my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Minat lagu mereka saja

Kakpb bukanlah nak menyokong lagu-lagu dari luar tapi kalau lagunya sering kedengaran di station radio negara kita, salah ke meminatinya? Jangan salahkan kakpb tau.....setiap kali naik kereta (kakpb jarang buka radio dirumah) lagu wajib disiarkan oleh erafm Kota Kinabalu.


Ni juga, walau tak berapa suka orangnya, layan juga lagu-lagu beliau....


Kalau tengok komen di Youtube, ada saja komen negatif dari pihak Indonesia dan Malaysia. Bagi kakpb apa salahnya setakat minat lagu2 mereka. Bukan menyanjung tinggi, hargai saja hasil kerja mereka. Tak perlulah kita hipokrit, kalau bagus memang patut di puji. Tengoklah lagu Putih-putih Melati. Penyanyinya kakpb tak kenal pun, lagu bukan main top di negara kita.

nota kakpb: yang baik kita jadikan tauladan

Perkhemahan anak di Odec UMS

Isnin, 27hb Mei semalam kakpb dah terpacak depan odec UMS dengan cikgu fahmi. Nak pergi sarapan dulu pun hati tak senang selagi tak jumpa anak bujang kakpb tu. Selesai urusan dia, dimana kawasan camping, kelengkapan dan lain-lain baru boleh nak 'senang hati'.













Akhirnya.....dah tau dimana tempatnya dan agak selamat walaupun berdepan dengan kawasan yang bertelok. Yakin dengan coach mereka akan memantau setiap anak buah mereka sepanjang masa. Kami tinggalkan dua malam di sini. Petang nanti kakpb pergi jengah lagi.

Vehicle 19, Olympus has Fallen dan Fast & Furious 6

Kakpb dah tengok kat panggung cerita ni semua. Kekadang bila takde apa aktiviti, inilah kerja kami, menonton setiap kali ada cerita baru. Mana yang anak bujang tak boleh tengok, kena tunggu dia pergi rumah opah dia, baru kami pergi menonton.

Vehicle 19 ni P13, tengok sama-sama dengan anak. Cerita agak slow, naik mengantok kakpb. Biasalah kalau cerita P13 dah boleh agak dah. Kakpb copy paste sinopsis dia sikit ni.

Seorang banduan Michael Woods (Paul Walker) memecah parol, melarikan diri ke Johannesburg untuk bertemu dengan teman wanita beliau, diberikan kunci kereta yang salah di lapangan terbang, mendapati pistol di bawah tempat duduk. Terkejut kerana ada seorang gadis diculik terikat di dalam but. Michael mendapati dirinya terperangkap dalam konspirasi politik Afrika Selatan. Sebelum kematian gadis itu, Michael telah diminta supaya menyampaikan message oleh gadis kepada hakim yang mengendalikan kes itu.

Olympus has Fallen pula lepas seminggu keluar rasanya kakpb tengok. Memang best yang amat sangat cerita ni. Terbuntang mata tengok hero sorang lawan dengan berpuluh tentera, macam tak logik pun ada. Dah namanya cerita, mestilah hero yang menang. Kisah Mike Banning yang bertugas sebagai pengawal peribadi Presiden Amerika. Seorang yang cekap dan amanah menggunakan kemahirannya membunuh satu persatu pemberontak Korea (kalau tak silap la ye, kakpb pun banyak tengok wayang, boleh lupa) Cerita ni kena tengok dengan wajah serious sikit....hehe..

Terbaru ni kakpb tengok Fast n Furious 6. Terus terang kakpb tak minat cerita2 race macam ni. Pening kepala bunyi enjin kereta...weng sana...weng sini....Cuma yang seronoknya agak lawak sikit si negro sengal tu, teman pada Hobbs dan Brian. Kisah mencari balik kekasihnya yang dianggap telah mati, tetapi tidak. Letty hanya hilang ingatan kerana letupan kereta pada episod yang lalu. Orang bujang sesuai la tengok kisah ni. Kakpb hampir tersenggok juga sebab mata mengantok telan ubat sebelum pergi panggung.

Ok, jumpa lagi. Nanti kakpb jalan blog korang ye. Esok ada hal sikit, anak bujang kakpb nak bercamping atas kapal katanya selama 3 hari. Susah hati juga ni.....

