my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Majlis maufakat tahun 6

Assalammualaikum...

Baru terjengol kakpb ni kan? Entah apalah yang dia sibuk agaknya? Kalau kakpb kata sibuk, mesti orang tertanya-tanya. Suami sorang, anak sorang pun sibuk juga ke? Habis tu.....kat belakang rumah ada 3 ekor belaan, tak kira? Dah berenam.....nak cuci tandas dia, nak sapu rumah dia, beri makan dan belai setiap pagi.

Buat apa lagi? Baju dah ada tukang basuh, tinggal sidai je.....iya...iya...orang ingat surirumah ni relak je. Memang relak kalau ikut suka sendiri nak buat ke tak. Tapi kakpb ni jenis yang suka kesempurnaan....lebih kurang gitulah. Kalau boleh suami dan anak balik, semua dah siap. Karpet dah vacum, baju dah sidai dan siap gosok, dah siap masak tengahari, dapur tersusun kemas.

Sambil buat kerja rumah sambil juga buat kuih untuk frozen. Bukanlah banyak sangat ordernya tapi faham-fahamlah kalau buat kuih ni, remeh kerjanya tau.

Khamis lepas kakpb pergi ke majlis permaufakatan anak di sekolah dia. Tahun ni dia UPSR jadi sekolah adakan majlis ini untuk ibubapa bersama anak. Ramai juga ibubapa yang tak dapat hadir. Kesian tengok anak-anak yang bersendirian ditemani kawan saja.

Majlis untuk beri semangat pada murid tahun 6 bagaimana memotivasikan diri mereka dalam pelajaran dan juga hubungan dengan ibubapa. Ada ketika anak-anak diminta berhadapan dengan ibu atau bapa, pandang mata dan mohon maaf, begitu juga dengan ibubapa. Saat inilah si Aziz memeluk kakpb sambil berderai airmata......hilang dah malu dengan kawan-kawan. Kakpb pun apa lagi.....mula keluar tisu....sambil berpesan-pesan supaya dengar cakap cikgu, jadi anak yang soleh untuk masa depan dia juga.

 
 Ibu harap dia akan jadi contoh kepada pelajar lain. Jadi tokoh pelajar kalau boleh.

 
Sebak seketika dengan ucapan Encik Michi Bolugu, bapa kepada seorang pelajar perempuan yang cemerlang tahun lepas. Berderai airmatanya bila menyatakan anak2nya teringin belajar disekolah yang bagus tapi dia tidak mampu kerana status sebagai penjual ikan. Jarang dapat merasa makanan sedap seperti McD dan kfc. Tapi dengan usaha anaknya dan juga semangat dari dirinya yang hanya bersekolah hingga tahun 5, akhirnya membuahkan kejayaan. Sekolah juga memainkan peranan membantu anaknya tusyen tanpa bayaran. Tahniah untuk beliau, bapa yang prihatin. Menjadi contoh kepada bapa2 lain.

Setiap hari kami tekankan pada Aziz, ilmu itu harta paling berharga dalam hidup.
Carilah ia, jangan malas berusaha, jangan lupa solat, doa untuk ibubapa, guru dan junjungan Nabi kita.
Ganjarannya pasti mewah satu hari nanti.

nota kakpb: kalau pandai nanti boleh dapat biasiswa..
dia masih tak faham apa itu 'biasiswa'...hurmm..

5 ulasan:

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)