my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Balik kampong

Assalammualaikum....
Esok petang kami akan pulang untuk beberapa hari.
Ada tiga perkara penting.

Jumpa kakak dan abang ipar yang baru pulang dari tanah suci.
Perjumpaan teman lama sekolah menengah/rendah di UTM, KL.
Majlis nikah/sanding adik cikgu fahmi.

Semoga perjalanan kami dibawah lindunganNya, amin.

Cuti yang dimanfaatkan sepenuhnya, beginilah!

Top 5 pun sudah bagus baa..

Minta maaf banyak-banyak teman blogger. Kakpb tak sempat juga blog walking sabtu dan ahad. Jumaat dan sabtu malam sibuk menunggu anak bujang ni menari. Siang sabtu layan tetamu dari KL yang nak balik petangnya. Jadi tengahari kakpb sibuk masak dan bawa mereka bersiar-siar sekitar KK. Nanti kakpb kongsi gambarnya dilain entry.

Lantai cilik yang dirakam tempohari telah berakhir dengan kekalahan bagi sekolah anak kakpb. Hanya dua sekolah yang terpilih daripada lima yang bertanding. Tertera juga wajah kecewa pada yang kalah tapi kakpb ucapkan tahniah juga pada si bujang tu. Walaupun kalah, sekolahnya adalah top 5 ranking di Sabah. 

Apa yang kakpb tau, mereka ni tak cukup latihan. Tambah pula mereka dalam suasana exam minggu ni. Tapi cikgu yang uruskan mereka tak benarkan cerita pada juri sebab tidak mahu meraih simpati. 
Tahniah pada sekolah yang menang dan dapat ke KL untuk mewakili negeri Sabah. Dengar kata rakaman Lantai Cilik ni akan ditayangkan pada tahun depan di RTM.



Segak bergaya anak bujang ku, dengan bedak berkepok dimuka....haha...kalau nak diikutkan dia ni bukan suka dibedak.


Sempat berfoto dengan Aliff Satar yang peramah, comel dan sporting.

Juri undangan Arja Lee (handsome pulak dia ni, tengok kat tv tak menarik langsong) dan dua orang jurutari tapi tak ingat nama.

Setakat ni dulu catatan kakpb. 3 hari lagi nak terbang pulang, jumpa keluarga dan kakak yang akan pulang dari tanah suci esok. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan dalam perjalanan pulang ketanah air.
Amin.



Mygempak Lantai Cilik

Tak sangka, cempedak menjadi nangka. Itulah gambaran kakpb terhadap anak bujang sorang ni, Aziz Iskandar. Cita-cita ingin jadi pemain bola sepak terkemuka, tapi semalam, lain pula jadinya. Gara-gara dah terjebak sebagai penari, semalam dan sebelumnya dia ada persembahan di hotel KK. 

Malam tadi audition untuk Lantai Cilik di One Borneo. Sempat juga kakpb lihat persembahan mereka, boleh tahan. Kakpb tak fikir mereka akan lepas ke peringkat seterusnya.
Pukul 5.00 pm kakpb nak balik sebab dalam hati ni memang takkan berjaya. Maklumlah ada lagi budak-budak sekolah lain yang lebih menarik tarian mereka. 
5.30pm pengumuman dari pihak RTM. Rupanya sekolah anak kakpb terpilih juga, alhamdulillah. Tak sia-sialah mereka bertungkus lumus dua hari ni. 
Kesian pula tengok budak-budak yang tak terpilih, menangis kesedihan, berpelok dengan cikgu masing-masing.
Malam nanti akan ada lagi pemilihan untuk keperingkat seterusnya dan jika berjaya mereka akan ke KL pula. Terima kasih pada cikgu yang berusaha menjaga anak kakpb dari sekolah hingga hantar pulang kerumah.

Harap aktiviti menari ni tidak mengganggu pelajaran mereka. Berjaya atau tidak, apa yang penting pengalaman mereka bertemu orang ramai, tidak takut menghadapi cabaran di atas pentas dan disiplin. Walau pun menari, kena ada disiplin dan fokus.

Good luck untuk semua yang terlibat.

