan suami yang tak selesai dari jam yang sepatutnya kami pergi. Keluar rumah pukul 9.30 pagi, sampai depan sekolah Likas, menunggu lagi hampir satu jam lebih baru bergerak. Banyak urusan cikgu-cikgu yang nak pergi terbantut kerana masalah tertentu. Kak pb cuma boleh pandang je, bukan tugas kita nak enterframe.

Akhirnya bila dah selesai, kami bertolak dalam pukul 1 lebih, dah tengahari sangat. Perjalanan sepanjang masa hujan tapi tak lebat. Lori berderet-deret, faham je la kalau perjalanan melalui kaki gunung, mana boleh laju sebab berbelok-belok, gaung kat bawah nun.

Kali ni gunung Kinabalu tak kelihatan sebab kabus tebal. Itu belum gelap lagi. Kabus campur debu di setengah bahgian jalan, asap lori yang berkepul-kepul menjadikan pandangan agak sukar ditambah dengan hujan. Berhenti makan nasi lalap, mihun goreng dan kepak ayam di pekan kecil ketika merehatkan kenderaan sebentar. Masih hujan, tak selesa kerana badan rasa melekit dari pagi belum dapat mandi. Hubby pula nak kejar masa malam tu ada meeting di PPD Sandakan. Abak-anak murid dia dan kontijen kriket yang lain dah berlepas dengan bas Ekspress (nanti kakpb cerita pasal apa naik bas tu)

Tepat 9 malam kami sampai Sandakan dan terus menuju ke bangunan PPD yang tidak kami tahu langsong di mana letaknya. Cuba cari menggunakan maps yang ada dalam Samsung tablet, akhirnya jumpa. Nasib baik masih ada bateri lagi, itu pun dah hampir kong.

Tunggu pula kat situ dalam 2 jam (hubby meeting kriket).Puas dengar radio, kak pb kehulu kehilir dalam bangunan tu. Cuma ada security berkeliaran buat kerja mereka. Bila dah lama sangat kat bawah, kak pb ajak anak bujang naik tingkat 5 (tempat meeting) lepak kat kerusi lebih selesa. Mata dah kelat....sabar je...

Habis mereka meeting jam dah pukul 11 lebih. Baru boleh cari hotel. Bukan senang nak cari dalam keadaan letih, mata mengantuk, tempat tak biasa pula. Kami ambil keputusan masuk pusat bandar. Ini kali kedua kami ke Sandakan, alhamdulillah tak sesat sangat. Terus book hotel Seafront dan tak rancang nak bermalam lebih dari sehari sebab agak jauh dari tempat penginapan anak murid dia. Tugas yang di pikul sebagai pengurus pasukan dan pengadil membuatkan hubby tak boleh jauh sangat pilih hotel. Kerana dia terpaksa berulang alik sepanjang hari.




Sempat posing pukul 6.30 pagi depan lobi sebelum keluar cari sarapan. Tapi bukan dapat makanannya pun, hubby pergi cari sekolah tempat bebudak dia menginap. Masuk jalan sana, keluar jalan sini, tanya orang tu tanya orang ni.......naik pening kepala. Setelah puas menyesatkan diri, akhirnya jumpa juga.




Ok, kak pb nak keluar cari makan malam dulu la. Nanti sambung lagi ye....

2 ulasan:

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)