my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Sambal saje yang mampu

Terlior tak tengok sambal kakpb tu? Momsekali rasa mesti nak lagi.....anak bujang yang tak makan sambal tu, boleh tetiba nak pulak!!
Sebenarnya kan.....ni rahsia Lips Are Sealed dia tak tau kakpb ada letak bawang merah...Lol padan muka dia. Rasa la betapa sedapnya bawang yang selama ini dia kata nak muntah bila makan bawang.

Kakpb ni tak suka, bukan tak suka sangat.....tapi memang tak berminat dengan nasi ayam penyet ni pada awalnya. Tengoklah dalam blog ni, mana ada nasi ayam penyet kan? Tapi anak saudara kakpb (bakal anak saudara kakpb) perkenalkan satu kedai kat area rumah kami ni, katanya sedap nasi ayam penyet tu. Kakpb pun try sekali, boleh laaaa.....sambal dia pedas gila Sick kakpb jenis tak tahan kalau cili padi banyak sangat. Kalau dah meleleh air hidong, bibir rasa tebal, telinga berdesing, macam mana nak menikmati keenakan makanan tu?

Jadi, buat sendiri lebih senang. Boleh kurangkan kepedasan tu, betul tak? Resipi kakpb google je dan ubah suai sendiri.

SAMBAL NASI AYAM PENYET
@blogsurirumah
sumber: ambooyatsblog

1/2 inci belacan (kakpb bakar)
2 biji cili merah
6 biji cili padi
1 labu bawang merah dipotong kasar2
2 ulas bawang putih di potong kasar
1/2 biji buah tomato (kalau kecil guna sebiji) di belah2
Segenggam ikan bilis goreng rangup (genggam kakpb kecik je Smile)
minyak untuk menumis
Gula putih atau gula perang (yg ni kakpb guna gula putih)

Panaskan minyak dan goreng bawang merah, bawang putih dan buah tomato hingga layu.
Angkat dan sejukkan. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat.
Tumbuk semua bahan goreng tadi bersama cili merah, cili padi dan gula.
Nak senang, masuk blender dan kisar tapi jangan halus sangat. Kisar sekejap je.
Tambah sedikit garam, ikut citarasa masing2.

Dah siap. Boleh cicah dengan timun madu bila makan tengahari. Gorengkan ayam berempah lagi sedap.
Teringat masa makan kat One Borneo hari tu, mereka letakkan kobis mentah dalam hidangan. Kita orang gelak sakan..Surprised..sebab apa...biasanya kat rumah kakpb kobis ni bagi makan arnab..hehe. Setengah kedai mereka hidangkan dengan pucuk ubi. Lebih sedap gitu.

14 ulasan:

  1. sy suka ayam je...sambal biasanya amik hujun sudu je..x thn pedas

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama dgn kakpb tapi kalau takde tak best pulak..

      Padam
  2. saya suka ... kalau makan nasi ayam penyet, sambal mmg tak cukup :-)

    BalasPadam
  3. saya memang suka sgt ayam penyet, kak zana.sbb sambal dia yang mengancam tu la.boleh la try ikut resepi ni nk buat sambal kat rumah.

    BalasPadam
  4. Kalau makan ayam penyet pasti mintak sambal xtra! Sambalnya memang kaw!

    BalasPadam
  5. Sambal nie dpt cicah ngan daging rebus makan ngan ulam pergghhh mmg best kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la...kakpb cicah dgn ikan cencaru goreng kurang minyak..huhu, bajet nak kurus.

      Padam
  6. Sambal ayam penyet mmg sedap kak..lama tak pekena ni

    BalasPadam
  7. hana xmakan bawang. tapi kalau dah hancur2 cmna nak asingkan.. hehe

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)