my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Wordless Wednesday: Lantai Cilik video menari

katanya ni pertama dan terakhir....haha...suka hati kamu laa.....

Mereka ni tak cukup latihan, tergesa-gesa...

nota: dah keluar tv dulu..

Kerepek Ngaku - baru ku tahu

Assalammualaikum, 
Lemau betul nak update blog hari2. Gambar dah upload, ada saja rintangannya. Nak keluar la.....nak beli barang la....nak masak....nak jemur kain.....ish banyak betul kerja surirumah ni. Kadang2 kakpb fikir bagus kalau kakpb ada kerjaya lain yang lebih mencabar...hehe...tapi kan...ini pun dah mencabar rasanya. Cuba sesekali suruh encik suami buat kerja2 kita ni, boleh tak? Mesti angkat bendera putih punya!!

Untung ada kawan blogger di facebook kan? Boleh tanya itu ini. Boleh minta tips apa yang kita tak tahu sesuatu perkara. Boleh tanya apa saja (kalau aktiflah) yang kita inginkan selain daripada benda sensitif.

Kakpb buat kerepek ni sebab tengok kawan2 blogger semua 'mengaku'....hehe...mau tak jeles? Terima kasih MamaWana atau Azwa Kamar yang berkongsi kisah ngaku ni. Dan juga blog rujukan kakpb Qaseh Honey.
Boleh rujuk blog mereka ye, kakpb tak sempat nak taip panjang2.


Kakpb beli kurang dari sekilo untuk percubaan. Memang sedap gilos laa.....
sambil goreng sambil krap krup, mana nak dapat setupperware?


 Gigih kakpb kupas berhati2, maklumlah barang mahal.

Kali pertama goreng ngaku ni, kakpb tidak begitu menjadi. Ada yang belum garing dah angkat. Ingatkan dah ok, rupanya bila sejuk rasa lemau. Tau dah....lepas ni bila dah rendam dengan air garam, toskan. Hari tu kakpb buat tak tos. Nak cepat kononnya, bawa besen rendam ngaku tu kat tepi kuali. Tu la pasal....orang ajar tak baca habis....hehe....korang jangan ikut style kakpb ni ye!!

Serunding Ikan nasi kerabu

Bila dah berfacebook dan instagram, tak masuk twitter......jadi malas betul nak update blog. Kenapa eh? Agaknya sebab kawan2 yang selalu komen kat sini dah senyap berblog :( masing2 menyibukkan diri dengan keluarga dan tugasan) Dapat lepaskan rindu kat whatsapp je.....tak best la....nak buat macam mana kan? Blog nombor dua, utamakan keluarga dan kakpb tau ramai blogger ada side job selain daripada bekerja dengan kerajaan atau swasta.

Semalam kakpb buat serunding ikan yang biasa kita makan dengan nasi kerabu tu. Anak kakpb suka sangat, siap dengan budunya. Serius, kakpb tak makan budu kalau tak dicampur dalam kuah. Cikgu fahmi kata, kalau orang makan nasi kerabu, jangan percaya bila dia cakap tak makan budu. Kenapa? Sebab dalam kuahnya (orang Kelantan panggil 'tumis') dah campur budu....haha....ambik kau! 

Sebut pasal kuah tumis nasi kerabu ni, lucu pula teringat dialog dengan mak mertua kakpb tempohari. Kakpb call dia, mak ajarlah macam mana buat serunding ikan nasi kerabu. Pada hal kakpb dah tau dah. Tapi kan, nak memikat hati mertua ni, walau dah tau pun kita cakap tak tau. Nampaklah kita ni bersungguh nak belajar masakan dia....hehe....cara memikat hati mertua tau.

Orang Kelantan cakap kuah nasi kerabu tu.....tumis. Tapi kita orang Johor kalau tumis tu, panaskan minyak dan masukkan bawang dan bahan lain...
Maka jadilah kesalahfahaman ketika berborak dengan mertua....haha...dah lama kahwin pun tak reti-reti lagi?

 

Kakpb bukanlah nak tunjuk pandai buat serunding ikan ni. 
Emak kata, ikan dibakar atau direbus (kakpb bakar ikan sardin)
Kelapa muda parut lebih sedap tapi dah takde, belasah je mana yang ada.
Bawang merah, serai, bawang putih, gula dan garam. (mesin)
Kelapa digoreng separuh garing baru masukkan bahan mesin, gaul rata dan keringkan lagi.
Mula buat terkering, esoknya kakpb blend lagi serai, bawang dan ikan. 
Baru sedap.