Nombor satu dan menang GA Puan Bard

Selamat sejahtera.

Tadi 7.30 am kakpb ke sekolah anak, ambil report kad. Dah tau keputusan dari online, jadi takde la teruja sangat nak tengok keputusan tu. Kata cikgu, anak kakpb ada harapan dapat 5A tahun depan, insyaAllah kalau rajin berusaha baiki lagi kelemahan dari sekarang. Tapi, faham2 je budak sekarang, main lebih belajarnya kurang. Tambah pula anak lelaki, kena kerah dengan suara ibu dia, baru nak buka buku...
Panda
Bukan nak menunjuk2 anak kakpb dapat nombor satu. Sekadar simpan di blog ni untuk kenangan dia. Esok2 ibu dan ayah dah 'jauh', boleh dia baca-baca dan kenang balik zaman kanak-kanak, zaman malas dia... Leaf marah la tu ibu bagitau orang yang dia malas!!
Tahniah dari ibu dan ayah walau keputusan tidak memberangsangkan, kami tetap bangga. Usaha lebih gigih lagi lepas ni untuk UPSR pula tau.

Satu lagi, kakpb nak ucap terima kasih pada Puan Bard kerana kakpb terpilih sebagai pemenang GA Aku Seorang Surirumah dulu. Entrynya di sini dan kakpb telahpun menerima hadiah berbentuk wang tunai. Asalnya Bard nak bagi barang tapi katanya lebih baik duit, boleh beli apa yang kakpb suka. Kakpb ikut je sebab kakpb join segmen tu pun masa kakpb free dan suka-suka. Tak terfikir pun pasal hadiahnya. Terima kasih ye Bard Leaf





Bingka Ubi Kayu dalam acuan tart

Salam semua.

Kakpb semalam tak masak tengahari sebab daripada hari selasa badan menggigil, entah kenapa. Telan aktifast dua biji, baru kebah. Cuti memasak sehari je. Hari ni dah ok kenalah memasak, nak buat macam mana dah tugasan kan?

Dalam tak sihat tu, sempat juga parutkan ubi yang dah beli hari minggu baru ni. Risau juga kalau lama-lama nanti terus jadi kayu, baik kakpb parut buat bingka. Tapi kakpb memang fail kalau membingka ni. Tu sebab jarang ada resipi bingka dalam blog kakpb.

Fikir punya fikir, kakpb bakar dalam acuan cupcake dan acuan tart lagi baik. Nak makan pun senang. Sebelum bakar dalam oven, kakpb lenserkan acuan dengan butter.


 BINGKA UBI
@blogsurirumah

2 cawan ubi yang telah di parut, di perah
3/4 cawan gula putih campur gula perang (saja nak habiskan gula perang)
2 sudu besar tepung ubi
1 cawan pati santan/susu cair (sebenarnya nak guna susu cair tapi tak cukup secawan)
secubit garam
Pewarna kuning telor

Campurkan semua bahan di atas.
Masukkan dalam bekas kecil yang telah di sapu marjerin/planta.
Bakar selama 25 minit atau hingga masak. Kakpb guna oven 180C, api atas dan bawah.

senang je nak korek keluar dari acuan, cuma tak berapa cantik


Hati-hati bila bersuara pada ibu anda

Assalammualaikum,

Kakpb tersentuh hati bila membicarakan soal ibu-ibu kita ni. Terutama sekali berita paling hangat sekarang tentang Afiq Muiz dan ibunya yang berseliseh faham. Kalau tulisan kakpb ni dia nak saman, nasib la kan?

Pada pandangan kakpb sebagai seorang perempuan, ibu, isteri, anak, adik dan kakak.....tak sepatutnya Afiq meminta ibunya memohon maaf. Sekalipun ibunya bersalah (katanya asyik minta duit, itu tak boleh ini tak boleh) Afiq tak patut keluar kata2 yang menyinggung hati ibunya, lebih2 lagi di media.

Sejahat mana pun seorang ibu, dia tetap ibu yang melahirkan kita. Bertarung nyawa melahirkan, membesarkan. Usahlah di fikir atau di ambil hati setiap kemarahannya kerana sebagai ibu dia hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Walaupun ibu meminta wang, itu adalah hak dia kerana Afiq anak lelaki dan bertanggungjawab terhadap emak dan adik beradik perempuan.