 

Banana blueberry cake

Kakpb tak dapat cerita panjang, mata ngantok sangat ni......blog walking pun tunggu free samada hari sabtu atau ahad. Terima kasih mereka yang sudi komen, nanti kakpb jengah blog korang ye.
Semalam kakpb letih sikit, melayan teman yang datang dari KL, student. Biasalah kalau ada tetamu, takkan nak biarkan, harus dilayan.....

Kek ni kakpb buat beberapa hari lepas. Buat separuh je sebab takut takde yang nak makan. Dalam rumah ni kakpb sorang je suka blueberry, lain2 tu geleng kepala, tak gemar. Kakpb tak guna unsalted butter sebab takde stok. Bagaimana pun guna butter biasa ok juga, lembut dan sedap. Tidak kering seperti kek pisang biasa.
Resipi copy paste dari Dapur Ibundo kesayangan kakpb (mandai je, kenal pun idok!) Terima kasih bundo, nanti zana cuba lagi resipi bundo yang lain2 ye.
BANANA BLUEBERRY CAKE
@blogsurirumah
sumber: Ibundo

Bahan:
250 gm tepung naik sendiri
150 gm unsalted butter
150 gm gula castor
3 biji telur
1 sudu teh vanila
1 cawan pisang yang telah dilenyek
1 cawan blueberry
1/2 cawan fresh milk

1. Blueberry dilenyek sedikit dengan garpu.
2. Ayak tepung.
3. Pukul gula dan butter sehingga lembut.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji.  Pukul sehingga kembang.
5. Masukkan esen vanila dan tepung . Pukul speed perlahan sehingga bergaul rata.
6. Masukkan pula susu.
7. Akhir sekali masukkan pisang dan blueberry.  Gaul rata dengan spatula.
8.  Alas dulang pembakar dan tuang adonan. Bakar sehingga masak.

 

Marble Cheese Brownis

 Assalammualaikum semua......rasa lama sangat tak update blog. Kakpb sibuk sikit seminggu ni, bukan sibuk apa. Sibuk uruskan rumah yang tak tahu lagi statusnya.

Sempat juga mencuba  Marble Cheese Brownis sekadar nak mengabiskan krim cheese dalam peti ais. Kerana nak jaga kolestrol, kakpb makan sekeping dua, lebihnya simpan dalam peti untuk kudapan si bujang.

Terima kasih Maz, resipi ni buat kakpb terasa dah jadi tukang masak yang sempurna. Sebab sebelum ni cuba juga dari myresipi tapi tak jadi. Bukan salahkan resipi, salah diri sendiri. Masa tu memang ngeri nak buat lagi bila tak jadi. Nak menangis pun ada, nak makan takde mood. Buang dalam tong sampah dan pendam je dulu perasaan. Sekarang dah menjadi walau tak cantik macam orang lain buat.
Anak bujang kakpb siap nak jual pula....hehe....baru pandai sikit dah nak jual.

MARBLE CHEESE BROWNIS
@blogsurirumah

1 cawan butter cair
1 cawan susu cair
2 cawan gula perang - maz guna gula castor
1 cawan air panas

Bahan B (kacau rata)

1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur gred B - maz guna 1 biji gred A utk 1/2 resipi

Bahan C (ayakkan)

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
 
Cara

1. Panaskan oven pada suhu 170 C selama 10 minit - maz bakar suhu 160 C.

2. Kacau bahan A supaya sebati.

3. Masukkan bahan B dan kacau rata.

4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.

5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci (biar kertas lebih dari loyang agar senang nak kluarkan kek nati)

6. Tuang dalam loyang dan ratakan (simpan dalam 2 sudu besar adunan coklat ni untuk buat marble)
 
7. Bakar selama 20 minit.


Bahan-bahan lapisan cheese

200g cream cheese
1/2 cwn gula halus
50g thick cream (boleh ganti dengan cream cheese, jadikan 250g - ni sbb tak cukup stok cream cheese)
1 biji telur gred A
1/2 sudu kecil essen vanilla


Cara-cara:

1. Sediakan lapisan cheese sementara  menunggu kek masak.

2. Pukul cream cheese seketika, kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati dan berkrim.


3. Masukkan telur dan vanilla, pukul hingga sebati.

4.Selepas 20 minit keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
 
5. Masukkan adunan kek yang disimpan tadi dalam paiping bag dan paipkan ke atas lapisan cheese dengan buat garisan memanjang, kemudian dengan guna sebatang lidi satay, tarik turun satu hala, lepas tu lorekkan kedua tarik menaik pula, maksudnya cara nak tarik lidi tu menaik dan menurun, bukan satu hala je.
 
