my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Puding Karamel Gula Hangus


Senangnya dalam hati (pinjam lagu P.Ramli kjp) sebab apa.....line tenet dah ok sikit. Nanti kakpb blogwalking laju-laju ye, jaga-jaga!!

Puding karamel gula hangus bertelor ni first time kakpb buat. Sebenarnya tak berapa suka yang ada telor tapi saja nak mencuba. Ada lagi dalam peti ais tu. Agak leper kejadiannya sebab kakpb takde loyang yang kecil sikit. Cuma yang bagusnya puding ni, senang nak potong berbanding puding tanpa telor yang agak lembut.

Resipi dari mana ye? Dari blogger Cahaya Cinta Ana, terima kasih ye. Walau ramai yang dah buat puding ni, kakpb sorang ketinggalan. Kakpb copy paste resipi ye Ana.

PUDING KARAMEL GULA HANGUS
oleh: blogsurirumah
copypaste: Blog CahayaCinta

~ 400 ml susu segar/susu cair
~ 5 sudu besar gula halus
~ 3 biji telor
~ 2 biji kuning telor
~ 1 sudu teh esen vanila

Bahan utk karamel :
~ 5 sudu besar gula pasir kasar
~ 2 sudu besar air

Cara membuatnya

Masak 5 sudu besar gula dan 1 sudu besar air dalam loyang dengan api kecil.
Bila gula keperangan, masukkan 1 sudu lagi air. Ketepikan.
Dalam bekas lain masukkan semua telor bersama gula halus. Kacau perlahan sekadar bagi rata je.
Masukkan susu cair dalam periok, panaskan hanya suam2 kuku dengan apa kecil.
Tuang perlahan2 susu kedalam bekas telor sambil sebelah tangan lagi mengacau
Tapis adunan sebelum masuk kedalam bekas karamel
Panaskan kukusan lebih awal. Tutup adunan dengan aluminum foil. (kakpb guna towel, balut tutup kukus)
Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
Masuk dalam peti sebelum di hidangkan.

16 ulasan:

  1. wkslm kak pb.. tahniah jadi org pertama komen di n3 pertama ilah ni ..heheh mmg angin la kak pb tapi malam taid ilah makan nagka ni tak pula berangin alhmdllh kak pb...nangka madu punya penangan..hehe

    amboiii kek gula hangus kegemaran ilah ni kak..dah setahun lebih tak buat huhhuuhuu

    BalasPadam
  2. Kak Azie pun nak cuba, sebab suka makan time sejuk-sejuk tapi buat tak reti.

    BalasPadam
  3. Dah lama kakcik tak buat puding karamel. Tengok gambar yang Zana letak tu, rasa teringin la pulak. :)

    BalasPadam
  4. Kakak kalau nak buat beli yg sedia dlm paket itu aje zana. Kakak kan tak serajin zana. Dlm peket tu senang, kacau-kukus-sejukkan-tuang gula hangus - jadi hihi... org pemalas inilah gayanya:)

    BalasPadam
  5. Adeeeehhh... ada tayangan perdana puding karamel kat sini ye... kalau dah sejuk ni makan setengah loyang boleh habis nih!

    BalasPadam
  6. salah satu feveret saya ni.. tp resepi ni best sbb x byk pakai telur sgt..

    BalasPadam
  7. Memang nampak sedap..Dari dulu lagi nak buat tapi kan cam tak reti la, tak confident pun yea gak..tapi suka makan.

    BalasPadam
  8. sedapnya..
    zila suka makan sejuk2 ..sedapnya..dah lama x buat la kak:)

    BalasPadam
  9. as-salam..
    sedapnya.dah lama tak buat.
    selalu kalau buat suami yang habiskan sebb saya kurang berminat..hihi

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. assalam kak pb
    sedapnya layan sejuk2 tu kan
    lama x makan karemel gini ni asyik2 kek karemel je he he

    BalasPadam
  12. Salam...sedapnya. .kegemaran suami saya ni...tapi saya tak pandai buat...huhu
    Salam perkenalan drpd saya : suteraungu87.blogspot.com

    BalasPadam
  13. nampk puding akak,teringat puding roti karamel yg saya buat..tapi tak ambik pic sbb pecah masa terbalikkan (tuannya tak sabar nak tunggu sejuk,..)

    BalasPadam
  14. hari tu anak dh mencuba resepi ini, sedap...cuma manis sikit..klu makan ramai2 dihidangkan kpd tetamu..sesuai sgt..

    BalasPadam
  15. Lama dah tak buat. Teringin pulak..:-)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)