Ada yang tanya kakpb masak nasi lemak guna susu segar/kotak, apa rasanya? Memang tak selemak seperti santan. Tapi dah lama sangat kita ni makan makanan bersantan. Umur meningkat kenalah jaga kesihatan. Sedap atau tidak tolak tepi. 


Cucur udang air panas

 
Aik? cucur udang pun nak update? Haruslah kan.....benda yang kita baru tau, kita share dan simpan kat sini.
Kakpb bukan tak pandai buat cekodok, semua orang tau. Tapi kadang melepek je cekodok tu, kadang keras kejong (nasib baik cikgu fahmi belum bergigi palsu...haha)

Kakak kakpb buat cekodok tak guna air panas. Dia suka lebihkan bahan didalamnya seperti udang dicincang, bawang merah dadu, daun sup dll. Tapi elok je menjadinya.

Kakpb jumpa ni pun kat fb Anna Qawina dia buat cekodok kosong je untuk anak-anak. Ni kakpb ubah letak udang segar, bawang, carrot dan cili merah. Terima kasih pada Dzana Inspirasiku yang sudi share dan memanjangkannya di blog. Kakpb share disini pula.

3 cawan tepung gandum* 
udang segar di cincang*  
1 biji bawang besar potong2 kecil*  
1 biji lada merah(dihiris)*  
daun sup/bawang (hiris)* 
1/2 btg carrot (kakpb tambah sendiri)
  • garam secukup rasa* 
  • 2 1/2 cwn air panas mendidih  dan minyak untuk menggoreng
 1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
 2. Bulatkan lubang ditengah adunan
.3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat. adunan akan menjadi berat dan kental
 4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera..
 5. Panaskan minyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..
***kalau tak balas komen kat sini, bukan bermakna kakpb tak sudi***

Bila berjauhan

Bila kita tinggal jauh dari keluarga, pasti kita akan teringat-ingat, terkenang-kenang saat manis bersama mereka kan? Masa kat dapur buat sarapan pagi, masak tengahari bersama, sembang2 kat ruang tamu sambil gelak tergolek-golek.....hemm..bila cuti begini kakpb mulalah terasa nak terbang balik KL.

Kakpb ni suka sangat ambil gambar. Mana-mana pergi asal pelik sikit je, cepat lari cari handphone, klik2 sekeping dua. Cikgu fahmi dengan anak bujang kekadang geleng kepala....hehe..

Saja nak share himpunan foto kakpb yang buat kakpb terkenang2.


Pernah tengok bagaimana buah katak puru/namnam ni dipokoknya? Semenjak kahwin, inilah kakpb nampak belakang rumah mertua bagaimana buahnya bergayut di batang pokok....ohh gitu rupanya? Sedap buah ni, masam2 seperti mangga.

Masa di Kajang, kakpb tak sempat makan sate Kajang. Balik Kelantan teringin pulak. Waktu ke Pasir Tumbuh, nampak satu restoran jual Sate Malaysia. Nak cuba ke tak? Cuba je la...kakpb ni kalau bab makan agak memilih. Eh...sedap pulak! So, kita orang pun beli bungkus bawa balik. Sate lembut, sedap dan kuahnya pun tak mengecewakan.


Serius, sagopal ni sedap sangat bagi kakpb. Nak buat tak pandai (malas sebenarnya) beli sebungkus boleh makan dua orang. Dalamnya inti kacang merah dan kuahnya santan pekat....huhu....memang lupa sekejap bab nak kurangkan berat badan.



Kakpb rasa tempat lain takde jual tapai ubi goreng begini. Pun favourite kakpb. Kenapalah yang kakpb suka semuanya makanan yang boleh menambah berat badan? Kuih badak tu pun, sedap gila. Orang Johor panggil kuih rengas rasanya.


