my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Cendol sagu

Tak tahu nak bagi nama apa kuih sagu yang tak menjadi ni, kak pb gubah jadikan desert yang sedap dan sejuk masuk ke tekak. Ewah....memuji diri pula....bukan apa, hari tu kan lembik kuih ni. Kak pb pun fikir nak buat macam mana, takkan nak buang?

Kak pb masukkan balik dalam periok dan cuba keringkan lagi. Lepas tu masuk dalam loyang, biarkan sejuk. Kemudian boleh la cedok masuk dalam cawan atau mangkok......


Curahkan gula melaka dan susu cair, ikutlah banyak mana yang kita suka.

Letakkan seketul dua ais.......sudu ke mulut ketika cuaca panas......menyelerakan sangat...

Bagi yang bertanya resipi kuih sagu, banyak kat intenet ni, google je.....
Resipi asal dari mamakastam@myresipi

1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air - rasanya kurangkan pun takpe
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah

1/2 biji kelapa parut putih sahaja

1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose

Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.

Masukan sagu, kemudian kacau rata.
Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap. 


nota kakpb: ku letak nama ikut suka saja..

16 ulasan:

  1. salam ..kak saya nak kak....sdp ni sejuk masuk tekak..nyaman je menghirup...:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'slm...dah habis tadi petang, hubby suka sgt..

      Padam
  2. kak.. boleh tak pos ke rumah saya sikit??hehehehe

    BalasPadam
  3. Sedap nya..sejuk tekak..mama suka..

    BalasPadam
  4. Cuba tanya dengan Fahmi, kat Kelantan yang namanya asam gumpal tu, lebihkurang macam kuih sagu berkuah tu juga, kan? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia mana tau sgt kakcik, makan je taunya...asam gumpal ke...sagopal? itu ada isi kan? ni takde...mcm cendok gitu.

      Padam
  5. wah mcm asam gumpal tapi ade kaler..kalau asam gumpal dalam ada inti kacang.. kreatif erk kak zana.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kreatif ler CtAyue sb takut terbuang...hehe

      Padam
  6. wah
    guan teknik improvasi
    hahaha..

    tak pe.. kita yg buat dia.. jd kita tahulah nak buat mcm mana kan

    tp kuih sagu antara kuih kegemaran saya
    emak selalu buatkan ketika hari2 terakhir saya dirumah sebelum pulang ke maktab dulu2..

    apapun
    dengan susus cair pun mesti ada kesedapannya kan??
    best best best

    BalasPadam
    Balasan
    1. skrg ni emak buatkan, tak lama lagi...isteri buatkan ikhram pulak..

      Padam
  7. As'Kum Kak Zana.. waduhhhh bikin ngencess ni... kecurrr dah ni hadoii

    BalasPadam
  8. sedap ni kalau buat buka puasa... sejuk aje masuk tekak!

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)