6. Masukkan dalam oven semula dan bakar lagi selama 20 minit dengan suhu 160 C. Sejukkan sepenuhnya dalam peti sebelum dipotong.

Check darah dan keputusannya

Semalam, kakpb dan cikgu fahmi pergi klinik kesihatan untuk melihat keputusan darah kami selepas 2 minggu. Orang tak ramai, lega.

Alhamdulillah, keputusan darah kakpb tiada masalah kritikal. Cuma kolesterol agak tinggi, 6.7 sepatutnya 5.2. Hah...kena kurangkan berat sebelum check up sekali lagi, 6 bulan akan datang. Doktor dah bagi kaunseling semalam. Kena cari susu omega dan oat untuk menyerap kolesterol. Sebenarnya dah ada pun oat kat rumah tapi begitulah hasilnya.....hehe...takde disiplin. Minum Lishou Magic pun tak turun juga kalau kita tak boleh kontrol diri untuk tidak makan telor, makanan bergoreng dan sebagainya.

Doktor suruh jogging, berenang dan berbasikal. Ya Allah....berenang dan berbasikal tu jangan haraplah nampak gaya. Sah-sah memang tak mampu nak buat. Naik basikal pun tak pandai.
Bagitau doktor, dalam rumah dah ada mesin untuk jogging. Doktor senyum je.....jogging dalam keadaan beraircon, mana nak berpeluh?

Jadi, pagi ni dan semalamnya kakpb dah mula berjalan kembali sekitar kawasan taman perumahan ni. Sambil berwhatsapp (nak juga tu) sambil snap foto belakang rumah. Nyaman je sedut udara pagi. Ada share di IG.

nota kakpb: paling tinggi kolesterol dalam kuning telor, 1480...ambik kau!!
kedua tinggi telor itik, 850....baru semalam makan telor masin...muahaha!!
ketiga tertinggi, otak khinzir...800..huhu..

cikgu fahmi? ada masalah sikit :(

Escape Plan

Bukan kakpb ye yang nak lari!! Sabtu lepas tengok cerita ni kat Suria Sabah. Tengok berdua, anak bujang rumah opah dia. Ambil peluang kalau dia takde kami menonton wayang yang agak 'ganas' sikit.

Cerita ni memang menarik sangat bagi kakpb. Kisah banduan yang terpenjara di satu tempat yang tidak diketahui gara-gara dia menerima tawaran dari majikannya (security firm). Sylvester Stallone sebagai Ray Breslin, watak utama otai woooo!! Omputih ni hero semua tua-tua kan? Itu sebab cerita mereka best.....

Suspen dari awal cerita hingga ke akhir. Kalau korang tengok memang tak ngantoklah. Terselit juga lawaknya dalam ganas tu. Paling lucu ketika tiga orang banduan ni 'say cheese' kat cctv sebelum melepaskan diri....hehe....macam bodoh pun ada. Dah tau nak lari, pergi tayang muka kat cctv.

Lama tak tengok lakonan Arnold.........sejak jadi orang penting negara dia, kes mahkamah la...
Ok, taknak bebel panjang, pergi tengok sendiri, tak rugi pun.



Escapeplanfilmposter.jpg

Popia Inti Pisang dan Sos Vanila


Assalammualaikum......dah puas beraya? ke....ada yang masih sambung cuti?
Seronok kan dapat makan ramai-ramai dengan keluarga. Kakpb melayan dua tiga orang kawan cikgu fahmi. Itu pun dah letih...haha.....maklumlah...birthday mummy semalam. Patutnya rihat cuti masak. 
Tapi takpelah.....dah nama pun raya, haruslah memasak. Kesian pula cikgu fahmi, dahlah tak balik kampung.

Popia inti pisang tu kakpb buat sehari sebelum raya untuk makan petang.
Lepas tu raya semalam kakpb buat lagi sebab takde kuih raya lain. Itu je dapat hidangkan.
Senang je buat popia ni. Cuma kakpb tak letak pisang tu sebiji. Kakpb potongkan dan balut dengan kulit popia.
Basahkan tepung gandum dengan air sebagai gam dikulit popia.
Balut cantik-cantik, lepas tu goreng hingga kekuningan.
Sos vanila kakpb ambil resipi dari Hazila My Small Kitchen
Kakpb copy paste ke sini pula ye.....