Banyak kali balik KL selalu tak dapat jumpa pak busu kakpb ni (kemeja petak) Teringat masa kecil dulu, dia belum kahwin dengan mak busu.
 Bila balik kampung sesekali (dia pembantu perubatan askar) suka sangat menyakat kakpb.
 Orangnya pendiam tapi kalau menyakat, memang menyakitkan hati.
 Ada sekali tu dia menyangkol depan rumah. Meh kejap tadah tangan, ni duit syiling pakbusu jumpa ni. Kakpb masa tu sekolah lagi, sukalah kan?
 Tadah tangan......rupanya seketul cacing diletaknya kat tapak tangan kakpb. Uwaaaa.....menjerit lintang pukang lari....
Kalau kakpb pakai lawa2 nak keluar rumah, calit lipstik ke.....dia perli...orang darat nak keluar bandar!! huh!!
Sekarang bila jumpa rasa macam kakpb pula yang tua. Dia macam tu jugak, still nampak muda. Dapat jumpa kejap dirumah mak saudara kakpb di Trengganu, lepas juga rindu ni.


Haaaa....ni air tangan emak kakpb. Dia memang suka memasak. Lontong dan laksa penang ni dia buat untuk kami dan emak saudara kakpb yang balik dari Canada. Lontong mak mesti ada ayam goreng. Ayam goreng dia terbaiklah. Emak suka perap dengan cili, halia, bawang putih, kunyit dan garam. Walaupun kita selalu buat benda yang sama tapi tak sama rasanya dengan airtangan emak.

 Kakpb dapat souvenir dari Canada seperti body lotion, keychain, fm, mug dan coklat. Sedap coklat dari sana...hehe...jakun sungguh sedangkan coklat tu sama je beli kat mana2 pun.
  
 

 Sis Fatima, kawan kepada mak saudara kakpb yang ikut sama bercuti di Malaysia. Umur dah 61 tahun tapi masih cute orangnya. Agak2 dia agama apa? Nama je Fatima tapi bukan Islam. Dia selalu sebut assalammualaikum, alhamdulillah bila bersama kami kerana anaknya ada yang dah masuk Islam. Hari tu dia ajak kakpb teman beli tudung untuk menantunya. Dan dia beli satu untuk dia. Katanya kalau dia pergi masjid (ikut mak saudara kakpb) dia boleh pakai. Mudah2an dia akan terbuka hati untuk memeluk agama kita yang mulia ni.

Oklah...panjang lebar coretan kakpb. Saja terkenang kisah lalu.

Macam comel je!!

 

Sebenarnya kakpb menantikan gambar yang di upload dari S3 ke blog. Entah mana perginya. Mungkin terlepas sudaaa? Geram betul kalau upload gambar kena tunggu lama.

Kita layan dulu gambar si comel Tiger ni. Kucing kakak yang dah agak berusia. Baik, tak banyak songeh macam yang lain. Nak masuk rumah pun sebab nak makan dan minum. Lepas makan dia keluar. Jarang merayap atau tak balik rumah. Kalau jantan memang baik sungguh la.....iye....dia bukan jantan, betina dik!!
Kenapa nama Tiger? Kakak kata masa kecil dulu rupa jantan dia ni. Mana nak tau kan.....tetiba besar tak nampak pula 'bendalah tu' sebab bulu dia lebat.....haha....gasak la nama Tiger.

Oh ye....lepas ni kalau ternampak entry kakpb yang belum ada ayat-ayat dalam blog ni, sah-sah tersilap tekan. Nanti kakpb edit balik. Ok semua, selamat bertugas dan salam jumaat yang mulia.

Satu ketika dulu, Trengganu dalam kenangan

Imbas kembali ketika jalan-jalan Trengganu. Satu ketika dulu kakpb pernah menetap disana. Banyak kenangan pahit dan manis terakam diminda, tak dapat nak lupa. Bagaimana pun kisah dah berlalu, biarlah......ditelan masa....dikenang pun tak berguna. Kadangkala mendatangkan sesak difikiran. Lepaskan semua kisah lalu, jadikan satu kenangan abadi yang tersemat dihati.....huhu....kakpb bermelankolik ni kenapa eh?

Lupakanlah.....dah tua2 ni feeling sedih tu macam tak lut kat hati. Sekarang masa untuk bergembira...hehe...betul tak? Bila meningkat usia ni, kita kena lebihkan rasa gembira, tenang, fikiran tak mau kusut masai (walaupun kita ada seribu masalah dalam hidup). Kena redha, barulah aman.

Kakpb singgah sekejap je di Pantai Batu Burok, mengimbau kenangan lalu. Kalau tak silap tahun 80an rasanya. Tak banyak perubahan. Cuma ada kereta kuda tu dan mungkin benda2 kecil yang kakpb tak perasan.