Ketepikan rasa marah itu kerana syaitan suka menghasut bila kita dalam keadaan marah. Banyakkan solat malam, mohon ampun dan berdoa moga Afiq dan ibu dapat berdamai. Ketepikan juga orang sekeliling yang tidak membawa faedah dalam hubungan.

Tak mau cakap banyak, nanti lain pula jadinya. Daripada nak nasihat, jadi gaduh pula. Harap dijadikan teladan juga kepada anak bujang kakpb. Kekadang anak2 ni dari kecil kita dah didik elok-elok, sopan santun je sikapnya. Tetiba bila dah ramai bercampur, kawan sekeliling pula pelbagai kerenah. Jadi, haruslah pandai pilih kawan.

Jumpa lagi.

Muffin Pisang Coklat Chips untuk birthday boy

Assalammualaikum,
Alhamdulillah kita bertemu lagi di hari isnin, minggu terakhir persekolahan. Jumaat ni dah cuti lagi....yeayy..kemana kita? Kakpb ada juga merancang dengan cikgu fahmi nak pergi jauh sikit, semalaman je la. Sebab tempat yang kami nak pergi tu katanya takde apa yang menarik. Tapi ada sesuatu yang kami cari....hehe...tungguuuuu...(alah, benda biasa2 je yang mahal di semenanjung tapi murah disana)

Oh ye, sabtu lepas kakpb sibuk buat muffin pisang untuk majlis anak makcik. Itu yang tak merayap ke blog teman2. InsyaAllah, kakpb akan luangkan juga masa untuk bertandang. Minggu lepas agak sibuk dengan birthday party, hari guru, minggu exam si bujang tu lagi, sekarang dah selesai. Tunggu keputusan je...


 
Muffin ni kakpb buat dalam tergesa-gesa. Majlis pukul 1 pm, terhegeh-hegeh ke dapur pukul 10 am. Resipi dari blog JintanManis dan kakpb gantikan inti dalam tu dengan coklat chip seperti kawan2 blogger lakukan. Makcik suka sangat, satu bekas dia hidangkan kat tetamu. Satu bekas lagi bawa balik rumah. Kakpb buat 3 round, tak berani nak buat sekali gus. Rasanya pernah buat sebelum ni tapi takpelah, minta izin copypaste lagi ye Ros?

MUFFIN PISANG INTI COKLAT CHIP
@blogsurirumah

Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
1 cawan suku gula ( kakpb letak 3/4 cwn)
2 biji pisang yang ranum
1\2 cawan minyak masak
2 biji telur (kakpb guna telor omega)
1\3 cawan ( suku) susu segar - yg ni kakpb guna susu cair + sedikit air
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen vanila
beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)- (kakpb ganti coklat chip)

 Cara-caranya
1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. 






Share jugalah foto birthday boy sebagai kenang-kenangan ketika di Sutera Harbour. Tempat ni dah seperti rumah kedua mereka setiap hujung minggu. Biasalah, budak2 kan suka swimming? Penat macamana pun mereka tetap nak main air lepas berseronok dengan magic show, pecah belon, tanding makan biskut, menari atas kertas dan banyak lagi hingga pukul 3 petang. Pakcik badut yang melayan pun pening kepala keletah mereka ni. Majoriti kawan2 mereka chinese, memang hyperaktif betul!!



Sanggar Keju yang hampeh!!


Salam di hari Jumaat teman-teman yang dikasihi....

Entry simple je pagi ni, buat sanggar keju pisang goreng kononnya....tapi....
pisang dah ok, manis sesedap rasa, kakpb guna pisang nipah.
Tepung gandum campur tepung beras, sedikit kapur makan, garam dan air.
Ok je lembut dan rangup.
Lepas goreng, kakpb tabur gula perang. Ni jangan ikut la...nak ikut pun apa salahnya, bukan dosa pun. Kakpb tak pernah buat. Selalu beli kat restoran sekitar rumah.
Bila dah tabur gula perang tu (masa panas lepas angkat dari kuali) kakpb tengok, gula tak mencair pulak.