 Untuk Vanilla Sauce
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla extract
2 sudu makan butter
1/2 sudu makan tepung jagung
Sedikit garam

Cara cara
1. Letakkan sebiji pisang di atas kulit popia, gulung dan goreng hingga kekuningan. Toskan.
2. Masukkan semua bahan untuk vanilla sauce ke dalam periuk. Dengan menggunakan api sederhana, kacau perlahan lahan hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.
3. Hidangkan popia pisang bersama sama dengan vanilla sauce.

Terima kasih atas ucapan happy birthday semalam. Cerita hadiah dsb tak perlulah kakpb kongsi, cukup hanya di IG saja.
Terima kasih kepada cikgu fahmi atas surprise semalam. Patut la lama sangat keluar beli burger, rupanya mencari sesuatu untuk si isteri.

Selamat Hari Raya Idul Adha dan hari lahir ku

15hb October, 2013 umat Islam di Malaysia menyambut hari raya korban. Mereka yang dah ambil cuti awal tu, sekarang ni dah ada di kampung agaknya. Terutama mereka yang berasal dari pantai timur, tak seronok raya kalau tak balik ye?

Bagi kami di perantauan ni, sambutan seperti biasa saja. Kakpb akan masak lontong, nasi impit, rendang ayam dan kuah kacang. Tetamu kakpb hanyalah adik ipar dan seorang dua kawan cikgu fahmi. Itu pun kalau mereka takde hal kenduri rumah kawan atau menghadiri majlis korban di tempat kerja masing-masing.

Sedih juga saat begini tiada saudara mara untuk meraikannya. Tambahan pula hari selasa 15hb oct itu adalah hari lahir kakpb. Ini dalam sejarah, menyambut hari lahir pada hari raya haji. Alhamdulillah.....doakan kakpb sihat ye. Panjang umur dan dimurahkan rezeki dimasa akan datang.

Kakpb bersyukur sangat dikurniakan suami yang baik, memahami dan bertanggungjawab. Syukur juga dikurniakan Aziz Iskandar yang handsome, bijak dan cerdas budaknya. Hidup kakpb sudah cukup bahagia ada mereka berdua. Tidak lupa juga terima kasih kerana Allah kurniakan kakpb ibu yang melahirkan kakpb seorang yang kuat semangat, tabah, sabar dan paling kakpb tak lupa, lesung pipitnya tu.

Terima kasih 'emak' kerana melahirkan dan sentiasa ada disisi kami saat memerlukan.
Terima kasih 'arwah bak', walau kehadiran mu disisi ku tidak selama mana, insyaallah 'bak' tenang 'disana'.

Terima kasih kawan-kawan kakpb samada yang dah lama kenal atau baru kenal kerana sering membaca catatan kakpb ini. Kamulah teman dikala sunyi, setia bersama saat duka dan suka kakpb. Kamu menjadikan hari-hari kakpb sentiasa ceria dan bermakna. Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke hari tua......(tua dah pun sekarang ni) Amin.


foto pinjam dari google

Bingka Pandan Tanpa Telor

Tengok kuih bakar/bingka pandan ni kakpb teringat kakak yang di Mekah sana. Sekejap je masa berlalu dan tak lama lagi jika tiada aral melintang, pulanglah mereka ke tanah air. Akibat rindukan dia, kakpb gagahkan juga buat kuih ni. Walau tak sama, ada rupa sikit-sikit pun jadilah......kakak memang pakar sangat buat kuih bakar pandan. Lembut, tak manis sangat dan kalau makan tak cukup sekeping.

Biasa yang kakak buat gunakan telor. Disebabkan doktor suruh kakpb jangan makan telor untuk kurangkan kegatalan kulit, kakpb buat kuih ni tanpa telor. Sebenarnya bukan ikut sangat cakap doktor tu, bedal je....cuma kurangkan.

