my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Jumpa CT DELIMA di One Borneo

Semalam kakpb tak sempat update blog, nak tau kakpb buat apa? Taaaak....bukan buat kuih raya......kakpb mengecat pintu bilik :) dah bulan puasa baru terhegeh-hegeh mengecat. Awal-awal hari tu taknak buat, sekarang sendiri yang susah. Kita tak upah orang, buat sendiri jek, alah....rumah sekangkang kera ;))

Lepas mengecat satu pintu, kami bertiga berpesta \:D/ di One Borneo dari tengahari sampai ke masa berbuka. Sembahyang zohor, asar dan maghrib kat sana sekali sebab malas nak balik rumah, boleh gitu? Ingat nak tengok wayang cerita Mae Nak yang seram tu.....hemmm.....si bujang kecik tu taknak pulak...lagi pun 18SX, tak boleh masuk kot.

Sebelum berbuka (tempat dah booking awal, kalau tak memang berbuka tepi-tepi kaki lima atau dalam kereta jawabnya) kakpb singgah kedai buku. Eh, ternampak CT DELIMA laaa.....apa lagi, rembat ler, bukan mahal pun. Cute je Puan CT kita tu kat muka depan buku masaknya :-*

Harus ada gambar sebagai bukti dah beli, betul tak CT?

Kakpb harap bila CT dah maju, dah terkenal, dah ada restoran atau apa-apa bisnes, CT tak lupa pada kawan-kawan blogger ni. Mudah-mudahan bertambah murah rezeki, insyaallah.
Selamat maju jaya CT ;)

Mohon Berlindung dari Malas
Ertinya:
"Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari kemalasan serta lanjut usia dan buruknya perbuatan di masa tua dan dari godaan-godaan dunia dan dari siksa kubur."

9 ulasan:

  1. Salam kakpb...asz pun belum dapat mengecat dinding yang anak2 asz tunjukkn skill melukisnya...:))

    BalasPadam
  2. askum kak,
    kena cari kat popular sibu nie, buku hasil air tangan blogger. biasanya salin dlm buku, kalu dpt beli buku, lg syok..

    BalasPadam
  3. aduduh..tacap2 pintu ye...kalerr ape la gaknye jadi pojaan ati tu ye?...
    raya nti rumah seprti baru..meriah gitewww

    BalasPadam
  4. hehehe...
    rajin mengecat..
    (tapi syok jugak dapat keluarkan peluh..ye tak..)

    :)

    BalasPadam
  5. Rajinnya akak mengecat.. :) Kaler apa tu??

    BalasPadam
  6. Sedap-sedapnya tengok menu kat sini. Terliur kak. Salam ramadan dari saya kak Zana.

    BalasPadam
  7. @Nur-nba
    mana boleh bgtau, kena dtg ruma ler...hehe..

    BalasPadam
  8. @sitiebby
    walaikummussalam sitie, ada buku lg senang nak rujuk.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)