Tak kisah...takpe....kakpb potong2 halus cheese yang keping tu (dah takde cheese lain) taburkan atas pisang.
Alahai...tak menjadi macam selalu makan kat kedai..hemm...
Kuciwa!!

nota: bila frust, lambat lagi la nak mencubanya :)

Selamat Hari Guru Cikgu Fahmi dan update cuti, Sarawak

Tiada hadiah istimewa dari kakpb untuk cikgu fahmi sempena hari guru ini. Hanya menadah tangan berdoa semoga perjuangan dia sebagai guru di Pulau Gaya akan memberi seribu rahmat kepada anak2 muridnya. Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan cikgu fahmi samada kakpb kenal atau tidak. Selamat Hari Guru, bakti mu dikenang sepanjang hayat.

Terlanjur dah update ni, nak cerita pasal kami di Sarawak tempohari (sebelum balik mengundi) Kakpb bermalam di Hotel Harbour View yang berdekatan dengan sungai. Tiada breakfast, pandai-pandai kami cari makan sendiri. Sebelah dengan hotel ada restoran muslim, sedap masakannya.

Bandar Kuching bersih, jalanraya tak sibuk macam di KK. Nak kata lengang sebab cuti, tak juga sebab kami sampai pagi Jumaat.  Lepas check in hotel, terus jalan-jalan sekitar sungai. Lucunya, kami tak tau bagaimana nak panggil pakcik yang bawa bot penumpang. Lama tunggu tepi sungai. Nampak orang naik, kami pun berebut2 naik sama. Tak panas bontot, dah sampai seberang. Cari apa kat sana? Kek lapis ler....tak sah tak beli kalau datang sini kan? Alaa..kakpb tak dapat share gambar la. Entah kenapa mengong pulak streamyx hari ni....

Bercuti sehari, faham-faham je, tak dapat nak kemana. Keliling bandar cari makan, berfoto kat replika kucing, balik hotel, membuta. Malam pun kami tak turun sebab hujan. Kakpb beli keychain, fridge magnet dan kek lapis. Cerita pasal kek lapis ni, rasa sana rasa sini akhirnya beli tak sampai pun RM100. Malas nak bawa berat-berat ke KL. Beli untuk mak kakpb dan mertua. Sampai sana, potong2 makan ramai-ramai.

Jumaat kat Sarawak, sabtu dah pun kat KL. Esoknya mengundi, seharian berpanas dengan mak. Ramai2 famili kakpb, kami berdua je terpelanting tak sama dengan famili lain. Dia orang seronok ler.....naik van ramai-ramai. Dua jam lebih jugalah beratur, nasib baik kat sekolah tu ada bumbung. Emak lagi rilek, lepas memangkah, dia lepak dengan geng-geng dia. Jenoh dia menunggu kakpb.

Ok sampai sini dulu, kakpb ada tugas belum selesai. Maaf kalau blog kakpb agak berterabur. Tak sempat nak susun atur lagi. Nak ubah sana sini makan masa juga.







Opor Ayam Berkentang (ibundo)


Opor ayam berkentang ni dah lama dalam draft tapi tak berkesempatan nak publish. Seperti biasa, kakpb suka sangat resipi dari Dapur Ibundo ni. Dah selalu kakpb cuba dan semuanya sedap-sedap. Tu pasal la cikgu fahmiFat Man 6 bolat!! Terima kasih kat Bundo, walaupun semua masakan Bundo simple2 je tapi amat menyelerakan kami sekeluarga..Blowing KissesZana copy paste resipi disini ye..

OPOR AYAM BERKENTANG
@blogsurirumah
sumber: dapur ibundo

Bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa diasingkan santan cair dan santan pekat.
3 biji kentang 
2 batang serai dititik
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya
2 helai daun salam
1 keping asam keping
5 biji cili api diketuk
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
bawang goreng untuk ditabur sekiranya suka

bahan kisar:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1 inci  lengkuas
1 inci halia

 Cara:
- Campur bahan kisar bersama serbuk jintan manis, serbuk ketumbar dan serbuk lada putih.
- Panaskan sedikit minyak.  Tumis bahan kisar sehingga harum.  Masukkan daun limau purut, daun salam, cili api dan serai.
- Tambah ayam.  Masak ayam sehingga airnya habis keluar.
- Masukkan santan cair. Masak sehingga ayam separuh masak. Masukkan pula kentang, stok ayam dan santan pekat.
- Apabila kentang empuk, tambahkan asam keping.
- Kuah mestilah agak pekat. Pandai-pandailah adjust supaya santan tidak terlalu banyak.

