my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kuih Bom Inti Kacang


Assalammualaikum semua, dah hari ke tigabelas kita berpuasa kan.....Alhamdulillah.
Sebenarnya, kakpb takut sangat nak buat kuih bom dan tak pernah buat pun. Tapi disebabkan bulan puasa, selera makan kita ni agak besar, itu nak ini teringin. Ini pun sebab inti kacang hijau hari tu ada simpan dalam peti ais, tu yang buat tu.

KUIH BOM INTI KACANG HIJAU
@blogsurirumah
sumber : Azie Kitchen


Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
3/4 -1 cawan air 
Bijan secukupnya - untuk salut 

Cara membuat doh:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.







Serius masa goreng ni kaki kakpb dah pasang kuda2, takut bom meletop. Bila nampak kuih dah merekah sikit dalam kuali, hati ni dah gedebak gedebuk, bila la nak melompat keluar dari kuali.Tunggu punya tunggu sampai kuih masak, elok pulak tak meletop....haha....selamat.

Agar serikaya


Dah lama buat agar-agar ni. Selalunya kalau buat agar2 mesti fail. Tapi kali ni menjadi sangat. Suka tau!! Puasa ni boleh buat lagi....huhu....dalam kepala otak ni macam2 nak buat. Yang makannya dua orang, sedih. Anak bujang kat asrama, apalah yang dihidangkan di sana agaknya. Selalu kakpb pesan dengan dia, bersyukur je dapat makanan tak sedap pun. Masih ada juga terhidang.

Terima kasih pada MatGebu, jumpa resipi ni kat blog dia.

AGAR-AGAR SERI KAYA
@blogsurirumah
sumber : DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 gram serbuk agar cap burung layang2 (atau agar2 pilihan anda)
3/4 cawan gula (atau secukup rasa
1000 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca teh pes pandan (mat guna jenama "kupu2" dari Indonesia)
180 ml pati santan (boleh guna santan kotak)
1 putih telur
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan agar, gula, air dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Kacau selalu. Masukkan pes pandan dan masak sekejap lagi.
  2. Sementara itu, satukan santan dengan putih telur, secubit garam dan esen vanilla, kacau rata dan tuang ke dalam periuk agar2. Kacau perlahan dan biar mendidih. Matikan api, keluarkan daun pandan dan tuang dalam bekas kegemaran anda.
  3. Biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga betul2 beku. 




Ayam kurkar



Assalammualaikum dan selamat berpuasa sahabat kakpb yang dikasihi. Lama tak update, masa memang tak cukup kalau mengadap blog, bukan macam dulu. Nak menjelajah ke blog kawan pun tak sempat (ye la tak sempat? alasan tu)

Ok kakpb nak share resipi ayam kurkar ni dari blog Ibundo. Kadang bosan masak ayam, balik2 rendang, kari, goreng masak sambal. Sekali sekala masak macam ni, sedap tau. Terima kasih Ibundo kerana sudi share di blog.

AYAM KURKAR
@blogsurirumah
sumber : DapurIbundo

2 ekor ayam kampung (ayam kampung kecik sebab tu masak 2 ekor)
santan dari 1 biji kelapa 
3 biji kentang dipotong 4 setiap satu
5 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah kari
3 sudu besar pes tomato puri
2 sudu besar pes cili giling (cili kering)
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih
1 inci  halia dihiris mancis
2 batang serai dititik

Masukkan rempah kurma, kari, pes tomato dan cili ke dalam mangkuk.  Tambah sedikit air dan jadikan pes.
Panaskan minyak.  Tumis bawang merah, putih dan halia sehingga wanngi.  Masukkan pes rempah dan serai titik.  Tumis sehingga masak dan berbau wangi.
Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
Tambah santan.  Apabila ayam setengah masak, masukkan kentang.
Masaklah sehingga ayam empuk dan kuah pekat.  Jangan lupakan garam. Tak payah bubuh asam sebab tomato puri memang dah ada rasa masam.




Salam RAMADHAN, maaf seandainya ada salah silap kakpb dalam penulisan dan komen yang sensitif di blog kawan2.