Tak banyak foto yang boleh di kongsi. Rancang nak ke Taman Tamadun Islam tak menjadi sebab cuaca kurang elok. Anak bujang kakpb dah muncung. Kami singgah solat di Masjid Kristal dan duduk2 sembang dengan anak saudara yang nakal tu...

Aksi Alia Amani yang buat mama dan papa dia berkejar kesana kemari. Punya la laju dia lari....hehe...semput papanya!!

Lepas lepak kat masjid, kami makan malam satu kedai makan bawah jambatan (Kuala Ibai? kakpb lupa la) Sedap betul makan disitu. Adik ipar order sotong goreng tepung, ikan siakap steam, sayur goreng, tomyam size medium, telor goreng dadar dan nasi. Harga semua tak sampai pun seratus ringgit untuk makan  7 orang. Murah gila.

Malamnya takde keluar jalan2 macam kat JB. Bagi kakpb Trengganu tidak meriah diwaktu malam (maaf ye orang Trengganu) Malah nak shopping pun takde tempat yang menarik. Orang Trengganu sendiri setiap minggu katanya turun Kelantan untuk melabur duit....hehe....banyak plat kereta T yang kakpb nampak bila di Kota Bahru. Bagaimana pun kakpb beri 5 bintang untuk keindahan Trengganu kalau nak melancong. Pulau yang cantik seperti Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Sekayu, Tasik Kenyir dan banyak lagi. Pulau Duyong je kakpb belum sampai.....bila agaknya....tahun lepas rancang nak pergi, tak jadi juga. Mungkin tak boleh plan cuti hujung tahun sebab musim hujan selalunya.

Esok pagi kami sarapan rumah sepupu kakpb, apalagi.....nasi dagang ler hidangan yang kakpb paling suka. Gambar ada tapi malas la nak upload kat blog, biasa2 je. Sebelum tu singgah di pasar Marang beli rempah gulai nasi dagang. Sampai juga hajat kakpb nak dapatkan rempah ni. Susah nak jumpa tau, hanya di Trengganu tu.

Oklah.....sebelum kakpb melalut kelain, baik stop dulu. Nanti kakpb round blog korang, petang sikit kot.
Jumpa lagi, insyaallah.


WW: kopi pegaga sedap


Hidup biar sihat...
Supaya mudah beribadat...

Duit banyak untuk apa...
Kalau dah sakit tentu tak berguna... 

Sunway Lagoon, hantu, vuvuzela

Entry hari ni kakpb langkau je ye. Selepas Johor dan Singapore kakpb balik Kelantan dan jalan2 Trengganu rumah mak saudara. Sunway Lagoon ni pergi lagi beberapa hari nak balik KK. Lepaskan hajat anak bujang yang nak mandi swimming pool.

Untuk dewasa tiketnya RM90 (mahal kan?) dengan menunjukkan Mykad ketika membeli tiket. Kanak2 pula RM65. Ini kali keberapa tah kakpb masuk Sunway. Dah banyak kali tapi tak semua tempat kakpb masuk.

Beratur panjang yang malas tu......tapi cikgu fahmi ketua rombongan bagi kami berempat (bawa anak saudara perempuan). Ramai bangsa asing nampaknya. Masuk je, kami tuju ke rumah hantu. Dulu2 tak dapat masuk masa anak bujang tadika. Sekarang boleh ler.......rasakanlah ketakutan tu!!

Ibu.....confident je macam tak takut. Bila kat pintu masuk pun orang dah menjerit, hati dah gedebak gedebuk. Genggam tangan anak saudara kuat2, cikgu dengan anak bujang. Dia jalan dulu, belakang kami kaum wanita. Jalan sikit toleh belakang. Kiri dan kanan memang menyeramkan. Bukan apa......gelap gelita...

Kakpb rasa sepanjang melalui lorong rumah hantu tu, suara jeritan kakpb sorang je kedengaran. Anak saudara kakpb penakut tapi tak menjerit. Sepanjang jalan memang menjerit je, yang cikgu fahmi pula tolong gelak. Jerit....gelak....jerit....gelak....huhu...sakit tekak.