T-shirt Muslimah


KA108F
COLOR : DARK BROWN WITH FLORAL PRINTED
MATERIAL : 100% COTTON
Price : RM59.00 (XS - XL), RM62.00 (2XL-4XL)

* Warna mungkin tidak sama seperti digambar atas sebab faktor PENCAHAYAAN dan SETTING/QUALITY SCREEN PC Anda

 
KA108E
COLOR : PURPLE WITH FLORAL PRINTED
MATERIAL : 100% COTTON
Price : RM59.00 (XS - XL), RM62.00 (2XL-4XL)

* Warna mungkin tidak sama seperti digambar atas sebab faktor PENCAHAYAAN dan SETTING/QUALITY SCREEN PC Anda


 
KA108D
COLOR : LIGHT PINK WITH FLORAL PRINTED
MATERIAL : 100% COTTON
Price : RM59.00 (XS - XL), RM62.00 (2XL-4XL)

* Warna mungkin tidak sama seperti digambar atas sebab faktor PENCAHAYAAN dan SETTING/QUALITY SCREEN PC Anda


 
 A113A
COLOR : BLACK WITH FLORAL PRINTED
MATERIAL : LYCRA
Price : RM59.00 (XS - XL), RM62.00 (2XL-4XL)

* Warna mungkin tidak sama seperti digambar atas sebab faktor PENCAHAYAAN dan SETTING/QUALITY SCREEN PC Anda


 

KA110A
COLOR : YELLOW WITH MIX STRIPE
MATERIAL : 100% COTTON
Price : RM55.00 (XS - XL), RM58.00 (2XL-4XL)

* Warna mungkin tidak sama seperti digambar atas sebab faktor PENCAHAYAAN dan SETTING/QUALITY SCREEN PC Anda
COLOR : YELLOW WITH MIX STRIPE
MATERIAL : 100% COTTON
Price : RM55.00 (XS - XL), RM58.00 (2XL-4XL)

* Warna mungkin tidak sama seperti digambar atas sebab faktor PENCAHAYAAN dan SETTING/QUALITY SCREEN PC Anda


nota: kawan2 area Kota Kinabalu boleh cari kakpb tau!!
sms 012-8387692, fb atau twitter.

Saya Agen Reedha Collagen Sarang Burung Plus

Ini kali pertama kakpb menjadi agen produk Reedha Collagen Sarang Burung Plus. Juga kali pertama kakpb cuba merasanya. Sedap, itu sajalah komen kakpb.

Sedikit kakpb copy paste info tentang Reedha Collagen ni untuk bacaan teman-teman semua. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh KLIK SINI. Mereka yang sekitar Sabah, boleh hubungi kakpb untuk mendapatkannya. Cubalah!

Mengapa perlu ambil Sarang Burung Walet? 
Sarang Burung Walit sebagai makanan yang sangat berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan, kecantikan dan bertenaga. Kemujaraban dan Khasiat Sarang Burung Walit untuk Kecantikan Kulit dan Kesihatan paru-paru, buah pinggang, perut dan ginjal. Sarang Burung Walit Mengandungi 60% protein (protein larut air & protein akti) di bentuk oleh Kolagen, Glikoprotein. Terdiri daripada 17 jenis asid amino, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium, natrium,iodine, omega-6, Kalium, Zat Besi, Fosforus dan Magnesium.Dua Faktor yang paling penting dalam sarang burung walit ialah faktor perangsang mitogen-MSF dan faktor pertumbuhan epidermis-EGF yang dikenali sebagai “Gen Kecantikan”
Fungsi Dua Faktor ini adalah untuk Merangsang pembiakan, pertumbuhan sel sel badan dan penghasilan semula struktur sel badan dan mampu menyingkirkan sel sel yang mati, mengganti sel sel yang rosak. Menguatkan dan stimulasi organ dalaman, menyalurkan tenaga agar mempercepatkan pemulihan selepas pembedahan dan penyakit kritikal, Merangsang pembiakan Sel Sel Tahanan Badan, lantas menguat imuniti dalam melawan penyakit, ini di katakan punca mengapa pengambilan sarang burung walit berterusan kulit menjadi besih, muda, lembut, licin, halus, putih,berseri dan anjal semula.
Bahan utama yang terkandung dalam Reedha Collagen adalah :-
 
 
 
 

Pajeri Nenas

Maaf, malas nak betulkan gambar tunggang terbalik :)

Dah pukul 3 petang baru ada mood update masakan. Tadi tengok kat IG, katanya "petanda sakit mental" bila suka upload gambar masakan. Macam tak relevan je kan? Tapi kakpb tak baca penuh artikel tu. Nantilah, kakpb cari juga.

