my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Rim kereta di curi

Petang semalam kakpb keluar ke Karamunsing, cikgu fahmi nak repair pc yang tak sihat tu. Kat rumah takde sesiapa, anak pun ikut sama. Biasanya kakpb pesan dengan cikgu fahmi, gate depan kena tutup tapi dia selalu yakin takkan ada barang rumah kami yang akan hilang.

Balik dari sana cuaca dah gelap, dah masuk maghrib. Lampu tak pasang masa keluar dan jiran sebelah pula takde kat rumah, anaknya masuk hospital. Masuk kat garaj, cikgu fahmi terkejut berok......rim kereta kena rembat....keempat-empatnya sekali. Rim tu rim lama sebab hubby tukar tayar size kecil sikit baru2 ni. Nak simpan dalam rumah, takde tempat nak letak, biar dulu sementara kat luar......hemmm....macam tau je siapa punya kerja. Mesti pencuri ni datang dengan kereta. Memang tak berkat la duit dia jual rim tu. Tak banyak.....sikit pun...pasti ada balasannya.

Kakpb dah cakap banyak kali kat cikgu fahmi, tapi kadangkala tak di endahkan. Mungkin ada hikmah atas semua yang berlaku ini. Jadikan pengajaran, manusia mudah lupa bila diberi sedikit nikmat dan selalu lalai dengan perintahNya.

10 ulasan:

  1. mungkin Allah nak bagi pengganti yang lebih baik..

    juga peringatan supaya jangan lalai dan berhati2 di lain kali, semoga Allah memelihara Kak PB sekeluarga, Aminnn.

    BalasPadam
  2. skrg ni mcm2 kan kak.. mmg sentiasa kena waspada..

    BalasPadam
  3. Semoga mereka itu sempat bertaubat dan.

    Semoga juga Zana dan Fahmi mendapat rezeki yang lebih baik lagi. :)

    BalasPadam
  4. Senang jadi org jahat, harta benda org buat mcm harta sdn bhd huhu. Tak berkat org tu nnt

    BalasPadam
  5. salam kzana..ish..ish..rim lama pun leh kena rembat..ni mesti keja mat pit la kan..sabor jelaa!!

    BalasPadam
  6. biasanya dorang curi...pastu jual huhuhu

    BalasPadam
  7. kat sini pun sama jugak kak... pantang gate tak bertutup dan takde tuan rumah segala barang yg boleh jual mmg abis kena kebas.. tp kaw umah sy tak pernahla jd camtu sbb sy dok apartmen.. hehe.. kaw umah makcik biasa jd camtu...

    moga kak PB pun tabah menghadapi segala dugaan demi dugaan yg melanda ye kak... sama2lah kita berdoa moga kita dpt atasinya dengan baik..

    BalasPadam
  8. kejadian yg tidak disangka2..
    moga murah rezki dan dpt pengganti..

    BalasPadam
  9. sekarang nii macam2 org boleh curi. siap potong kabel letrik lagi.

    BalasPadam
  10. orang tu dah aim lama tu.kalau tak masakan dia bawak kereta angkat rim tu.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)