Kakpb minta izin copy paste di sini ye. Terima kasih kerana berkongsi dan maaf kerana kakpb buat tidak mengikut resipi asal. Sebab acuan baru (barulah sangat! beli bulan ogos lepas, baru guna je) sebiji je. Untuk resipi ni kakpb kurangkan sukatan supaya cukup untuk 3 kali bakar saja. Lebih kurang 1 blender. Tapi kakpb kongsikan resipi asal disini, pandailah mengubahnya untuk makan satu famili yang kecil macam kakpb ni.

BINGKA PANDAN TANPA TELOR
@blogsurirumah
sumber : Intai Dapur Liza

2 cwn tepung gandum
3/4 cawan tepung jagung
1 cwn gula halus
2 cwn santan pekat
2 cawan air pandan (atau air + pandan pes)
1 tin susu cair
3 sb mentega/majerin - cairkan
garam secukup rasa
sedikit pewarna hijau dan kuning (opt)
sedikit bijan - untuk tabur


Campurkan kesemua bahan kecuali bijan dan kacau hingga sebati dan gula larut atau kisar dalam blender dan tapis.
Tuang dalam loyang/acuan bersapu mentega/majerin dan tabur bijan.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak.
Sejukkan kuih,potong kecil dan hidangkan.

nota: kakpb tak bubuh bijan...

Harga rumah yang melampau!

Sehari dua ni kakpb dengan suami sibuk mencari lokasi rumah yang menarik untuk dibeli. Cewah....macamlah duit ada juta-juta dalam bank? Rumah sekarang ni naik mencanak harganya. Berpusing anak mata hitam kami tengok harga rumah. Untunglah mereka yang dah beli awal-awal dulu. Tapi siapa tahu takdir kakpb menetap di Sabah pula kan?

Ada satu rumah di Selangor kami sewakan. Itu pun belum tukar nama lagi. Manjang tak menyempat je kalau balik sana. Ingat hujung tahun ni kena settle juga.

Kosmo hari ini seolah-olah menambahkan keresahan kami dalam pencarian rumah disini (Sabah). Bukan mampu milik tapi mampu membankrapkan kita jika tidak pilih betul-betul ikut kemampuan.

Tak boleh cerita panjang, nak packing barang, nak selesaikan macam2 hal lagi. Nanti dah ok semua, kakpb sambung balik kisah ni.

Naib juara - tahniah SK Pekan Putatan

Entry ni kakpb nak update hari Sabtu lepas 5hb Oct tapi tak terupdate juga hinggalah ke hari ini. Dah tulis taip dalam draf pun tak boleh publish. Entah kenapa masalah pada blogspot agaknya di tablet kakpb tu. Gambar semua ada disana. Ni yang leceh.......

Ringkas je ceritanya. Kisah anak kakpb yang suka sangat masuk perbarisan mewakili sekolahnya sempena sambutan hari lahir yang ke 60 TYT Sabah (Tuan Yang Terutama) tempohari. Sehari sebelum tu kami belikan kasut kulit, macam kasut orang kerja pejabat tu......suka sangat bila hentak2 kaki kasut tu berbunyi...hehe..orang nak membesar gitu la.


 
Masa snap foto ni, berpinau mata cari mana satu anak aku?
 
Cuaca pagi sabtu tu hujan lebat dan majlis tertunda beberapa jam. Kami ni pun basah-basah berpayung kesana kemari cari anak tak jumpa. Dia pergi dengan bas sekolah. Bawa handphone pun tak guna, call tak diangkatnya. 

Kesian pula kakpb tengok budak2 tu kena berdiri berjam-jam tengah padang. Nasib baik cuaca mendung dan elok je sehingga selesai majlis. Entah berapa orang pengsan kat padang, lebih dari 10 orang rasanya. Mesti tak makan pagi dan tak cukup stamina. 
Alhamdulillah anak kakpb ok je. Mungkin sebab dia dah biasa main bola sepak tengah panas terik. Kakpb memang biarkan dia lasak, taknak manjakan sangat.

Alhamdulillah dapat naib juara diantara sekolah rendah yang bertanding. Beza peratusan sedikit sangat dengan juara. Mungkin mereka menang kerana pakaian seragam yang cantik dan kemas. Naib juara dapat RM1000, oklah tu.....dapat sorang sikit dan yang penting, sijil.

Tahniah!! tak sia-sia berkawad tengah panas setiap hari latihan disekolah. Kadang sampai kena tinggal bas sebab dia pergi taklimat. 