Paling lucu bila sorang hantu ni menghalang jalan kakpb. Punyalah takut sampai kakpb tak gerak2 dari tempat berdiri tu. Cikgu fahmi dah lepas ke depan. Kakpb panggil, meh la datang ambik.....dia lambai2 je..ish geram betul. Akhirnya hantu tu kata, "JALAN LAA!".......hahaha.....nak tergolek pecah perut kita orang gelak.

Tak habis lagi lepas tu siksaan dalam rumah hantu. Ada yang menunggu kat tingkap2 sepanjang laluan nak keluar. Ingatkan dah selesai.....kena lalu satu jambatan kecil dengan spec 3D. Berdouble2 spec kakpb. Nak tau macam mana kakpb jalan? Rasa nak terbalik dunia ni dibuatnya. Lampu dipasang berpusing2 sekitar jambatan tu buat kakpb meraba2, tak boleh nak gerak. Rasa nak tumbang pun ada......hehe.....bila ingat balik macam bodoh pulak rasanya. Adui.....keluar dari rumah hantu terhoyong hayang kakpb dibuatnya. Orang kat luar siap gelak2kan kakpb sebab kakpb dok memapah2 kat dinding...hehe....memang pengalaman paling lucu yang tak boleh dilupakan. Ni kalau pergi dengan kawan2 kerja dulu mesti best, zaman bujang tak merasa sebab takde lagi kot.

Lepas naik roller coster, jambatan gantung, kami salin baju dan isi perut dulu. Menyakitkan hati betul order sosej kat situ. Orang minta pakej dengan corn cup tapi dia tak faham2. Kenapalah ambil bangsa asing yang tak boleh berbahasa Melayu/Inggeris dengan betul? Kita order lain, dia bagi lain. Bila dah key-in tak boleh complain. Sudahnya kami makan dengan perasaan yang sebal, geram.

Beratur panjang lagi naik vuvuzela tu. Pun lucu bila dah masuk dalam tiub, datang sorang lelaki tumpang group kami. Dia punya jerit, buat kami berempat ni hilang rasa takut. Lebih pada lucu pula....haha....jarang jumpa lelaki yang menjerit ketakutan. Dia duduk betul2 berdepan dengan kakpb. Sampai kesudah kami gelakkan dia.....

Lepas vuvuzela, main luncur air apa kenamanya.....yang meniarap dengan cover biru tu? kakpb main belasah je. Terjun, pejam mata......tau2 dah sampai bawah....hehe...selamat.



Takde gambar lain yang lebih menarik sebab kamera kami tinggalkan satu tempat. Nasib baik tak hilang. Barang penting dah masuk locker.
Sebenarnya banyak lagi game yang tak sempat masuk kerana terlalu ramai orang. Dulu2 pun dah merasa, tak sanggup dah nak naik lagi bendalah yang tonggang terbalik tu. Umur makin meningkat ni jadi penakut pula. Terlepas roller coster tu pun dah kira ok.

Oklah sampai sini dulu. nanti kakpb blogwalking blog korang...........
Terima kasih yang sudi meneroka blog ni :) dan follow.

Singapore

Aktiviti cuti kami tempohari di Singapore (kakpb taip laju2 ni sebab kerja banyak belum selesai).
Waktu ke sana kakpb asalnya plan nak bawa kereta adik ipar. Tapi bila fikirkan tak reti jalan sana, minta sepupu datang jemput di JB. Rumah pakngah kakpb dekat Woodland je, jadi taklah susah bagi sepupu nak ambil kami dengan kereta dia. Plan nak sehari je di Singapore tapi sepupu kata dia dah ambil cuti hari isnin, kesian punya pasal kita up 2 hari...hehe....tiket balik KL pun lambat lagi. 

Tiket dari kl ke Johor hari tu murah je, bawah dari seratus seorang. Emak kakpb ikut sekali sebab dialah pelakon utama cerita kami di Singapore...hehe...nak jumpa abang dia. 
Dipendekkan cerita, dah jumpa tu, panjang pula mereka ni berborak dari zaman askar tanah melayu hinggalah ke arwah mak dan bapak masing2. Pakngah kakpb ni masih tegap orangnya, cuma pendengaran agak kurang. Katanya dulu telinga dia bermasalah disebabkan bunyi bom meletop...bla..bla...kakpb tak dengar sangat kisah benar dia.

