my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Pidato tempat ke 7, English In Camp minggu depan

Salam Jumaat untuk para sahabat yang kakpb kasihi. Lama sungguh tak blogwalking, ntah sibuk ntah buat2 sibuk kan? Kakpb ni dah ada dua ahli baru, si manja Jebat dan Messy. Nakal sungguh mereka ni, suka memanjat, main kejar2 sampai tonggang langgang barang dalam rumah ni. Lepas tu kena sentiasa perhati dia, takut melepas tak tentu pasal. Maklumlah.....masih budak2 lagi...hehe..

Hari Rabu lepas anak bujang kakpb masuk pertandingan pidato wakil sekolah dia. Dua minggu cuti sekolah itulah tugasan dia, menghafal teks pidato 3 mukasurat. Kadang2 kesian pula tapi bagus untuk pengalaman sebelum dia naik kesekolah menengah.

Keputusannya, dapat nombor 7 daripada 18 penyertaan. Alhamdulillah, taklah teruk sangat kan? Untuk kali pertama berpidato didepan khalayak dan bukan disekolah sendiri tu dah dikira bagus bagi kakpb. Tahniah....agak2 boleh jadi ahli politik tak? haha.....ibu tak berapa sukalah politik ni tapi sibujang ibu ni nampak gaya berminat sangat. Kita tengok je nanti, panjang umur ibu dapatlah melihat apa akan jadi bila dewasa. Yang penting ibu nak Aziz jadi anak yang soleh, hormat semua orang, hidup berdisiplin dan paling penting jangan jemu menuntut ilmu tidak kira ilmu dunia/akhirat.


Hadiahnya hamper saja, alhamdulillah....


Kesayangan kami yang nakal, kanan Jebat, kiri Messy.
Ni pun duduk atas riba sambil menaip. pantang nampak muka kakpb nak berdukung je....huhu...takde anak kecik dukung dia pulak!


Tempohari kakpb banyak betul dapat mangga. Kiriman dari Kelantan, kakak dan juga pokok depan rumah ni berbuah lebat. Cikgu fahmi petik adalah sebakul. Tak boleh biar masak atas pokok sebab ni mangga jenis kecil. Dah petik tu balut kertas dan peram. 

Terima kasih pada kakak dan anak saudara yang bawakan barang dari Bangi. Roti butterscotch (sini punya tak sedap) maruku, kerepek pisang, bihun dan mangga. Rindulah kakpb sampai hujung tahun baru balik. Beraya kat sini tahun ni.


 

Nak tanya ni, ada sesiapa pernah pergi Tasoh Lake Resort? Sinilah tempat perkemahan bujang kakpb nanti. Kakpb google tempatnya memang menarik, disini. Harap2 anak ibu pandai jaga diri ditempat orang. Pandai berdikari uruskan diri, baju, kasut dan lain2. Flight hari isnin pagi 23hb Jun, 2014 dan balik pada 27hb Jun.

Mudah2an selamat pergi dan kembali, doakan untuk semua yang camping. Amin.

nota kakpb: terima kasih yang sudi komen entry lepas2, nanti kakpb blogwalking ye.

11 ulasan:

  1. Peh! Klu bab menghafal, sy fail kak. Apapun, tahinah utk hero akak. Hehehe...comelnya kucing2 tu. Sy nak bela gak tp tgu anak2 dah bsr t.

    BalasPadam
  2. Tahniah buat Aziz..
    semuga more to come...insya allah..:)

    BalasPadam
  3. tahniah, Aziz... ini berkat didikan dan sokongan ibu dan ayah jugak kalau tak tentu Aziz tak berada di tahap sekarang.

    Errrr.. kenapa yang sekor lagi nama Messy??? kenapa bukan Tuah???? Wahhhh, untunglah dapat kucing yg suka berdukung. Kucing2 kita semua tak mahu didukung. memang digegetnya nanti...

    BalasPadam
  4. @faraherda.razalan
    Bukan senang menghafal, otak budak segar lg Fara. Bukan mcm kita no....

    BalasPadam
  5. salam ramdhan kakpb.lama tak ke blog kakpb sbb bulan jun baru kembali blogging semula tu pun jarang2 update.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)