Gulai Daging Bawang Goreng tanpa santan

Pejam celik, kehulu kehilir, pot pet pot pet.....dah masuk hari jumaat....ingat nak update entry petang semalam. Ada hal pula yang menghalang. Mood nak update entry mungkin datang waktu pagi je. Bila dah penat dirumah, masak, berkemas, membasuh......haruslah mood letih kan?

Taknak bebel panjang, letih membebel ni. Ada urusan lain nak selesaikan. Minggu ni minggu yang stress gila rasanya. Apa sebab 'gila' tu nanti kakpb share juga bila dah dapat di atasi.



Ini kan, pertama kali kakpb masak Gulai Daging Bawang Goreng. Katanya masakan negeri Trengganu. Kakpb memang suka masakan Trengganu dan kali ni kakpb rasa bangga dapat memasaknya......haha...
Makan dengan nasi briyani simple, sambal belacan dan sayur taugeh. Peduli apa orang kata tak kena padanannya, yang penting sedap!

Resipi kakpb jumpa di blog Dapur Mamasya dan resipinya pula dari Dapur Digital/kak norma. Kakpb share pula di sini ye. Masakan begini memang kesukaan kakpb, tak kisahlah daging tu tak elok untuk orang nak diet. Semingggu sekali apa salahnya.....(ayat tak boleh kontrol makan)

GULAI DAGING BAWANG GORENG (tanpa santan)
@blogsurirumah

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu
2 sudu besar rempah gulai nasi minyak-kena beli kat Trg **
4 ulas bawang merah ] - lebihkan bawang merah&putih
2 ulas bawang putih ] kisar
1/2 in halia]
segengam bawang goreng - kena guna yg homemade klu yg kat kedai kurang wangi
1- 2 sudu besar susu manis - ikut citarasa, nak guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket
1 sudu kecil sos tomato - letak 1 1/2 sb
3 ketul ubi kentang (ptong 4)
sket kismis
air secukupnya

Bahan tumis
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sket minyak

Cara membuat:
Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau.
Masukkan rempah, bawang goreng yg diramas2 sket, sos tomato dan susu.
Masukkan daging. Renehkan seketika.
Masukkan air secukupnya (gulai ni takleh pekat sgt). Reneh sehingga daging empuk, masukkan kentang, kismis dan garam secukup rasa
Masakkan sehingga kentang empuk. Sedia utk dihidangkan

**kakpb tak guna rempah cap bunga ros, hanya campur rempah kari daging babas dan rempah gulai kawah dari Kelantan.


pagi ni cicah roti....




 

Songkok oh songkok!

Entah kali keberapa dia hilang songkok.
Nak membebel pun ibu dah tak larat tau....raya lepas baru beli songkok tu...

Entah kenapa tak suka pakai songkok? Masa sekolah tadika Islam dulu, kopiah tak pernah lekang dikepala. Dari umur 4 tahun hingga 6 tahun, tak pernah dia merungut pakai songkok atau kopiah.
Sekarang ni pula, songkok main pegang kat tangan je.

Minggu lepas seminggu tak sekolah agama sebab diberi cuti, minggu ni ada exam.
Ibu pun takde kisah pasal songkok tu...
Tetiba nak sekolah semalam, baru terhegeh-hegeh cari songkok.
Sah-sah tak ada kalau tinggal kat sekolah atau dalam van.

Dah 4 atau 5 songkok rasanya yang hilang. Macam nak pergi jumpa guru sekolah agama dia supaya wajibkan songkok tu terletak atas kepala. Kalau tidak, elok di denda.

Agaknya sayang rambut kot, takut terpenyek bila ada songkok? Budak sekarang dah pandai nak melaram. Tak macam ibu dan ayah dulu. Sekolah menengah pun belum pandai melawa....huhu...anak zaman 2013!

Nasi Ayam Hainan

Semalam buntu nak masak apa. Err...maaf ye blogger kaum lelaki, blog ni kebanyakkannya cerita pasal makan, masak, shopping.....dan seumpamanya....agak memboringkan ye? Kalau cakap pasal politik, tak berani dan tak pandai. Baik cerita hal yang tidak menyentuh mana2 pihak, lagipun malas nak memeningkan kepala dengan perkara sebegitu.

