my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kundasang dan Mesilau : entry hari sabtu 9hb nov,2013

Kami pergi tanpa dirancang kerana cuaca mendong sejak beberapa hari lepas. Ini pun sebab adik kakpb datang dari KL. Asalnya nak ke pulau Manukan tapi kami batalkan. Lain kalilah....

Ni first time adik kakpb datang Sabah bersama kawan dan anaknya yang seorang. Alhamdulillah cuaca elok pula hari tu. Terus menuju ke kaki gunung Kinabalu. Singgah sekejap di Pekan Nabalu, kakpb tak masuk pun kedai karangkraf. Takut terbeli pula kalau dah masuk. Biarkan adik dan cikgu fahmi yang tinjau2 barang. Beli juga akhirnya, topi bulu....untuk budak berdua tu.

Awan menutup puncak gunung. Biasanya boleh lihat tapi cuaca menunjukkan akan hujan masa tu. Ramai pelancong masa ni......suasana amat nyaman, sejuk dan tenang. Mata ni tak lepas memandang gunung yang gah didepan. Teringin sangat mendaki dan menikmati keindahannya.

Selepas berfoto di Pekan Nabalu, kami singgah di Mesilau Dairy Farm. Dulu tempat ni berbeza masa kakpb pergi...tengok entry dulu disini. Sekarang dah kena bayar, kaunter tiketnya di sebelah depan pula. Dewasa RM4 dan kanak2 RM2 kalau tak silap (tak ingat sebab adik yang bayarkan)
Kami masuk dalam tapi tak sampai ketempat memerah susu lembu. Ketika sampai pun lembu2 import ni dah jauh dari pagar jadi tak dapat bergambar seperti dulu.
Pernah menginap di Mesilau beberapa tahun lepas, entry disini



Berfoto mana yang sempat je, gaya tah hape-hape....
entry di Mesilau yang lama baca sini


Beli aiskrim fresh dari susu lembu yang diperah dan popcorn. Tak beli pun susu kotak, malas nak jimbit.


 
Menikmati keindahan, walaupun panas, angin bertiup menyejukkan badan. Padang ragut je yang mampu kami fotokan. Lembunya nun jauh disana.

Oklah, entry pendek bergambar yang dapat kakpb siarkan. Masa tak mengizinkan sebab kerja menimbun sejak adik datang, kami asyik berjalan kesana kemari. Semalam menghadiri majlis anugerah sekolah anak kakpb. 
Badan dah mula sakit bila membongkok, tanda2 nak demam kot. Bilik air belum cuci lagi.....uwaaaaa!!

Entry akan bersambong ke Karambunai pula....

8 ulasan:

  1. cantiknyer view kat sini!

    BalasPadam
  2. Wah.. seronoknya ke tempat mcm tu.. suasana cantik semulajadi, udara segar & pasti menyihatkan.. kenangan yg indah. T kasih atas perkongsian :)

    BalasPadam
  3. jimbit tu maknanya apa?bawak ke??

    BalasPadam
  4. cantiknya suasana di sana....nyaman jer....

    BalasPadam
  5. alahai.. tun xtau kewujudan melisau nihh.. dh 2kali sampai kinabalu, insyaAllah kali ke 3 sampai blh la pegi tinjau2 lembu kt sini jugak.

    BalasPadam
  6. Cant wait to be here by next week...akk can i see u in person? Bg la no tipon kalu sudi... ;)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)