Untuk pengetahuan semua, ikutkan kakpb ni dah beratus upload gambar ke blog, facebook, twitter dan Instagram. Setakat ni, alhamdulillah.....insyaAllah..takde apa2.

Pajeri nenas ni kakpb buat sebelum balik KL tempohari. Balik KL hari tu tak perlu update rasanya. Biasa2 je, pergi Tesco, Mydin dll. Kuching Sarawak tu update kemudian bila free. 

Kakpb ambil resipi drp JintanManis. Sedap tau...kakpb simpan dalam peti ais sebelum balik KL. Balik semula Sabah, panaskan dan elok lagi. Terima kasih ye, kakpb minta izin copy disini



Bahan-bahannya
1/2 biji nenas saiz kecil
1 1/2 sudu besar serbuk kari ( dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan kisar ( bawang +  bawang putih+ cili kering)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus)
1 cawan santan ( tak nak letak pun takpe, sbb dah ade kerisik)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang

caranya.
1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.

2.  Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing,

3.Selepas itu masukkan kerisik dan nenas, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

MatYo dah pergi!!


Salam.
Disebabkan pagi ni kakpb sedang bersedih, kakpb tangguhkan dulu update masakan yang telah tertangguh beberapa hari lepas. Sejak balik dari KL hari tu (mengundi) MatYo kelihatan macam tak sihat. Entah kenapa, mata dia tak ceria seperti biasa.

Pagi ni, kakpb jengah sangkar dia......senyap sunyi...tak bergerak A crying emoticon dia dah pergiA crying emoticon Terkilan rasa hati yang amat sangat sebab memisahkan dia dari Sweety. Mungkin kerana itu dia hidup merana...ahh...cukuplah sampai disini.

nota kakpb: maaf kerana tak dapat update dan blog walking sebab kakpb sakit mata pulok!!

Kuching Sarawak

Assalammualaikum semua, kakpb sekarang di Kuching Sarawak untuk 2 hari satu malam. Asalnya 3 hari sepatutnya di sini tapi disebabkan semangat balik nak mengundi, jadilah 1 malam saja.

Gambar2 manis kami....haha...takde manisnya kalau dah bertiga, asyik dia je menyelit tengah2 jalan. Nak pimpin tangan pun susah. Kakpb belum ada peluang nak upload gambar dek kemalasan nak menyucuk usb ke laptop. Tunggulah kakpb sampai kl nanti. Bertolak tengahari ni ke sana.

Jumpa lagi.

1st Giveaway Sufya Collections

Siapa peminat tudung bawal? meh tengok kat facebook Sufya-Collections. Beliau ada buat giveaway yang menarik. Kakpb pernah juga beli tudung bawal segera macam tu tapi jenis yang murah masa baru2 keluar dulu. Kalau kakpb balik Kelantan, tak sah tak beli tudung.

Senang je syarat2nya......

Hadiahnye :
3 helai tudung bawal ( dah jual tudung bawal kena la bagi tudung ye dak..hehehe)

1) Bawal sarung sulam safa bernilai RM80 (coklat)
2) Bawal sarung sulam syiling bernilai RM60 (purple)
3)Bawal square sulam bernilai RM55 (grey)


Cara2nye :
1) like page Sufya Collections
2) like gambar ni
3) share gambar ni dengan menaip 'giveaway dari Sufya Collections'
4) komen, “saya nak menang!!!”

Pemenang akan dipilih secara rawak (random). Makin kerap anda share makin tinggi peluang untuk menang. Pastikan anda set kan share anda kepada public so senang say anak buat spotcheck nanti…hehehehe.

Bermula hari ini 25/4/13 hingga 31/5/13


Bawah ni contoh je yang kakpb copy paste dari fb Sufya. Ada lagi banyak cantik2. Kawan-kawan Kelantan memang tak heran, kakpb tau. Tapi bagi kita2 ni yang jarang balik, jauh pula....boleh beli online. 




 




Gambar: bawal square sulam syiling rm60
45"x45"
bawal jepun no 1

Nak raya ni, kena beli awal-awal...