Ini nasi ayam hainan kakpb buat semalam. Nak update malam, mata ni asal ngadap pc je...ngantok..
Dah lama kakpb simpan perencah nasi ayam hainan jenama Ikan Brand tu. Memang tak pernah mencuba sebelum ni. Ingatkan jenis serbok macam pati ayam knorr tu......buka je bungkusan...ohh..gini rupanya? haha...jakun sekejap!!
 
 
Nak updatenya tentang nasi ayam tu je......

Ada ubah sedikit tak ikut seperti yang tertera pada bungkusan. Disebabkan kakpb masak untuk 3 orang, haruslah resipinya untuk 3 orang saja..

1 1/2 gelas beras basmathi (takde beras siam, kena lebihkan air beras ni)
2 ulas bawang putih dan halia di hiris halus
rempah 4 sekawan
1 btg serai
sedikit serbok kunyit
2 sudu besar olive oil (kakpb tak guna mentega)
perencah nasi ayam hainan jenama Ikan Brand (separuh saja)
1 cwn sup dari rebusan ayam

Basuh beras. Masukkan serai dan air/sup rebusan ayam mengikut banyak  mana sukatan beras. Kakpb lebihkan sedikit airnya.
Sementara itu, panaskan kuali dengan olive oil. Tumis rempah 4 sekawan bersama bawang putih dan halia.
Bila naik bau, masukkan dalam periok nasi tadi.
Masukkan kunyit dan perencah nasi ayam.
Masukkan garam dan biarkan nasi masak (guna rice cooker)



Ayam tu kakpb tak buat seperti nasi ayam hainan. Perap ayam dengan halia dan bawang putih selama 1/2 jam. Kemudian rebus dalam air yang kakpb dah tumbukkan bawang. Letakkan rempah soto (kakpb biasa guna rempah soto yang dibuat oleh jiran kakak, sedap) dan kiub ayam.

Bila ayam empok, angkat dan toskan. Perap dengan sos tiram, kicap pekat dan madu. 
Goreng dengan minyak yang penuh dalam kuali. Goreng sekejap je. Sosnya pun buat sendiri.

 


nota kakpb: lebih sedap nasi begini drp campur marjerin :)

Daging sos lada hitam Sarawak, kuih Kelupis

Owhh.....kuih Kelupis namanya!! Pandai-pandai je anak bujang kakpb mengubah jadi Telupis. Ibu ni percaya bulat-bulat. Bila tanya pakcik google, takde pun 'telupis', bila betulkan ejaan 'kelupis' barulah jumpa.

Cikgu fahmi dan anak kakpb biasa makan kuih ni. Mereka kan bergaul dengan kawan-kawan yang kebanyakkannya orang Sabah, berbanding dengan kakpb ni memang tak ramai kawan disini. Jiran-jiran pun jarang buat kuih ni. Mungkin susah nak buat.

Baru ni pergi pasar tamu, beli untuk rasa. Eh...sedap pula, macam lemang rasanya malah lebih sedap dari lemang tau. Lembut, lemak, pulut tak benyek (pantang kakpb makan kuih berpulut lembik) Daun apa yang membalut tu, tak tau pula kakpb. Seperti teringin nak belajar membuatnya. Nanti kakpb cari di youtube.

 kuih kelupis yang di sebut telupis oleh anak kakpb, kuih tradisi orang Sabah

Semalam kakpb masak daging black pepper. Sebenarnya nak masak daging goreng je tapi bila dah dalam kuali tu, tangan ni gatal pula ambil sos black pepper sarawak yang dah lama terperap dalam peti ais. Gitulah ceritanya......


 DAGING GORENG SOS LADA HITAM SARAWAK
@blogsurirumah

1 mangkok daging lembu di potong agak nipis
1/2 inci halia, 3 ulas bawang putih - tumbuk dan lumurkan pada daging
garam dan gula
1 labu bawang besar potong memanjang
1 biji lada hijau
2 sudu besar sos lada hitam

Perap daging bersama halia, bwg putih, garam dan gula selama sejam atau lebih.
Panaskan minyak, masukkan daging.
Guna api kecil, biar daging betul2 empuk.
Bila daging dah empuk, masukkan sos lada hitam tadi, garam dan sedikit gula.
Hampir kering, masukkan bawang dan lada hijau.