Kakpb tak tukar mata wang Singapore sebab memang tak plan nak kemana2 pun. Rupanya sepupu kakpb dah rancang nak bawa kami jalan2 sekitar Vivocity dengan menaiki MRT (monorel) Sentosa Express. Semua urusan matawang Singapore sepupu kakpb yang bayarkan. Malu juga sebenarnya tapi dah itu rancangan dia. 
Kami solat zohor di Masjid Temenggong Ibrahim JDT. Masih ada lagi tanah johor di Singapore rupanya. Lepas solat kami lepak kejap makan kuih Jenni (seperti pau goreng inti kacang dan pelbagai lagi) Perut tengah lapar dengan cuaca panas ketika itu, semua jadi sedap. Tapi memang sedap pada tekak kakpb.

Lepas tu kami terus ke Sentosa Waterfront Station untuk ke USS. Kakpb dah lupa harga tiket. Boleh berhenti di station Imbian dan Beach station.
Kami tak masuk dalam pun, cuma gambar diluar saja. Sebabnya memang takde plan nak pergi. Anak masing2 dah muncung sebab mereka tak tahu plan mak bapaknya. Kalau plan ke USS ke pergi awal pagi, ni dah tengahari. InsyaAllah lain kali kita pergi ye.




Kami singgah di Masjid Glam di Kampong Glam. Juga Taman Warisan dimana banyak khazanah allahyarham P. Ramlee dipamerkan. Memang leka duk dalam tu, dipasang lagu dan filem2 lama. Anak2 pun seronok.



Kami singgah juga di Marina Bay dimana terletak dengan megahnya bangunan Marina Bay Sands.


Masjid Sultan....walaupun di Singapore banyak bangunan lama, kebanyakkannya di cat semula. Kelihatan bersih dan cantik.


Foto main tangkap muat je sebab orang belakang (pelancong) tak sabar2 tunggu kita..


Maaf, dah masuk keperut baru nak bergambar. Laksa Siglap yang kami adap ni di Geylang Street. Memang sedap. Nanti kakpb nak cuba buat.


Ni pula pelik pada kakpb. Kacang Pool....makan dengan roti perancis..pun sedap. Ada telor setengah masak didalamnya.


Ni pula sup tulang merah. Sebenarnya kakpb tak tau pun rupanya daging kambing. Kakpb tak makan sangat, ambil buat syarat je. Masa ni sepupu belanja makan kat rumah. Alhamdulillah....ada lagi currypuff yang popular di Singapore sepupu kirim bawa balik KL. Sekeping boleh makan 3 orang, besar gila. Gambar lupa ambil.


Masa baru sampai, budak2 ni seronok sangat main kat sini. Rasanya di tempat kita belum ada taman permainan begini kan?


Terkial2 Aziz manjat bendalah ni. Budak2 lain yang dah biasa laju je....hehe...ibu dia kat bawah berdebar2 takut gedebuk kebawah anaknya.



Akhir sekali gambar puan blog....naaaak juga!! Maaf gambar tak tersusun kerana puan blog tak sihat, macam nak demam je badan ni.

Sekian.

Bersua kembali..

Assalammualaikum.....

Wah...lama sungguh kakpb tak update blog, ada yang rindu tak? hehe...perasan orang rindu...tak apa la kalau tak rindu pun. Kakpb yang rindukan korang kot. Minta maaf ler mana yang selalu datang bertandang kerumah ni tapi sunyi sepi je. Puan blog cuti sakan, maklum ler....isteri cikgu katakan!!

Selama bercuti lebih kurang 3 minggu dari awal Disember hingga ke 30hb Disember, banyak peristiwa yang berlaku. Entah ingat ke tidak nak update. Sebenarnya rancang nak balik awal, tapi cikgu fahmi tak confirmkan tiket balik, terkial-kial kau bila dah dekat Krismas baru nak pergi MAS. Padan muka kita orang. Akhirnya dapat tiket pada 26hb balik KL dari Kelantan dan 30hb balik KK. Legaaaaa.....

Cuti panjang takde yang menarik sangat. Letih, demam selsema, musim hujan (takde banjir kampung cikgu). Ada juga jalan-jalan ke Singapore, rumah pakngah kakpb. Nanti kakpb upload gambar sambil story sikit2. Lepas tu pergi Trengganu dan last sekali ke Sunway Lagoon. Gambar belum diupload ke komputer, ni yang malas ni....

Ok lah....setakat ni dulu. Kakpb akan update seperti biasa lepas ni. Bye!!